"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Saturday, March 14, 2009

*PERMATA* -pilihan Allah

Cukup terharu apabila menghayati bagaimana perjuangan pelajar terbaik SPM yang diumumkan Khamis lepas. Hikmahnya tidak terungkap dengan kata-kata, semuanya penuh dengan keinsafan...

NILAH RUMAH SAYA
Nik Nur Madihah (20A)bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka
di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu
– UTUSAN/Hafiz Johari

Kehidupan tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

3 comments:

P'su March 15, 2009 at 10:17 PM  

ramai anak-anak sekarang terlalu manja dlm erti kata tak kenal erti susah..jadilah mereka seorang yang lemah, tiada daya juang, x mampu bersaing, x ada motivasi dan sebagainya sebab apa? sebab nak ape saja mereka boleh dapat dari makan, pakai kemudahan semua dapat. contoh tengok saja handset mereka lebih mahal dari handset cikgu.. kasut sukan lebih mahal kasut cikgu so.. kpd ibu bapa x salah bagi kemudahan kepada anak2 tapi biar mereka faham jgn sampai salah guna. biar mereka tahu erti susah!

ZAID SAHLAN March 15, 2009 at 11:09 PM  

"kepapaan hampir kpd kekufuran" maksud hadis

Kemiskinan yg dimaksudkan lebih kpd miskin ILMU BUKAN HARTA.

Nyata ayahnya hanya miskin harta bukan miskin ilmu, bila dlm komen TV1 mlm tadi Ayahnya berkata:

" ..Rezeki biarpun sedikit tetapi halal itu ada keberkatan.."

"Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".. at tahrim 6

Itulah matlamat pendiikan yg sebenarnya

ckg rash March 17, 2009 at 9:27 AM  

P'su & Pengeluaran tanaman,
Wallahua'lam,
Pengalaman & realiti mendidik generasi kini yang pelbagai latar belakang, menyusuri kehidupan mereka. Tak tau dah nak buat macammana lagi, pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran & motivasi. Samada program berbentuk individu dan kumpulan, jangka pendek & panjang, tok guru sembur sana sembur sini, sehingga satu program terpaksa kami lakukan dengan memberi nama 'kemanjalelakian' pun masih lagi kami rasa setiap hari nafas pendek, tak de penyakit lelah pun rasa lelah. ..tak tau nak kata apa...
Skrg ni kita usha, berdo'a dan berserah pada Allah SWT...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP