"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Monday, November 30, 2009

Pengubat DUKA...

Dalam kedukaan, Kau kirimkan berita gembira buat diri ini... syukur, alhamdulillah...

Hari kedua sebelum bercuti, tidak disangka, walaupun tidak dapat hadiah 3 tempat teratas, Hafiz dapat Anugerah Pelajar Mithali (L) SRIDA bagi tahun 2009. Tahniah Hafiz... Nasriyah pula jangan bersedih tak dapat hadiah, tempat ke-4 tu pun dah ok sebab dah usaha kan... tahun depan cuba lagi...

Sekelumit cuma dugaan yang Kau berikan,
segunung kegembiraan yang Kau gantikan...
malu menerima segala pemberian...
padaMu ya Allah kumohon keampunan...
atas segala dosa yang kulakukan...
samada perilaku maupun tafsiran...


Hari akhir persekolahan sekolah rendah, sekali lagi Hafiz cukup gembira, bersyukur lega kerana dapat keputusan cemerlang UPSRnya. Tahniah sekali lagi dari ibu dan abah. Terima kasih, jazakumullahhu khairan kathira kepada semua guru dan warga SRIDA yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak kami.
Kenangan bersama guru Matematik, Pn Khairiah juga PK SRIDA

Kenangan bersama guru BM, Pn Sapinah

Bersama guru BI, Sir Samsul juga selaku warden asrama

Guru Sains, Pn Roseanita dan Pn Fazilah (guru BM thn 5)

Tahniah pada semua warga SRIDA kerana sekali lagi mendapat keputusan terbaik daerah Alor Star (98%), semua pelajaran dapat 100% lulus kecuali BI (2 pelajar gagal dari 129 pelajar) dan sejarah buat SRIDA juga kerana seramai 127 dari 129 pelajar berjaya mendapat A dalam kedua-dua kertas BM. Kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka... Tahniah buat semua...

(Sebenarnya PPD nak umum keputusan di SRIDA tapi...tak diizinkan...almaklum sajala... maka diumumkan keputusan di Sek. Keb..... Kami, warga dan waris SRIDA tak kesah... tahun lepas pun macam tu juga... tak kecil hati pun... yang penting kami telah menjalankan amanah kami pada Allah... berganding bahu... sama-sama mendidik... anak kami berjaya.... amin...)

Read more...

Friday, November 13, 2009

Burung terbang dipipiskan lada...

Dua minggu akhir persekolahan ini tidak ku sangka aku menerima beberapa undangan majlis perpisahan yang diatur tanpa pengetahuanku. Beberapa tempat, ibu-ibu di kampung mengadakan majlis untukku, tidak besar, kecil pun memadai pada mereka... macam-macam dihulur untukku... ada yang menghulur kuih muih, kek, gelang, telekung, pakaian, hadiah kenangan dsb... dan ada juga yang menghulurkan cash biru... merah... kelabu... tidak menerima... digumpalnya masuk ke dalam poket... inilah sanak saudaraku yang bukan seibu sebapa yang kupanggil makcik dan kakak. Rasa malu dalam diri ini, siapalah insan kerdil yang tiada apa diberi hanya sekadar sekali sekala membantu mereka... memberi sepatah dua kata jika diminta... itu sahaja. Rupa-rupanya inilah hikmah kita hidup bersaudara... ya, cinta kerana Allah mengatasi segala-galanya... Jazakumullahhu khairan kathira pada semua... jasa kalian tetap ku kenang...
Semua majlis ini umpama burung terbang dipipiskan lada... kerana keputusan untukku amat mengejutkan semua pihak termasuklah Pengetua sekolahku sendiri. Masing-masing tidak dapat menerima mengapa permohonanku berhijrah ke Terengganu tidak diterima. Pelbagai cadangan dilontarkan kawan-kawan sekolah kepadaku sehinggakan ada yang menyarankan buat-buat gila meroyan pun ada... entahla. Pada awalnya memanglah diri ini rasa sukar untuk menerimanya tapi itulah ketentuan Ilahi... setiap yang berlaku ada hikmahnya... Telah selalu Allah memberi... sekali sekala Allah menguji...

