"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Saturday, August 28, 2010

Memenuhi permintaan...

Ziarah Ramadhan bersama ayah, makcik, adik dan anaknya. Hidangan pertama sebaik sahaja tiba di rumah... yang paling dinantikan... sup g-box... bukan apa... ayah cuba cari sup yg benar-benar memenuhi cita rasanya...

"Macamana yah?" jawabnya..."bolehla..." dengan nada yang masih kurang berpuas hati...
Hari ke-2 cari pula sup g-box di negeri cek siti wan kembang... jawapannya... "yang ini boleh la tahan sikit..." Sebenarnya ada petua untuk mendapatkan sup yang sedap... itu yg menyebabkan ayah masih tidak berpuas hati walaupun orang lain dah kata ok...



si kembar lain bapa ini sedang menikmati dadih sebaik saje tiba di rumah.

sedang memotong kek hadiah berpuasa penuh pertama untuk Naqi..


tazkirah subuh ayah...
Hari pertama rehat saje di rumah, hari ke-2 ziarah ke negeri cek siti wan kembang, hari ke-3 pulang ke kampung.
sebelum check-in pulang ke rumah...

"bye bye atuk, tokcik, cik erie dan naqi... lain kali datang lagi... assalamualaikum..."

kenangan yang berharga buat ayah...

Read more...

Friday, August 20, 2010

Berbuka di RFC Kubang Kerian

Sabtu minggu lepas sebelum sampai MTST(Maahad Tahfiz Sains Tumpat), hantar Khairul dan Hafiz, kami singgah berbuka di RFC(Radix Fried Chiken) Kubang Kerian... Tempat ini baru je dirasmikan oleh MB Kelantan dan menjadi pilihan kami kerana kami tak pernah singgah lagi dan tak perlu lagi memikirkan masalah siapa masak dan kehalalannya. Di sini takde nasi, kalau nak makan nasi kena ke Rice Chiken HPA di KB.

Mula sampai takde orang... dapat tempat yg strategik... masa buka penuh....

Sementara menunggu waktu berbuka, Fawwaz main dulu...

tunggu azan...
seronoknye Fawwaz berbuka...

slrupp... minum susu Fawwaz bawa dari rumah...

Read more...

Friday, August 13, 2010

Alhamdulillah... berjaya

Bukan senang nak melatih anak berpuasa... memang kita faham tiada nas menyatakan latihlah anakmu berpuasa umur 7 tahun kecuali solat... bukan ape, nak bagi dia biasa je... bak kata pepatah alah bisa tegal biasa... Ada orang kata kenapa la biarkan anak kelaparan... mereka tak faham perasaan kita... bukan senang nak bagi anak mudah menjalankan amanah sebagai hamba Allah... terutama laksanakan yang wajib... solat, puasa, akhlak yang baik dsb...



Kalau abang-abang dan kakak-kakaknya dulu belajar puasa sejak umur 4 tahun tapi mula-mula puasa tak penuh... Fawwaz pulak tak pernah puasa lagi.. tahun lepas tak boleh ajar lagi dia puasa sebab dia tak faham langsung apa itu puasa. Susah hati dalam hati ini siapa yang tahu...


Alhamdulillah., tahun ini, 6 tahun... sejarah untuknya belajar, faham dan terus buat... kesihan pun ada tapi sebab sayangkan Fawwaz la ibu terpaksa buat macam ni..., ibu sanggup buat apa saja masa berbuka apa yang dipinta... mee kuah, susu strawberry, burung dll... tapi makan sikit je... tak pe... yg penting ujian pertama dah berjaya... syukur... alhamdulillah...

hari pertama... kakaknya kata macam upin ipin puasa je... he he... solat tarawikh pun 2 rakaat je...

hari ke-3, tengok tu... ok dah kan...
insyaAllah mudah-mudahan dapat puasa sebulan tahun ni...



Bila puasa ramai yang tidur untuk pendekkan masa dan nak hilangkan rasa kelaparan serta keletihan... kadang-kadang terlepas waktu solat... Solat sekejap je, puasa sehari... yang mana susah... yang mana orang dewasa selalu tak buat???

Read more...

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN 1431H


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK...
maaf dipinta kepada muslimin muslimat atas sebarang kesilapan yang sedar maupun tanpa disedari...


"Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa"

(Al-Baqarah : 183)


"Barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu"

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Read more...

Friday, August 6, 2010

SEDIH....


Teramat sedihnya hari ini... tidak dapat mengikuti kelas pengajian dek kerana masalah teknikal sahaja.......

Read more...

Tuesday, August 3, 2010

Hari Kokurikulum SEMESTI 2010

Sambutan Hari Kokurikulum SEMESTI pada minggu lepas........ pertandingan permainan... pertandingan kawad kaki... mewarna tadika... jualan... pameran.... dll....




cikgu pun masak sama dgn pelajar......

Hari Khamis cuti.... rehat....

Read more...

Demam dek kerana 'raja'


Selalunya pada musim ini penuh la klinik... bukan kerana apa tapi ramai tidak tahan dugaan kena penangan 'raja'... makan sedap tapi....
Baru-baru ni ada yang bagi 'raja' ni pada kami... Pemberian insan yg pertama kami makan rasa ok je... pemberian insan kedua,,, makan berlebihan... badan tak stabil... walau apa pun terima kasih pada yang memberi... masih ingatkan kami





Ke mana-mana pergi pun orang jamu 'raja' ini juga... mula pening kepala... bila dah pening mula rasa dah jemu...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP