Geografi dan pantai... Maklumat yang ingin dikongsi bersama..Glasiar Helheim bergerak pada kadar yang menakutkan!
Cerita tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun-tahun sudah... adjust punya adjust tahun ini si ibu terpaksa mengajar satu subjek tambahan iaitu Geografi kerana ketiadaan guru yang sanggup mengajarnya, bukan sikit tau... 4 kelas... tapi tak pe fm 2 je... adjust sendiri sanggup sendiri... jadi 'mak sanggup' sebab geografi menyeronokkan, ia banyak berkaitan dengan kehidupan seharian kita, tak la teruk sangat... banyak hikmahnya.. Mengajar peta dunia teringatkan daratan dan air laut dunia akhir zaman ini... teringat daratan kita kini yang semakin berkurangan kerana air laut yang semakin bertambah dek kerana pencemaran, kepanasan dunia dan cairan ketulan ais salji di kutub... ia menakutkan??? tapi hakikat...
Contoh yang paling mudah kunjungan kami di sebuah pantai Terengganu cuti yang lepas. Pada bulan 3 tahun 2009, tepian laut sehingga bahagian depan (tanda merah) tetapi bulan 12 2009, tepian laut sudah sampai bertanda kuning... dan pada hari berikutnya anak-anak bermain di kawasan bertanda hijau. Apa yang kami amati di tempat kami duduk menunggu anak-anak bermain itu, angin yang bertiup sentiasa menerbangkan pasir-pasir halus... belum lagi perubahan pukulan ombak yang sentiasa kuat... tiada kesempatan untuk kami mandi manda...
Dalam jangkamasa tidak sampai 10 bulan pantai berubah lebih kurang 100 meter, bayangkan apa akan jadi pantai ini beberapa tahun lagi...
Untuk maklumat selanjutnya bacalah artikel ini , ini , ini dan banyak lagi maklumat yang berkaitan.