"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Monday, April 27, 2009

HADIAH PERCUTIAN

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana tidak disangka masih ada insan yang bermurah hati dengan memberikan hadiah percutian kepada kami. Siapa sangka usaha yang dilakukan tanpa mengharap bayaran telah diberi Allah hadiah di dunia lagi... Hadiah di dunia telah dirasai kenikmatannya, bagaimana pula hadiah Allah SWT, tidak terbayang di kepala bagaimana janji serta anugerah Allah atas kenikmatan yang kekal buat selamanya pada orang yang ikhlas, taat akan perintahNya dan menjauhi akan segala larangannya...Wallah hua'lam, tidak terjangkau akal memikirkannya...

Hadiah 4 hari 3 malam percutian ke Minangkabau, dari Padang terus ke Bukit Tinggi yang penuh dengan sejarah dan lagendanya di Sumatera Barat serta pulang ke rumah amat banyak memberi pengalaman, pengetahuan dan pengajaran. Walaupun ianya satu percutian tetapi setiap hari sepanjang perjalanan aturcara disusun padat dengan aktiviti yang bermanafaat agar setiap langkah dan perbuatan diterima Allah SWT sebagai suatu ibadah, InsyaAllah... Syukur dapat juga diri ini merehatkan minda dan diri dari kesibukan kerja harian dengan menghayati segala ciptaan Allah SWT serta segala tazkirah sepanjang perjalanan... tempat yang amat sesuai kepada sesiapa yang ingin menghilangkan 'stress'.


Beberapa 'post' tempat yang dilawati seperti Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur, tempat kelahiran/dokumentari dan pengajian/pasentran Prof. HAMKA, Tasik Malinjau, pusat tenunan dan sulaman, 'Panti Asuhan' anak-anak yatim, 'Rumah Gadang' Minangkabau, Pasar Rendah dan Tinggi, pusat pengeluaran kopi, pisang dan malberry, Istana Pagar Ruyung yang sedang dalam pembinaan kerana terbakar pada 2007 dan modelnya, Pantai/Kg China, Istana Bung Hatta, Jam Gadang dan banyak lagi...



Hari ini mula bertugas semula...

Read more...

Tuesday, April 21, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua urusetia yang bertungkus lumus menjayakannya. Lega.... setelah....

Kesihan anak-anak pelajar tabik hormat, beberapa minit sahaja lagi perasmi tiba untuk pemeriksaan barisan, hujan turun dan segera plan B dijalankan dengan hanya tabik hormat di dalam dewan.

Beberapa pilihan gambar guru dan anak-anak pelajar. (gambar penerima anugerah tak sempat ambil sebab busy mengatur pergerakan mereka, siapa nak tengok ada pd Ckg Zamzuri)

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Program "EXPLORING SCIENCE"

Program "Exploring Science" dijalankan selama 2 hari di Makmal Fizik SMKPN iaitu pada hari ini dan esok. Program ini dijalankan adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Fizik, Kimia dan Biologi. Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran statik sains, pameran eksperimen sains, kuiz sains dan tayangan video sains.


Pelbagai projek yang diusahakan sendiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 Avicenna yang menarik minat pelajar lain untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu sains. Setiap pameran dan penerangan aktiviti sains akan disusuli dengan soalan kuiz dan saguhati diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul. Di antara aktiviti yang paling diminati oleh para pelajar ialah pertunjukan pelancaran roket.

Rata-rata pelajar yang ditemui rasa seronok dan minat terhadap pameran yang ditunjukkan. Menurut mereka, usaha ini harus diteruskan pada masa akan datang agar menjadi motivasi kepada pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran sains dan dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap apa yang dipelajari di dalam kelas. Tahniah kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus membina projek yang ditugaskan. Moga terus berjaya dengan cemerlang.


Read more...

Ustaz Hafiz Lubis berjaya mencuit hati pelajar

Alhamdulillah, pada 2 minggu lepas pelajar dapat mendengar tazkirah dari Ustaz Hafiz Lubis dengan baik dalam program menghayati perjuangan Rasulullah SAW. Bukan apa kadang-kadang tu ada setengah program tu, pelajar kami dengar terlalu khusyuk sampai tak bergerak dan bila tanya pun tak tau apa.

Macamana caranya, tula Ustaz tak boleh bagi ceramah atas pentas sorang, kenala turun ke bawah buat macam-macam untuk mengambil perhatian. Itula bukan senang nak jadi penceramah yang baik, kena pandai baca audien dan tahu pelbagai teknik. Syukur, bukan hanya pelajar khusyuk mendengar bahkan guru juga turut rasa berpuas hati.

Kelmarin pula SMKPN jadi tuanrumah pertandingan Debat Guru Suku Akhir Peringkat Kebangsaan. Pertandingan Debat Bahasa Melayu, Negeri Selangor mengalahkan Sabah dan Debat Bahasa Inggeris pula, Negeri Pahang mengalahkan Sabah. Bab jadi tuanrumah ni dah jadi "mangli" orang Kedah kata, sampai tak dan tau program apa yang dijalankan. Anyway, mai la sape-sape pun nak buat program, apa yang pasti guru ERT memang tukang surve makanan la jawapannya... Dewan Darul Qiyam tu pun dibina untuk semua bukan untuk warga SMKPN saje dan ia dirasmikan oleh Tun Mahathir lebih kurang 8 tahun yang lalu...

Read more...

Monday, April 13, 2009

Tanggungjawab masih belum terlepas

Kelmarin, masa sampai sekolah terserempak dengan PK HEM, dia kata "Jom mesyuarat", "mesyuarat pe?'' "disiplin"... "Tak pe, tak kena"... Ingatkan tahun ni dah lepas jk disiplin sebab dah 3 bulan tak kena panggil mesyuarat...tapi bab urus masalah pelajar ni memang on call je la. Rupa-rupanya lepas tu PK HEM & Pengetua telefon suruh masuk mesyuarat... punyala fikir panjang... tak masuk nanti dikata engkar... ya tak ya masuk jugala... nasib badan... mula la terfikir... bila laa nak pencen bahagian disiplin ni... dari dulu kini dan selamanya ke???

Masuk je bilik mesyuarat, tempat duduk telah disedia berserta dengan minit di meja. Pengetua mula mesyuarat dengan mohon maaf atas lantikan semula kerana menurut beliau "memandangkan tenaga masih diperlukan untuk memantapkan disiplin sekolah...bla...bla..." Apa nak buat...AKU YANG MENURUT PERINTAH....

Masalahnya bukan tak nak tolong tapi sesak nafas dah mula terasa, bimbang raut wajah melebihi usia... he he...faham-faham jela pelajar kami ni... rasa tak sabar tu banyak tapi bila teringat bagaimana perjuangan Nabi Nuh yang begitu panjang, hampir seribu tahun bersabar hanya segelintir sahaja yang mengikutnya... boleh la tahan sikit... tapi, alhamdulillah... adalah sikit-sikit amalan awet muda menurut sunnah... taklah teruk sangat muka... masih ada lagi la yang tak percaya dengan usia sekarang ni...he he.

Nasibla badan.... walau bagaimana cara sekalipun... hidup kena ceria selalu, tenang menghadapi cabaran, ingat cabaran Allah pasti akan datang... kelmarin dulu kenduri perpisahan 3 guru yang bakal pindah sekolah tambah rezeki..

Gambar kawan-kawan
"Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati"

Read more...

Thursday, April 9, 2009

CALON "SEKOLAH KLUSTER"

Dua minggu lepas, baru je lepas bernafas dengan laporan calon "Anugerah Sekolah Cemerlang", sehari sebelum mesyuarat agung PIBG, cikgu-cikgu 'pakat melompat' terutama beberapa orang tertentu kerana terkejut dicalonkan "Sekolah Kluster". Sekolah hanya diberi masa yang singkat sahaja untuk menyedia dan menghantar laporan. Alhamdulillah la sebab baru je lepas menyedia dan menghantar laporan calon "Anugerah Sekolah Cemerlang". Apa lagi sekali lagila cikgu-cikgu tak ketahuan duduk, sampai ada yang tak sempat tarik nafas, ada yang kena kuarantin, makan tak menentu, balik lewat malam dan macam-macam lagi... he he kesian cikgu....


Tapi, macam dalam mimpi je bila dicalonkan... betul ke...rasa-rasanya belum tercapai lagi ke tahap ciri-ciri yang ditetapkan...boleh dapat ke? Kalau dapat rasanya ada yang pengsan... sebab sekolah kluster jauh beza keadaannya dengan SMKPN ni. Entahla, wallahhua'lam, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Walau macamana pun keputusan lambat lagi... entah bila baru boleh tau... Calon "Anugerah Sekolah Cemerlang" pun belum tahu keputusan lagi...dan guru-guru terus menjalankan tugas seperti biasa, tiada yang luar biasa...

Read more...

Sunday, April 5, 2009

HARI TERBUKA ILP JITRA


Khamis, 26 Mac 2009, seramai 68 pelajar tingkatan 5 telah mengikuti program Hari Terbuka ILP Jitra. Pihak ILP menyediakan aturcara yang berguna kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi segala kegiatan mereka. Pameran yang melibatkan pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung turut diadakan di Dewan Besar ILP.
Kebanyakan mereka rasa cukup bertuah kerana mendapat pendedahan melalui lawatan dan penerangan untuk setiap kursus secara terus dalam semua bengkel yang terdapat di situ. Pada hari itu juga, para pelajar berpeluang mengikuti kuiz dan pertandingan serta mendapat saguhati dari pihak ILP.

Read more...

Thursday, April 2, 2009

MESYUARAT PIBG SMKPN 2009

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG SMKPN telah selesai dijalankan pada hari Khamis, 26 Mac 2009. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Kubang Pasu. beberapa usul telah diluluskan oleh ahli mesyuarat dengan perbahasan yang agak rancak.

Read more...

MINGGU BAHASA

Minggu lepas pelbagai program dijalankan dan salah satunya ialah Program Minggu Bahasa. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, antaranya ialah pertandingan melukis poster, mengarang dan sebagainya. Berikut ialah gambar semasa aktiviti kuiz dalam perhimpunan mingguan.

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP