BANJIR LAGI...
Musim tengkujuh masih belum habis lagi... Di luar sana hujan masih belum berhenti lagi... Persekolahan telah bermula seminggu, masih ada anak pelajarku yang tidak dapat hadir ke sekolah lagi... kerana banjir... kesihan mereka.
Pagi tadi seorang pelajar perempuan termasuk longkang besar di hadapan sekolah kerana jalan dipenuhi air... begitu juga ketika waktu pulang, beberapa guru dan pelajar terpaksa tinggal di asrama kerana jalan ke rumah terputus...
Pagi esok kami akan ke Kedah melalui jalan pantai, menghantar anak masuk ke tingkatan 6 di sana... moga perjalanan kami dipermudahkan Allah...
air naik di jalanraya hadapan rumah kami apabila hujan tidak berhenti-henti...