"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Tuesday, March 10, 2009

Nikmat Maulidur Rasul

Kesimpulan hasil ceramah malam tadi di Taman Suria 3 Jitra oleh Ustaz yang mempunyai penghuraian yang cukup jelas, tepat dan padat yang jarang sekali dihuraikan sebegini. Hanya rumusan yang dapat dicatat untuk dikongsi bersama.

Beberapa nikmat Maulidur Rasul:

  1. Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah suatu nikmat untuk menyelesaikan masalah/kemelut manusia.
  2. Nikmat kelahiran Rasulullah SAW sebagai penyelamat ummat jahiliyyah ketika itu. Rasulullah sebagai penyuci kekufuran agar manusia jangan dilaknat Allah SWT.
  3. Anugerah Shafa'at Qubra Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya yang taat Allah dan Rasul secara KESELURUHANnya bukan suku-suku
  4. Allah mengajar manusia untuk mendapat kemuliaan menggunakan sunnah Rasulullah SAW dengan bangun malam kerana takutkan azab dan mohon keredhaan Allah SWT semata-mata.
  5. Lahirnya Rasulullah SAW mengajar manusia menjadi izzah/istimewa/menerima penganugerahan Allah SWT dengan rasa "tiada pergantungan kepada manusia tapi hanya bergantung kepada Allah SWT semata-mata".

0 comments:

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP