"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Monday, October 26, 2009

Kenangan semasa Hari Kokurikulum sekolah

Kenangan semasa Hari Kokurikulum bersama anak pelajar tk 2 & 3

bersama anak pelajar tk 6
bersama krew media Hari Kokurikulum (GC 54 dan anak pelajar tk 6)

Berita selanjutnya di blog smk-pulaunyior1 dan 2

Read more...

Sunday, October 25, 2009

Tunai Janji...

Walaupun telah lama diperbincangkan bab molekul air tetapi ada juga di antara kita masih belum meneliti tentangnya. Hari ni nak tunai janji dengan kawan-kawan yang inginkan bahan bacaan tentang molekul air. Ok, kawan-kawan bolehla rujuk, baca, kaji dan buat penelitian di sini , sini , sini , sini dan banyak lagi bahan bacaan lain yang boleh kita fikirkan...
Maaf ya tak de ulasan, buat ulasan sendiri jelah bila dah tengok tu...

Read more...

Tuesday, October 20, 2009

Tolong....1Malaysia ke ni?


Maka alkisah, setiap rakyat, setiap sekolah, setiap guru, setiap pelajar kena ikuti kursus, kena faham maksud 1Malaysia... buat program semua kena 1Malaysia.
Yang ini pun salah satu penghayatan 1 Malaysia ke?
Yang 1*Dalam satu sekolah yang hampir 2 ribu warga sekolahnya ada 1staf dan lebih kurang 10pelajar India. Cuti Deepavalinya lebih dari cuti Raya 'Aidil Adha...
Yang ke-2 pula**Sekolah kena buat program perdana 1Malaysia, contohnya Jamuan Akhir Tahun kena buat Jamuan Perdana 1Malaysia.
Ada lagi program... lain kali pulak sb dah pening ni....
Maaf ya, guru ni keliru sikit sebab baru je nak faham belum lagi hadzam ISLAM HADHARI dah kena faham 1MALAYSIA pula... Nak kena fahamkan pelajar pulak ni... pening... Baru umur 40an dah pening, macamana yang dah nak pencen tu ya...

Read more...

Friday, October 16, 2009

Sekarang ni di mana ya?...

Minggu ini minggu yang lupa hal sekeliling, diri tak sihat, rasa bagai nak pergi buat selamanya... orang cakap lain, telinga dengar lain, buat kerja apa yang terlintas saja. Yang kesihannya, suatu hari tu... ada 4 buah kereta yang silap menerima arahan temujanji dek kerana 'orang kata lain diri dengar lain' sehingga menyebabkan orang lain ternanti-nanti... tapi alhamdulillah masih terkawal...


Cerita pasal 'lupa', teringat juga tentang gempa bumi di negeri jiran kerana di situ ada kenangan.

Tempat ini tinggal kenangan... 'Hotel Ambacang'
Sebelum gempa... enak kami lelapkan mata
Alhamdulillah bukan di waktu kami di situ... panjang lagi rupanya umur ini...

Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Create your own banner at mybannermaker.com!

Read more...

Saturday, October 3, 2009

GOTONG-royong masak di rumah

Khamis, 1 Oktober 09, seawal jam 7.30 pagi, kawan-kawan datang rumah untuk sama-sama masak untuk jamuan raya di sekolah. Best juga masak sama-sama, boleh sambil buat kerja sambil pot pet pot pet... macam-macam tajuk ada... tentang profesion, tentang nak tingkatkan profesionalisme, keluarga, masak-memasak dan macam-macam lagi. Sambil tu perut pun isi juga, dah ramai tu... macam-macam juga makanan yang ada...

Antara sahabat yang hadir bersama meriahkan suasana...

Ini pula antara chef yang membantu...

Read more...

FAWWAZ BERAYA

Fawwaz berposing sebelum beraya di tadika...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP