Burung terbang dipipiskan lada...
Dua minggu akhir persekolahan ini tidak ku sangka aku menerima beberapa undangan majlis perpisahan yang diatur tanpa pengetahuanku. Beberapa tempat, ibu-ibu di kampung mengadakan majlis untukku, tidak besar, kecil pun memadai pada mereka... macam-macam dihulur untukku... ada yang menghulur kuih muih, kek, gelang, telekung, pakaian, hadiah kenangan dsb... dan ada juga yang menghulurkan cash biru... merah... kelabu... tidak menerima... digumpalnya masuk ke dalam poket... inilah sanak saudaraku yang bukan seibu sebapa yang kupanggil makcik dan kakak. Rasa malu dalam diri ini, siapalah insan kerdil yang tiada apa diberi hanya sekadar sekali sekala membantu mereka... memberi sepatah dua kata jika diminta... itu sahaja. Rupa-rupanya inilah hikmah kita hidup bersaudara... ya, cinta kerana Allah mengatasi segala-galanya... Jazakumullahhu khairan kathira pada semua... jasa kalian tetap ku kenang...
Semua majlis ini umpama burung terbang dipipiskan lada... kerana keputusan untukku amat mengejutkan semua pihak termasuklah Pengetua sekolahku sendiri. Masing-masing tidak dapat menerima mengapa permohonanku berhijrah ke Terengganu tidak diterima. Pelbagai cadangan dilontarkan kawan-kawan sekolah kepadaku sehinggakan ada yang menyarankan buat-buat gila meroyan pun ada... entahla. Pada awalnya memanglah diri ini rasa sukar untuk menerimanya tapi itulah ketentuan Ilahi... setiap yang berlaku ada hikmahnya... Telah selalu Allah memberi... sekali sekala Allah menguji...
Maka, beberapa undangan majlis lagi di tempat lain terpaksa aku menolaknya dan mohon ditangguhkan sehingga keputusan rayuanku diketahui pada bulan Disember ini... Wallahhua'lam bissowab...
Wahai teman... do'akanlah semoga Allah mempermudahkan segala urusan insan kerdil ini...
10 comments:
Nak balik Terengganu ?
assalammualaikum
semoga berjaya merayu...amin
Bukan balik ya abu muaz... tapi hijrah ke T'ganu. Hidup ini kena HIJRAH selalu...
Wa'alaikumussalam,
a kl citizen,
merayu hanya pd yg 1,
mengharap kasihMu,
tiada kabel@wireless utk membantu,
mengharungi kehidupan duniaMu.
Wallahhu a'lam
Dengar2 memang susah nak masuk Terengganu ... kat sekolah sayapun sorang ditolak permohonannya ke Terengganu ... Anyway, semoga berjaya!
Salam ckg Rash.
terima kasih krn dtg ke blog kak.. didoakan supaya dipermudahkan sgl urusan.. Amiin.
Salam Kak;
Kawan-kawan saya dulu (Sabah/Sarawak) pun susah sikit nak balik Terengganu. Lama sikit baru dapat dan ada yang akhirnya minta pindah di Pahang je.
Hijrah itu selalunya membawa kebaikan.InsyaAllah semoga penghijrahan akak dipermudahkan Allah.
Salam, mari sama2 bantu Kakyong dalam Projek Mega Blogger di blog saya :)
salam,
ziarah buat pertama kali ni. Moga usaha cikgu berjaya. Salam Aidil Adha.
Wa'alaikumussalam,
Precious, tk kerana prihatin dan mendoakan...
Werdah, tk kembali.
Um. Masyitah, betul tu, Allah memberi dugaan setiap insan..tk mendoakan...
Sitisifir10, moga berjaya...
Insan pendidik, tk krn sudi ziarah. Salam Aidil Adha jua untuk keluarga...
Post a Comment