Maka, beberapa undangan majlis lagi di tempat lain terpaksa aku menolaknya dan mohon ditangguhkan sehingga keputusan rayuanku diketahui pada bulan Disember ini... Wallahhua'lam bissowab...

Wahai teman... do'akanlah semoga Allah mempermudahkan segala urusan insan kerdil ini...

Read more...

Saturday, November 7, 2009

Majlis SAH KHATAM AL-QURAN & Hari Terbuka SRIDA

Majlis Sah Khatam Al-Quran SRIDA tahun ini dilaksanakan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, kerana aktiviti di atur serentak dengan Hari Terbuka SRIDA 15 tahun. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid Kumpulan Simfoni (SRIDA), kuiz dan pelancaran buletin SRIDA.

Kumpulan Simfoni

Majlis Khatam Qur'an dimulakan

Makanan kenduri pelbagai menu yang disediakan sendiri oleh pihak warga SRIDA adalah hasil sumbangan ikhlas orang ramai. Hadirin rasa berpuas hati dengan pelbagai menu yang dihidangkan. Menurut Bendahari dan beberapa tetamu yang hadir, program seumpama itu amat baik dan harus diteruskan pada masa akan datang demi memartabatkan Al-Quranul Karim.

Seramai 129 pelajar thn 6 menghadiri majlis khatam Quran 2009

Khatam Qur'an dibimbing oleh 4 orang ustaz

Guru dan waris berganding bahu memasak... sedap...

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Mengimbau kenangan lama...

Minggu lepas pergi ke rumah seorang ibu tunggal melalui suatu kawasan sawah padi. Kelihatan seorang petani sedang menanam padi menggunakan tangan. Teringat kembali kampung halaman suatu ketika dahulu kami menanam padi beramai-ramai secara manual, menggunakan tangan. Rindunya... bawa semaian menggunakan plastik @ sampan... main air sawah yang jernih, mengejar anak-anak ikan... menangkap ikan... anak-anak kami kini tidak lagi merasainya...

Read more...

Monday, November 2, 2009

Dahsyat kuasaMu....

Pagi tadi menziarahi keluarga anak pelajar yang menjadi mangsa kebakaran. Tiada yang dapat diungkapkan hanya... Tiada kuasa yang lebih dahsyat dari kuasaMu ya Allah... segalanya musnah jika Engkau kehendaki, tidak kira engkau besikah, engkau kacakah, engkau tahan karatkah... atau sebagainya...
tong gas yang membuncit... mungkin bakal meletup jika bomba lambat tiba dek kerana panasnya api...
Mengapa diri ini dan masih ramai lagi yang rasa tidak takut dengan kuasa Allah, masih lagi leka dengan dosa-dosa... yang memang telah dijanjikan Allah api Neraka balasan pada yang engkar... ini baru api dunia belum lagi api Allah yang DAHSYAT itu beratus ribu kali ganda dari api dunia... wal'ayazubillah himinzalik...

Read more...

Suara....


Seminggu berlalu,
penuh dengan pelbagai peristiwa...
dari kerja sebagai ibu,
guru hinggalah....

Mampukah engkau wahai jasad...
mampukah engkau wahai minda...
mampukah engkau wahai jiwa...
mampukah engkau mengharunginya...

Terasa sesaknya...
di dada ini...
di kala ini terdengar
sayup... mula bergema
suara lambaian ka'bah...
oh...seronoknya....
tak sedar diri ini...
sudah tiba masanya
rombongan menuju tanah suci...

oh...rindunya diri ini...
sabarlah wahai diri...
tibalah waktunya nanti...
2011? lamanya...........
berkesempatankah diri ini
menjadi tetamuMu?

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP