WAHAI JIWA MUSLIM- palestine dan gerhana
Alhamdulillah, sana sini tiada henti perhimpunan, solat hajat, do'a qunut nazilah, kutipan dana, kempen boikot israel dan sekutunya dijalankan untuk membantu saudara kita di Palestine.
Di samping itu jangan lupa, Solat sunat gerhana matahari Khusyuful Shamsi (4.30-7.00 ptg 26 Jan 09)
Apabila terjadi gerhana, kita sebagai umat islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W supaya bersegera melakukan amalan-amalan kebajikan seperti berdoa, berzikir, bersolat, bertakbir, bersedekah dan beristhigfar.
Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Daripada Aisyah r.a ia berkata :sabda Rasulullah S.A.W: maka apabila kamu melihat gerhana itu,maka berdoalah kamu kepada Alah S.W.T serta berzikir, bersolat dan bersedekah".
(Riwayat Al-Bakhari)
Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah dan menguatkan lagi keimanan serta ketakwaan kita kepada Allah S.W.T
"Allah jualah yang memiliki kuasa pemerintahan langit dan bumi serta Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal . (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memiliki tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):"Wahai tuhan kami!, tidaklah engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka".
(Ali -Imran ayat 189-191)
Sementara tunggu gerhana mari kita masak, guna bahan apa yang di dapur, dah letih menunggu, lepas solat boleh makan. Rasa tak gamak pulak nak makan sedap-sedap bila teringatkan sedara kita di Palestine tapi dah masak, perut lapar kena makanla...
2 comments:
Assalamualaikum cikgu rash. Oh, keluarga cikgu dah bersiap nak tunggu gerhana ya. Bagusnya satu keluarga buat begitu. Kami insya-Allah akan buat solat gerhana.
Yang pizza cikgu tu, nampak elok je. Dah jadi pizza la tu. Sedapkan? yang pentingnya orang yang memakannya gembira dan minta suruh buat lagi. Itu tandanya pizza kita buat tu menjadi.
Dah boleh buat tiap hari tu, hehehe.
Wa'alaikumussalam,
Kami akan tunggu gerhana di kampung.
Tk tok guru piza...
Juri nampak elok, rasa tak lagi. kalau ada bahan yang lengkap lagi bestkan...
Nanti bila-bila ke kedai cikgu akan cuba cari bahan-bahan tu...
Kesian sedara mara di Palestine tu, apa yang diaorang makan...
Post a Comment