"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Tuesday, September 29, 2009

Bapa Borek Anak Rintik

La, ada juga yang mengikut... yang ini bukan bapa borek anak rintik tapi ibu borek anak rintik. Masa kecik-kecik dulu, main pondok-pondok atas pokok, makan, baca buku, buat kerja sekolah pun atas pokok...

Di atas pokok manggis, terkejut ada makhluk yang panggil & snap
Terjumpa gambar ni, bila masa pulak si kecik ni panjat pokok?
Dah terlanjur cerita pasal pokok, ni sedikit info pengalaman panjat pokok. Di antara dahan pokok yang kuat adalah pokok manggis, sampai pucuk atas sekali pun tak pe, badan yang berat pun boleh tahan . Tak percaya cubala tapi kalau jatuh jangan salahkan kami... he he, tapi badan yang berat jangan panjat pokok rambutan, dahannya rapuh, kalau pandai ringankan badan bolehla cuba panjat pokok rambutan tu...

Read more...

Thursday, September 24, 2009

Pagi Raya Pertama

Raya tahun ni kami sambut ala kadar je di kampung... hanya kami dan keluarga adik je yang balik kampung, yang lain beraya rumah sendiri dan rumah mertua. Yang lain tu balik kampung silih berganti, keluar masuk, ada yang bertembung dan ada yang tak bertemu. Nak buat macamana, masing-masing ada jadual sendiri...

Selepas makan dan solat, kami ziarah kawan ayah yang tenat di Hospital Teluk Intan, saat yang menyedihkan..... Beliau telah kembali ke rahmatullah pagi kelmarin semasa kami berada di kampung Perak, Al-Fatihah, Alhamdulillah sempat kami ziarah.

Sempat juga berposing selepas solat raya.
"Fawwaz minta maaf zahir bathin, tok""Nakhie pun sama tok, wah... bestnya dapat duit raya..."
"Kami tak dapat duit raya ke???..."
(Bersama adik *guru B. Arab Kolej Islam Klang)
2 menantu yang sering berentap siapa jadi pilihan utama pak mertua...he he
(Cik Nizam dan Cik Abu)
"MERDEKA!" 3 sepupu yang baru habis berentap dalam UPSR
Dari kiri; Fadhil, Amin, Hafiz
"Yee, kami dah lama merdeka"
"Ingat... tahun depan... PMR"
2 sepupu yang sentiasa tak kering idea menyakat atok...
(Khairul, Rodhi)
Kenangan raya 1430H

Read more...

Friday, September 18, 2009

Dari KAMI untuk SEMUA...

Banner created with MyBannerMaker.com

Read more...

Monday, September 14, 2009

Melayan kerenah anak...

Di penghujung Ramadhan, program semakin padat... saat genting inilah dugaan cukup banyak, saat inilah anak minta baju raya, buat kuih raya kegemaran mereka... saat ini juga majikan nak semak itu ini, saat ini juga... nak habiskan turun membantu golongan yang amat memerlukan. "Ya Allah, ampunkanlah kami, bebaskan kami dari seksa api nerakaMu ya Allah............."


Kelmarin, selepas turun menyampaikan sumbangan, balik rumah masak cornflakes untuk ditinggalkan kepada anak2 untuk dimasukkan ke dalam cup dan balik sekolah boleh bakar...dapatlah 188 cup... Hari ini anak2 sedih kerana mereka dah ke asrama, tak boleh buat kuih raya kegemaran mereka lagi. "Kalau sempat ibu buat, kalau tidak... tunggu hari Khamis ni... Jumaat dah nak balik kampung, nak masak untuk balik kampung pula... nak buat macamana... ini sahaja kemampuan ibu"

"Kesihan anak2 ibu, nanti ibu akan cuba usahakan, insyaAllah..."

Baju seorang sehelai cukupla...

Kuih yang mana sempat je...

Read more...

Thursday, September 10, 2009

Bestnya...

