'STRESS'
Hampir 2 bulan 2009, macam-macam reaksi guru di sekolah kami, ada yang tension, penat, geram dan sebagainya tak kurang juga yang kata ok, tak kesah... Ada seorang guru tu kena pindah ke sekolah kami tapi tak nak datang, katanya, "dulu aku makan 2 biji pil je, tapi bila aku datang, tengok pagar je, ni belum masuk lagi, kena telan 10 biji pil". Issyh issyh issyh, entahla pil apa kami tak tau. Syh...Jangan bising, ada juga yang nak minta tukar sekolah tau. Menyebut tentang stress saya teringat kepada seorang guru perempuan yang saya jumpa 2 tahun lepas telah membuat pencen awal. Apabila ditanya, beliau berkata "tak tahan, tension, rasa macam nak gila, lebih baik berhenti". Dan satu perkara lagi, kini ramai yang 'pergi' segera tanpa signal pada rakan dan sanak saudara. Rasanya inila punca dan gejala stress, sekiranya salah, mana-mana pakar boleh perbetulkan...
Ni ada satu petua bagaimana nak kurangkan stress, ada orang kata cakap senanglah, tak rasa tak tau. Wahai kawan-kawan, bila kita nak sesuatu, kena usaha sungguh, buat dengan betul, cuba ya; mula-mula
- Tarik nafas panjang-panjang, lepas perlahan-lahan, tarik lagi dan ulang beberapa kali. Semasa melakukannya jangan kosong tapi sambil mengingati/berzikir pada Allah dan mohon kekuatan kerana Allah sahaja tempat kita mohon pertolongan .
- Kemudian tenangkan fikiran dengan memujuk hati dan berkata 'relaxla' ramai lagi yang banyak masalah, masalah mereka lebih berat dari masalah kita.
- Jika masih merasainya, ambil wuduk dengan betul, bersolat dan mengadu padaNya dengan khusyuk dan buat seikhlas hati setiap perilaku kita.
- Ataupun bercakaplah dengan sesiapa yang kita rasa sesuai untuk mendengar masalah kita.
- Berfikir dan bertindaklah secara positif dengan membuat sesuatu pekerjaan lain yang berfaedah seperti beriadah, bersenam untuk mengeluarkan peluh dan segala toksik-toksik yang terhasil apabila kita stress.
- Cuba berurut untuk memperbetulkan kembali urat-urat stress yang menegang apabila kita stress dan selesaikan kerja satu persatu dengan tenang.
*Berusahalah kita mengurangkan stress agar kita dapat mengelakkan penyakit yang pelbagai akibat toksik yang terkumpul apabila stress.
6 comments:
Assalamualaikum Cikgu Rash.
Tadi KakChik ingatkan stress dgn suasana semasa di Perak, rupanya stress yg ni.
KakChik kurangkan stress dgn selalu berfikir positif dan banyakkan senyuman. Bila selalu dilatih, lama-lama jadi mudah, insya-Allah.
Wa'alaikumussalam wbt,
Ya, di Perak tu pun salah satu cara mengurangkan stress, riadah di jalan, bercakap ke sana sini... Rupanya stress Perak melanda Kedah pula, jangan jadi wabak cukupla...
Betul tu, Senyum itu pun salah satu cara kita beriadah anggota badan, setiap pancaindera ada urat masing-masing dan cara riadahnya tersendiri. Senyum akan mengendurkan kembali urat muka ketika kesedihan dan stress sebab itu orang selalu suruh sebut "three" @ "ciiisyh" dan bersedekahlah banyak-banyak dengan senyuman...
Bagus tips mengurangkan stress yang dipaparkan.Ada pakar mengatakan antara cara yang boleh mengurangkan stress ialah makan nenas yang manis sehiris, jangan nenas yang masam - kalau yang masam makin stres jadinya!
Wallahu aklam !
Bagi saya dalam menghadapi stress, saya sentiasa menerima realiti kerja atau realiti hidup saya, seadanya mengikut kemampuan akal dan kemampuan usaha tenaga saya yang paling optimum. Dah tak mampu redha sahaja lah. Kalau orang marah, itu dah memang kerja dia....!!Biar dia yang stress, jangan kita.
Betul tu Cikgu Sazili,
Nenas mengandungi enzim yang boleh mengukuhkan sistem imuniti terutama melawan sel barah dan asid yang boleh menghapuskan toksik yang menyebabkan sakit jantung dan strok.
Lastly kena redha sebab kita orang Islam percaya kepada qada' dan qadar Allah... Lagipun kita ni makin tua, selalu marah/masam muka nanti makin tua. Nanti kita masuk topik awet muda pula...
Hai, pencen awal tu mcm terkena kat kita je... kita nak kurangkan dosa. maklumlah tak sanggup dengar pst..pst..sana dan pst..pst...sini. lama-lama kita jd termasuk sekali...kita pencen 46 nak buat kerja sendiri.. tapi mmg rata-rata kerja guru terlalu byk beban..masa di sek lg dipanjangkan dan hari sabtu pun kena gi sek jg. org keje pej lg dikurangkan kpd 5 hari.Kita lg ditambah..betul tak?
Sorryla Kak Nab,
Tak maksud pun nak kata sapa-sapa, itulah realiti kehidupan seorang guru kini, kalau diulas macam-macam topik boleh dibuat cerita.
Post a Comment