Cerita anak-anak
Hari ni nak cerita tentang Fawwaz pada Program Hari Bakat & Kesenian Islam, Pusat Tahfiz Gemilang yang telah 2 minggu berlalu. Saja nak cerita bagaimana kerenah & perasaan anak-anak kecil.
Fawwaz masuk pertandingan nasyid dan hafalan do'a... Fawwaz tak bimbang pun samada nak menang atau tidak... cuma abah dan kakaknya sahaja yang tak senang duduk... bimbang adakah Fawwaz boleh menjawab @ tidak... Apa yang Fawwaz tahu, lepas di uji, tunggu di depan dewan nak hadiah... menang ke tidak yang dia nak hadiah... ini la perasaan anak kecil, besar kecil, mahal murah, tak kesah... janji hadiah... ini yang memeningkan abah & kakak yang menemaninya sebab bimbang jika tak menang... macamana nak cari hadiah. Alhamdulillah, rupanya dapat juga nombor 2 untuknya... lega si abah dan si kakak... seronoknya sampai tak sabar-sabar nak buka.
Balik rumah sampai tertidur menunggu ibu pulang dari sekolah...
Fawwaz terima hadiah dari Pengarah TTG
Seronoknya Fawwaz dapat hadiah
Bernasyid memuji Rasulullah SAW
Berlatih
nasyid sebelum ke pentas.

4 comments:
Salam ckg rash.
Begitulah kanak-kanak kan, mereka leka dengan permainan, nak main sahaja tak kiralah apapun kadang-kadng benda yang mahalpun dibuat permainan. Tahniah atas kemenangan Fawwaz.
Tahniah buat Fawwaz dan ibu Fawwaz
Wa'alaikumussalam K Werdah,
Yala kak, terhibur juga dgn kerenah kanak-kanak ni... macam-macam yg kita pelajari dari mereka...
Fawwaz kata... t/kasih...
T/kasih cikgu Aida... bukan besar pun.... yg penting seronok...
Post a Comment