"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Thursday, December 10, 2009

Hidup sederhana...

Cuti ini kami meneruskan kehidupan dalam keadaan sederhana sahaja di tempat orang... masak guna peralatan apa yang ada saja... satu periuk, satu kuali... makan ala kadar. Nak layari dunia maya pun susah... guna berokband jap ok... jap putus... ikut rezeki (ni kira ada rezeki sikit la ni)...

Ini fasa penantian so perlukan banyak kesabaran... Tak tau nak buat ape di tempat orang... kalau di rumah sendiri tu sampai tak cukup 24 jam Allah bagi masa. Sahabat-sahabat lama pun dah jumpa, nak ganggu selalu diaorang pun nak kerja. Pandang sana pandang sini... buat pe lagi... projek belakang dan depan rumah je la... semak... bimbang juga... nak cari ular sawa pun tak boleh jumpa...
'testing berokband'

Read more...

Sunday, December 6, 2009

SIBUK....

Call adik... sibuk..,
call kakak... sibuk..,
call kakak ipar... sibuk..,
call sahabat 1... sibuk..,
call sahabat 2... sibuk..,
call kawan sekolah 1... sibuk..,
call kawan sekolah 2... sibuk..,
call rakan lama 1... sibuk..,
call rakan lama 2... sibuk..
sibuk apa........
menguruskan keluarga...
urus keluarga datang bercuti...
urus anak tusyen..,
urus kenduri kendara..,
urus pindah rumah baru...,

urus syarikat.. klinik.., kebun.., bendang...,
mesyuarat sana mesyuarat sini.., bantu mangsa banjir.., kursus masa cuti.., rumah masuk air banjir.., buat kertas kerja..., cat rumah.., kemas rumah.., anak di hospital..., suami tak sihat.., hantar kereta bengkel..., terima tempahan perkahwinan..., ziarah adik beradik sakit.., kelas mengaji..., urusan jenazah...,
eee....macam-macamnya sibuk... urusan dunia hari ini.......... sibukkkkk........

Read more...

Wednesday, December 2, 2009

Cuti bersama anak-anak...

Minggu 1 di Terengganu, musim tengkujuh... bawa anak-anak bersama 3 buah bas rombongan SRIDA lawatan sekitar Terengganu dan Kelantan... Mana-mana sekolah nak buat lawatan pun boleh, penginapan boleh diatur di UMT(cuti semester je tau)... rombongan SRIDA free je penginapan... Lepas tu uruskan kemasukan anak ke MTS Kelantan.
Minggu 2 beraya di Perak dan Kedah... korban... korban... makan daging... makan daging... pening... rehat... suami ke Sabah.
proses menumbangkan lembu oleh kariah surau di kg
proses memujuk lembu di surau taman..
hai cek abang, tak takut kena tanduk ke...

Hujung minggu nak bawa anak ujian & temuduga MTS Kelantan. Mudah-mudahan berjaya, insyaAllah... macam abangnya... yang penting usaha, doa... tawakkal....
Doakan ya...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP