"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan...

Alhamdulillah seminggu telah Ramadhan berlalu... kami menyambutnya di Terengganu, berkumpul semua di sana... Komputer pula tak sihat, maka terlambatlah nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan, maaf zahir bathin kepada semua kenalan tidak kira di mana. Teringat ustaz kata "macamana nak Allah ampunkan dosa, kalau dengan orang lain pun belum bermaafan"...

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

NASIB si 'ibu tinggal'...

Belum pun hilang lagi kepenatan menunaikan amanah2 Allah dan menghantar Nasriyah ke sekolah, sekali lagi si 'ibu tinggal' dipanggil supaya datang ke sekolah mengambil anak... anak sulung pula yang kena... inila situasi bila anak berterabur tak tinggal bersama... bergegasla si 'ibu tinggal' meminta izin majikan untuk mengambil dan membawa anak mengambil ubat. Alhamdulillah, ada 'doktor peribadi'... he he, tak perlula beratur tunggu giliran panjang-panjang.

Selesai memberi makan ubat, anak ditinggalkan berehat sendirian di rumah, si 'ibu tinggal' bergegas pula ke sekolah menguruskan jamuan ihya' ramadhan dan kawan mengerjakan umrah. Kemudian, alhamdulillah berkesempatan juga dengan masa yang terhad si 'ibu tinggal' mengajar pelajar di dalam kelas menghabiskan topik yang ketinggalan itu... Habis persekolahan, ziarah pengasuh yang baru menerima cucu baru.

Alamak, sedang seronok membelek 'baby comel', pembekal kurma call kata tunggu di depan rumah untuk menurunkan kurma-kurmanya... Bye bye 'baby comel', terpaksa balik dah... Selepas maghrib menunaikan satu lagi janji dengan kawan-kawan untuk menghantar mereka ke Penang ada urusan teramat penting...

Berpatah balik jam 12 malam dan tiba jam 1.15 pagi... uhh drive bagai 'orang gila'... menahan ngantuk. Alhamdulillah selamat, macam-macam cerita ada, semua berjalan lancar dengan bantuan Allah... terima kasih PFY...

Hari ini, malam, esok... menunaikan urusan sekolah dan anak2, mudah-mudahan aktiviti berjalan lancar... InsyaAllah akan bermusafir bersama anak2 merentas Banjaran Titiwangsa.
Ya Allah, Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya pada Engkaulah kami mohon pertolongan, permudahkan urusan kami dan selamatkanlah perjalanan kami....

Read more...

Monday, August 17, 2009

'Ibu Tinggal'

Perit juga tugas 'ibu tinggal' ni rupanya... Apakan daya demi kebahagiaan keluarga ku laksana sepenuhnya. Dugaan Allah, kami kecundang juga akhirnya, minggu lepas diri sendiri dulu yang tumbang. Allah uji lagi, Jumaat malam Sabtu jam 4 subuh 'ibu tinggal' terpaksa bergegas ke unit kecemasan kerana Fawwaz demam, sesak nafas dan mengadu sakit dada, alhamdulillah, Allah uji sikit je...

First time Fawwaz di'sedut'

Setelah selesai urusan biasa di hujung minggu, hari Ahad di sekolah, cikgu kepada Hamidatun Nasriyah pula telefon dari sekolah minta mengambilnya kerana demam. Sekali lagi si ' ibu tinggal' bergegas memohon izin keluar sekolah untuk mengambil anak dan membawanya ke klinik mengambil ubat. Alhamdulillah juga, semua program di sekolah telah diatur dengan baik.
Nasriyah pula demam tapi sikit je kan...

Read more...

Friday, August 14, 2009

H1N1 semakin menular, jangan jemu SOLAT HAJAT dan BERDO'A...

AL-FATIHAH...
ﺒﺴﻡ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻡ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
ﺒﺴﻢﺍﷲ ﺍﻠﺬﯼ ﻻﻴﺿﺮ ﻤﻊﺍﺴﻤﻪ ﺸﻴﺊ ﻓﯽﺍﻷﺮﺾ ﻭﻻﻓﯽﺍﻠﺴﻤﺎﺀ ﻭﮬﻭﺍﻠﺴﻤﯿﻊ ﺍﻠﻌﻠﯿﻡ

"Dengan nama Allah yang tidak akan memudarat beserta namaNya apapun jua di bumi ini dan di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan Yang Mempunyai Kemuliaan & Kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan Yang Menguasai Alam Nyata & Alam Ngaib, aku bertawakkal kepada Tuhan Yang Hidup & Yang Tidak Mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala & wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tap-tiap sesuatu"

Read more...

PERGI TAK KEMBALI.... Tazkirah pagi Jumaat


Al-Fatihah, kehilanganmu amat mengejutkan kepada semua bukan hanya pada pencinta seni Islam sahaja bahkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira usia.


Kelmarin, di sekolah ada seorang guru berkata, "Aku cukup terharu, patah tumbuh hilang berganti tapi tak sama dengan kelebihan suara yang dianugerah Allah pada Ustaz Asri. Allahyarham telah menggunakan anugerah Allah di jalan yang cukup memuaskan hati anak-anak, rakan dan taulan."

Pagi tadi juga tok guru ada peringatkan, kita ini harus mensyukuri nikmat pemberian Allah dan menerangkan bagaimana cara untuk BERSYUKUR pada Allah. Inilah mulut dan suara yang diberikan Allah seharusnya berkata mengikut landasan yang diizinkan Allah bukan menggunakannya di jalan yang murkai Allah. Jika kita dapat mengikut panduan telah Allah tetapkan, barulah kita boleh mengaku kita BERIMAN, jika tidak... kita hanya dinyatakan telah ISLAM belum lagi tertanam KEIMANAN itu pada diri.... sepertimana kisah orang Badwi dengan Rasulullah SAW...


PERGI TAK KEMBALI..


Album : Munsyid : Rabbani




Setiap insan pastikan merasa


Saat perpisahan terakhir


Dunia yang fana akan ditinggalkan


Hanya amalan yang akan dibawa



Terdengar sayup surah dibaca


Sayu alunan suara


Cemas di dada lemah tak bermaya


Terbuka hijap di depan mata



Selamat tinggal pada semua


Berpisah kita selamanya


Kita tak sama nasib di sana


Baiklah atau sebaliknya



Amalan dan taqwa jadi bekalan


Sejahtera, bahagia pulang...kesana



Sekujur badan berselimut putih


Rebah bersemadi sendiri


Mengharap kasih anak dan isteri


Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara


Soal bicara terus bermula


Sesal dan insaf tak berguna lagi


Hancurlah jasad di mamah bumi



Berpisah sudah segalanya


Yang tinggal hanyalah kenangan


Diiringi doa dan air mata


Yang pergi takkan kembali lagi


Read more...

Friday, August 7, 2009

H1N1 kritikal

7 Ogos 2009, ke-15&16*Seorang kanak-kanak 9 tahun dan lelaki 37 tahun dilaporkan meninggal di Hospital Kluang, Johor.

6 Ogos 2009, ke-13&14*seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru. Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.
Manakala kematian ke-14 ialah seorang lelaki 57 tahun .

Read more...

MAJLIS PERPISAHAN WARGA PSB UUM / SUAMI

Hari Khamis, bersama Majlis Perpisahan PSB UUM dengan suami.

Satu dokumentasi telah ditayangkan kenangan selama 16 tahun 4 bulan di PSB UUM

(1 Mac 1993-30 Jun 2009)

Read more...

Thursday, August 6, 2009

H1N1 semakin serius

5 Ogos 2009, ke-12*seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat

4 Ogos 2009, ke-10 &11*Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun,Melaka
Masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.

4 Ogos 2009, ke-9*Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang di Hospital Melaka.

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Kematian akibat H1N1 di Malaysia

3 Ogos 2009, ke-8*guru sekolah Selangor
Seorang lagi mangsa jangkitan influenza A(H1N1) meninggal dunia hari ini – melibatkan seorang guru dari sebuah sekolah di Selangor yang ditutup 27 Julai lalu.
Ia menjadikan jumlah yang meninggal dunia kerana wabak ini meningkat kepada lapan orang.

3 Ogos 2009, ke-7*ibu muda 2 minggu lepas bersalin Sarawak, 24 tahun
Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya. Bagaimanapun, bayi perempuannya selamat. Ia menjadi kes pertama korban H1N1 di Sarawak dan ketujuh di seluruh negara.

2 Ogos 2009, ke-6*kanak-kanak lelaki Hosp Sultanah Aminah Jhr, 11 tahun
Mangsa keenam itu adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 29 Julai lalu dengan simptom demam selama satu hari.
“Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd.
Ismail Merican..
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau menjelaskan, semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada keesokan harinya.
Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan
myocarditis. Beliau meninggal semasa dalam rawatan ICU.

1 Ogos 2009, ke-5*kanak-kanak perempuan KK Bgn Serai, 10 tahun
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak, menjadi mangsa kelima meninggal dunia akibat jangkitan virus influenza A(H1N1).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd
Ismail Merican berkata keputusan bedah siasat ke atas mangsa yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Serai pada pukul 5.30 pagi disahkan positif virus A(H1N1).

28 Julai 2009, ke-4*wanita hospital Melaka, 20 tahun
Satu lagi kematian akibat H1N1 di negara ini membabitkan seorang wanita berusia 20 tahun yang dirawat di sebuah hospital di Melaka, menjadikan jumlah keseluruhan empat kes.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri
Ismail Merican dalam sidang akhbar.

27 Julai 2009, ke-3 *lelaki hospital swasta KL, 42 tahun
Malaysia mencatatkan kematian ketiga akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1), membabitkan lelaki tempatan berusia 42 tahun di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang.
Ini menjadikan keseluruhan kes terkumpul H1N1 kepada 1,219 kes dengan 95 kes baru dan tiga kematian.

26 Julai 2009, ke-2*lelaki hospital swasta Subang Jaya, 46 tahun
Malaysia mencatatkan kematian kedua akibat Influenza A (H1N1), apabila seorang lelaki berusia 46 tahun yang menerima rawatan sejak 16 Julai lalu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya jam 12.35 tengahari.

21 Julai 2009, pertama*warga Indonesia pusat perubatan swasta KL, 30 tahun
Malaysia catat kes kematian pertama kes H1N1 apabila seorang pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal.

Read more...

Saturday, August 1, 2009

PRODUK HOMEOPATI

Kini telah ramai yang menggunakan perubatan homeopati dengan beberapa kelebihannya tersendiri.

Hadith :

1. Dari Abu Daud, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:


”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

2. Dari Abi Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :"Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawar untuknya"

CUBALAH... USHA... TAWAKKAL

Cegah Barah
Cerdas Akal
Cergas Badan
Darah Tinggi
Imbang Kolesterol
Kurang Lelah
Reda Gaut
Resdung
Sakit Pinggang
Senggugut
Tenaga Wira

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP