'Ibu Tinggal'
Perit juga tugas 'ibu tinggal' ni rupanya... Apakan daya demi kebahagiaan keluarga ku laksana sepenuhnya. Dugaan Allah, kami kecundang juga akhirnya, minggu lepas diri sendiri dulu yang tumbang. Allah uji lagi, Jumaat malam Sabtu jam 4 subuh 'ibu tinggal' terpaksa bergegas ke unit kecemasan kerana Fawwaz demam, sesak nafas dan mengadu sakit dada, alhamdulillah, Allah uji sikit je...
First time Fawwaz di'sedut'
Setelah selesai urusan biasa di hujung minggu, hari Ahad di sekolah, cikgu kepada Hamidatun Nasriyah pula telefon dari sekolah minta mengambilnya kerana demam. Sekali lagi si ' ibu tinggal' bergegas memohon izin keluar sekolah untuk mengambil anak dan membawanya ke klinik mengambil ubat. Alhamdulillah juga, semua program di sekolah telah diatur dengan baik.
Nasriyah pula demam tapi sikit je kan...
2 comments:
salam sahabatku...
kagum angah dgn ketabahan 'ibu tinggal' ni.... tentu asyik teringat org jauh di 'ganu yer... hehehe...
apa2 pun semoga achik tabah hadapi ujian ni dan dpt berhijrah ke sana dlm masa yg tdekat ni.... insyaAllah...
Wa'alaikumussalam wbt,
InsyaAllah, do'akan Allah permudahkan segala urusan.
Ujian sikit2 tu rasa manis... tp kalau besar tu wallahhua'lam...
Post a Comment