Tak kenal maka tak cinta...
Tak kenal maka tak cinta,
dah kenal baru cuba nak bercinta,
inilah masa untuk kami menyesuaikan diri dengan yang baru...
rasa kekok sudah semestinya ada pada diri kami,
pelbagai cerita nanti kami kongsi bersama...
nak berblog selalu agak terhad dek kerana broadband di rumah sewa tak ok, alhamdulillah boleh curi-curi masa online di sekolah, pada masa terluang je..
Sekarang kami dalam proses mencari tempat berteduh yang agak sesuai dengan barang-barang antik lama kami yang belum di bawa dari rumah lama. Tanah, rumah dan sewa di sini agak hebat juga, bawah sikit je dari KL, tu yang memeningkan kepala kami. Pantang jumpa ada orang kata tanah, rumah untuk dijual atau di sewa... kami terkam macam kucing lapar tapi kecut perut untuk membahamnya...mahal-mahal belaka...
14 comments:
Dah kenal dan cinta, berjuanglah sepenuh hati. Insya Allah kebahagiaan akan datang menhyusul.
selamat ,enyesuaikan diri di tempat baru
selamat berjuang di tempat baru!
kena lah belajar bahasa sebut... t ganu kite
InsyaAllah, didoakan begitulah hendaknya ckg... nampak gaya banyak juga cabaran di depan tu...
T/kasih a kl citizen
T/kasih Diza...
Ya la tu anak pak utuh, semuanya tension, kena belajar macam-macam untuk menyesuaikan diri bila ke tempat org ni.
salam kak
alhamdulillah,dapat juga akak bersama suami dan keluarga setelah PJJ sebelum ni.tntg rumah sewa,saya ada dengar juga kawan cerita ttg harganya.tapi tak pasti,sebab saya tak pernah tinggal di sana..Moga2 akak dapat rumah yang tenang tuk beribadah.amin.
Wa'alaikumussalam um masyitah,
Tk dgn doa, amiin...
Bila berkunjung ke sini jemputlah ke teratak kami.
salam. selamat datang ke negeri terengganu....
slmt bertugas di tempat baru, mana2 pun sama saja demi tugas mendidik anak bangsa!!
Wa'alaikumussalam,
Tk abu muaz... banyak perkara yang kami pelajari di sini. Jauh perjalanan luas pandangan, banyak pengalaman, penuh keinsafan...
Tk,
ya, betul tu ZAZAS... banyak dugaan untuk mendidik anak bangsa di zaman ini...
Post a Comment