Kelmarin, badan tak sihat tak pi kerja, mc. Minggu lepas kami balik kampung di Perak, entah macamana cik abang tu boleh bawa kami singgah rumah anak sedara dia sebelum sampai kampung. Tak de la cerita best sangat cuma tak pernah tengok dia bela ikan keli organik dalam kolam kanvas. Di rumah dia ni macam-macam ada, ayam pun macam-macam jenis, kelapa matak pun ada. Sebelum kami sampai tu, baru je pegawai pertanian balik, diaorang seronok mancing ikan.
Anak sedara ni seorang yang rajin mencuba, dia telah mengusahakan pelbagai jenis kolam dan menurutnya kolam kanvas paling mudah penjagaan dan jimat kos. Apa bestnya ialah... dia buat makanan organik menggunakan formula sendiri dan dijamin kesuciannya. Tumpuannya sekarang ialah tentang jualan makanan organik ikan keli yang diprosesnya sendiri.
Banyaknya kolam ikan keli...dan banyaknya ikan keli... ada pancing pulak tu. Apa lagi, inila peluang nak lepaskan rindu memancing di masa lalu. Pancing dalam kolam ikan keli, hasilnya dapat ikan keli la... he he.
Rupa-rupanya mudah je bela ikan keli organik ni, rumah taman pun boleh usahakan, boleh tambah pendapatan, ajar anak-anak berdikari atau seronok-seronok main dengan ikan. Bukan apa, ikan keli sejenis ikan yang lasak, tidak seperti ikan lain, sebab dia tahan lama, ikan haruan pun kalah. Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau musim kemarau, air sawah dah kering, jumpa lopak ada selut, ikan lain dah habis sunyi sepi... tup tup nampak ikan keli ternganga-nganga bernafas dalam selut. Itula keistimewaan ikan keli.

Bab tak lalu makan ikan keli, ramai yang tak lalu makan, lebih-lebih lagi bila dengar sekarang orang bela macam-macam cerita... tapi ikan keli organik ni kehidupannya macam ikan keli dalam sawah, tidak berbau, hidup semulajadi macam dulu cuma tumbesarannya lambat, kepalanya tidak besar. Rasanya kami pun nak cuba bela di rumah taman sebab tak perlu perhatian yang lebih dan tengok anak-anak pun seronok main dengan ikan. Jom kita cuba... kalau tengah boring kita boleh pi mancing... best...

Read more...

Wednesday, September 9, 2009

Jangan tinggalkan PESTA ini...

Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi PESTA ini akan berlalu. Seronoknya berada di PESTA RAMADHAN... Masing-masing berebut nak bersedekah... mintala bila pun... tak banyak soal dah, terus je hulur, letakla tong ke apa ke, penuh.


Di masjid dan surau pun penuh, tazkirah sana sini amat menyenangkan hati, tiada siapa nak kata apa... tadah je telinga tanpa soal... sebab bulan Ramadhan... Qiamullail pun setengah tempat diatur dengan berjemaah, beza sekali bila dah habis Ramadhan, kutuk sana sini. Belum pun habis bulan lagi tapi 10 hari terakhir dah nampak surutnya dan air pasang itu bertukar ke pusat membeli belah dan bazar-bazar pula... sedih rasa hati...

Sepatutnya Ramadhan ini bukan satu PESTA tetapi ia merupakan satu MADRASAH, tarbiyyah diri untuk terus beramal seperti amalan di bulan Ramadhan, kan kita ni hambaNya, walaupun pelbagai ganjaran yang Allah berikan di Bulan Ramadhan ini. Diri ini juga cukup rasa seronok, tenang dan tenteram bila bulan Ramadhan sebab tiap-tiap hari dapat dengar macam-macam tazkirah. Kelmarin dengar lagi satu tazkirah tentang kehidupan dan kematian Saidina Umar Ibn Aziz.

Adakah PESTA RAMADHAN ini akan kekal ke 11 bulan yang lain? Sedihnya hati kerana bahang orang akan meninggalkannya mula dirasai, telah kelihatan di sana sini khemah jualan tumbuh melata... semua mula membazir untuk menyambut 'Aidil fitri walaupun telah diberi peringatan... Lihatlah nanti terutama di malam 'Adilfitri... Wallahhu'alam... sama-sama kita muhasabah diri...

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

SELAMAT MENJAWAB UPSR... HAFIZ, FADHIL dan semua pelajar darjah 6

Jadual Peperiksaan UPSR 2009

08 September 2009 (Selasa)
8.15-9.05 pagi- 011: Bahasa Melayu Pemahaman
9.45-11.00 pagi- 012: Bahasa Melayu Penulisan
11.45-12.25 tgh hari- 015/2: Mathematics Kertas 2

09 September 2009 (Rabu)
8.15-915 pagi- 015/1: Mathematics Kertas 1

10 September 2009 (Khamis)
08.15 - 09.30 pagi- 018: Science
10.15 - 11.05 pagi- 014/1: Bahasa Inggeris Kertas 1
11.45 - 01.00 petang- 014/2: Bahasa Inggeris Kertas 2

02.15 - 03.45 petang- 013: Ujian Aptitud

Read more...

Sunday, September 6, 2009

TAZKIRAH NUZUL QUR'AN


Hari ini merupakan cuti umum untuk kebanyakan negeri kecuali Kedah yang telah mengambil cuti sambutan Ramadhan. Nak cerita sikit tentang tazkirah Ramadhan antara solat Tarawikh malam tadi di surau yang disampaikan oleh Ustaz Amir Lutfi dari POLIMAS. Beliau menceritakan tentang MUKJIZAT AL-QUR'AN.

Al-Qur'an merupakan petunjuk, penawar, pengubat segala penyakit sesuai untuk setiap zaman terutama ubat virus penyakit aqidah yang melanda ummat kini. Kita perlu mengambil iktibar bagaimana Saidina Umar yang keras hati menjadi lembut dan cair bila mendengar ayat-ayat suci Al-Qur'an.

Al-Qur'an menjadi ‘hudallinnas’…panduan pada manusia, ‘hudallilmuttaqin’… petunjuk pada orang yang bertaqwa. Al-Quran menjadi sempadan yang mana halal, haram, makruh, sunat, harus dan sebagainya kepada orang mukmin.

Al-Qur'an umpama lampu, memberi cahaya menerangi kehidupan orang mukmin. Jadikanlah Al-Qur'an dekat dengan hati kita, menjadi teman setia lebih dari TV3. Kesyukuran orang beriman membawa berkat dalam dirinya, memberi nuur dalam kehidupannya. Jika ditimpa musibah, Allah berikan kesabaran pada mereka. Allah memberi ketenangan dalam kehidupan orang mukmin. Alangkah tenteramnya hati kita dikelilingi kebaikan orang beriman.

Sepanjang Ramadhan setiap malam solat tarawikh kita memohon petunjuk, rahmat dan keampunan dari Allah SWT agar kita tidak mengulangi lagi segala kesilapan dan kealpaan kita selama ini. Hanya orang dipilih dan terpilih sahaja yang beriman dan yakin akan segala janji Allah. Ramai manusia yang hanya dapat lapar dan dahaga sahaja di bulan Ramadhan ini sedangkan amalan mereka tidak diterima Allah SWT. Manusia yang hilang panduan umpama ‘wau yang putus talinya’.

Berdoalah kita jangan jadi golongan ‘al-asyqiya’, golongan celaka yang mengenepikan Allah, tidak menerima hukum hakam Allah di dalam bulan Ramadhan ini. Allah akan menunjukkan segala amalan baik mereka tetapi amalan tersebut menjadi debu-debu berterbangan…wal’ayazubillahiminzalik.

Marilah sama-sama kita jadikan Al-Quran TEMAN SETIA anda, menjadi pembela kita di Kemudian hari, insyaAllah.

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

KEMERDEKAAN

31 Ogos 2009, Malaysia menyambut ulangtahun ke-52 kemerdekaan. Masing-masing merasai merekalah yang paling faham erti kemerdekaan... Siapa yang paling memahami apa itu KEMERDEKAAN???

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP