"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Wednesday, July 8, 2009

RINDU ANAK

Soalan-soalan yang sering keluar dari mulut Fawwaz sehinggalah tertidur, "Bila abah nak balik?"... "Lamanya abah pergi kerja"... Berkali-kali telah diterangkan tapi masih bertanya lagi... Sehingga nak stop h-set pun tak boleh...

Macam nilah rupanya bagaimana keadaan anak-anak yang berjauhan dengan ibu dan ayah. Apatah lagi pada anak-anak yatim piatu yang ibu dan ayah tak kan kembali lagi ke dunia ini. Rupa-rupanya beginilah perasaan dan isi hati mereka yang kerinduan yang masih tidak mengenal erti kehidupan...

Bagaimana pula pada anak-anak yang ibu bapa berpisah hidup ini? Hancur harapan mereka, di mana tempat mereka ingin bergantung? Masaalah inilah yang paling banyak berlaku dalam masyarakat kita, yang menjadi permasalahan anak-anak sekolah terutamanya anak-anak Melayu yang sering mengatakan mereka orang Islam...

Kebanyakan mereka tidak dapat membawa diri sehingga menimbulkan permasalahan di sekolah yang sukar dibendung oleh para guru jika tanpa bantuan masyarakat. Setiap hari guru disiplin, kaunselor dan lainnya terpaksa mengharungi permasalahan ini dan ada kalanya terlepas dek tangan untuk menarik mereka dari terjerumus ke alam... pelbagai alam...samada remaja perempuan maupun lelaki... Wallahhua'lam...
,./?><~!@#$%^&*()_+ Permasaalahan yang berserabut sukar untuk dirungkaikan... Ya Allah, Kami hanya mampu berusaha, Hanya padaMU kami berserah...

4 comments:

milo tarik July 9, 2009 at 11:01 PM  

kecian fawwaz, yang jauh ni x kisah ke?

ckg rash July 10, 2009 at 1:20 PM  

Mujahid jadi contoh pada adik-adik.

Anonymous,  July 17, 2009 at 2:40 PM  

Setiap manusia Allah bekalkan dengan pelbagai dugaan dan masalah semasa hayat. Pandai2lah individu untuk menghadapi, mengatasi dan menyelesaikanNya. Perpisahan dengan sesuatu dan insan yang tersayang atau yang tercinta memang memeritkan walaupun terpaksa mengorbankan cita2, kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan. Namun itu jua yang terpaksa dilalui walaupun terlalu sukar. Hadapilah setiap keperitan, kesukaran dan apa jua dugaan dengan sabar dan tenang. Ketenangan memudahkan kita menghadapi sesuatu perkara. Setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. Hanya Allah yang mengetahui setiap sesuatu kejadian. Teringat falsafah guru saya 'Kadangkala Allah tarik dan sembunyikan matahari, Allah berikan hujan, ribut petir, guruh. Kita bersedih. Tapi kemudian Allah berikan pula pelangi yang indah.' Sabarlah menghadapi perpisahan. InsyaAllah ada sesuatu yang lebih bahagia suatu hari nanti.

ckg rash July 19, 2009 at 10:36 AM  

Tk, betul tu anonymous...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP