"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Saturday, January 3, 2009

Hijrah dan Masihi

Minggu ini terasa sibuk sikit kerana dalam kesibukan pengurusan menutup dan membuka sesi persekolahan, urusan persekolahan anak-anak juga perlu dibereskan. Hari ini bermulalah anak-anak pulang ke asrama masing-masing dan pembahagian tugas terpaksa dilakukan kerana pendaftaran asrama pada waktu yang sama, ke Kelantan dan Alor Star. Mula terasa sunyi...malam ini tinggallah kami bertiga tapi alhamdulillah ada peneman seorang lagi...
Lupa nak ucap, Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H dan 2009...Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun sebelum-belumnya...dan sama-samalah kita berdo'a agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu samada kita terbuat, tak sengaja kita buat maupun kita tak sedar terbuat... dan sama-sama kita berazam supaya tak mau buat, InsyaAllah.


Tahun 1429H dan 2008 telah berlalu, pelbagai peristiwa pahit manis, pengalaman pengajaran dan sebagainya akan menjadi lipatan sejarah dalam hidup masing-masing. Kedatangan 2009 kurang dirasai tetapi sambutan Ma'al Hijrah amat terasa dan menjadi kesan sekali terutama penduduk Palesin kerana mereka menyambutnya dengan kekejaman rejim zionis Israel.
Detik 12 malam 1hb 2009, suami dan semua anak-anak sedang nyenyak tidur tetapi bagi mata ini, masih tidak dapat ditutup kerana masih teringatkan bagaimana keadaan ummah di Bumi Palestin, hanya do'a yang dapat diungkapkan. Menitis air mata ini apabila melihat bagaimana perbezaan sambutan tahun 2009 di serata negara berbanding dengan Gaza, Bumi Palestin. Setiap negara menyambut dengan penuh gembira, di Kelantan disambut dengan laungan azan dan mereka di Palestin menyambutnya dengan linangan air mata dan darah... Walaubagaimanapun air mata mereka adalah air mata gembira dan syukur kerana mereka syahid dalam perjuangan sepertimana yang diungkapkan oleh salah seorang ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia semasa Perhimpunan Ummah menentang rejim zionis Israel... Sesiapa pun tidak berhak mengizinkan rejim zionis Israel merampas bumi Palestin... Bagaimana dengan kita? Apakah peranan, usaha dan tindakan kita? Kita hendaklah berusaha dengan kemampuan yang ada pada kita, infa'kan sedikit dari harta kita untuk saudara-saudara kita, janganlah kita berhenti untuk bermunajat dan berdo'a untuk mereka serta sama-samalah kita mengajak insan di sekeliling kita memahami perjuangan mereka. Bagaimana dengan barang-barang keluaran rejim zionis Israel? Boikot saja, banyak lagi barangan keluaran kita yang boleh didapati, InsyaAllah sama-sama kita laksanakannya.


Oleh itu, bersempena dengan Ma'al Hijrah ini, marilah sama-sama kita berperanan berusaha untuk merealisasikan pengajaran penghijrahan Rasulullah SAW agar pelbagai permasalahan yang ada di negara kita dapat diatasi kerana jika murka dan bala Allah turun kena pada semua insan, wal'ayazubillahhiminzaliq...

0 comments:

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP