"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Thursday, September 15, 2011

Hati seorang ibu...

Lama tak posting...

9/9/11 anak sulong berhijrah lagi untuk menuntut ilmu... bukan tak biasa... sejak darjah 1 lagi, semua anak-anak telah mula menuntut ilmu tinggal di asrama, meninggalkan keluarga... tapi kali ni jauh sikit dan mungkin susah sikit nak balik ke rumah selalu, setiap minggu sepertimana mereka berada di sekolah rendah dan sekolah menengah...

Ibu mana yang tak rindukan anak... walau apapun, kami tetap mendoakan kejayaan dan keberkatan pemergianmu...








Read more...

Friday, September 2, 2011

SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI

Read more...

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU...

Read more...

Friday, April 15, 2011

Malberi lagi...

Set Makan tengahari

Sayur lemak malberi campur


ikan bakar bersalut daun malberi

Read more...

Saturday, March 5, 2011

malberi ku...

Hari ni nak cerita pasal "malberiku"...
Mula-mula tanam pokok malberi

buah- basuh & makan saja

daun- masak jadi sayur malberi

daun - diproses untuk dibuat teh

1. daun malberi dikeringkan



2. dihancurkan setelah daun malberi kering


3. daun malberi dihaluskan untuk dipek

4. daun malberi sedia untuk dipek

5. sachet daun malberi sedia untuk dibuat air

6. teh malberi sedia di minum bersama hidangan lain...

*belum ada gambar...
daun malberi yang dicelur sebagai hidangan bersama nasi dan lauk...
daun malberi boleh digoreng macam daun bayam tapi belum dilaksanakan kerana tak mau masak sb banyak guna minyak, nak elak kolesterol yg telah sedia ada...

Read more...

Thursday, February 24, 2011

Kekasih Yang Dirindui...

Lamanya dah tak menulis...

Hari ini rata-rata guru dan pelajar berpuas hati mengikuti ceramah sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Terima kasih Ustaz Wan Ahmad Zuki bin Wan Ismail, mu'allim Nasriyah merangkap PK Al-Amin, yang sudi hadir menyentuh hati-hati semua pendengar...
Seerah yang dibawa cukup menyepikan dewan, hanya kelihatan titisan jernih dari mata-mata pelajar dan guru yang cintakan kekasihnya...

Moga segala yang diberi dapat diamalkan para pendengar... jangan sekadar titisan air mata dalam majlis sahaja... ingat 6 tanda cinta kita pada Rasulullah SAW penutup ceramah yang ditinggalkan oleh Ustaz Zuki yang harus dilaksanakan jika kita cinta, sayang dan rindukan Rasulullah SAW...

Nasriyah, anak didik Ustaz Zuki yang dapat tokoh maulidur rasul 1432H (perempuan) peringkat SRI Al-Amin KT...

"Ya Allah, berkatilah segala usaha guru-guru yang mendidik, mencurahkan segala ilmu kepada anak-anak kami dan berilah kebahagiaan kepada mereka di dunia juga di Akhirat... dan semoga anak-anak didikmu ini menjadi anak-anak yang soleh, amiiin ya robbal'alamiiin......"

Read more...

Thursday, January 6, 2011

BANJIR LAGI...

Musim tengkujuh masih belum habis lagi... Di luar sana hujan masih belum berhenti lagi... Persekolahan telah bermula seminggu, masih ada anak pelajarku yang tidak dapat hadir ke sekolah lagi... kerana banjir... kesihan mereka.
Pagi tadi seorang pelajar perempuan termasuk longkang besar di hadapan sekolah kerana jalan dipenuhi air... begitu juga ketika waktu pulang, beberapa guru dan pelajar terpaksa tinggal di asrama kerana jalan ke rumah terputus...
Pagi esok kami akan ke Kedah melalui jalan pantai, menghantar anak masuk ke tingkatan 6 di sana... moga perjalanan kami dipermudahkan Allah...
air naik di jalanraya hadapan rumah kami apabila hujan tidak berhenti-henti...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP