"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Tuesday, June 2, 2009

HATI KECIL

Tidak sanggup lagi bagaimana untuk membendung perasaan ini, semakin hari semakin terhimpit bagai kepingan roti bakar yang bakal dikunyah oleh si pembakar roti. Pemimpin datang pergi silih berganti, kenapa kami, guru juga anak-anak guru sering manjadi bahan eksperimen. Tidakkah kalian menjadi pemimpin memikirkan akan keperluan dan kehendak kami. Anak-anak guru bakal penerus generasi, guru pelaksana dasar setiap pemimpin yang merasakan diri masing-masing hebat tak terperi.

Dari dulu sehingga kini, ramai guru yang ingin menyuarakan isi hati tapi semua mulut dikunci mati bagai dipetri dengan besi. Baru-baru ini isu PPSMI masih diteliti, banyak penyelidikan hanya untuk menyedapkan hati. Isu terkini, 10 subjek sahaja yang diberi pada mana-mana anak-anak guru yang bijak bestari. Tiada angin tiada taufan, mengapa dalam masa yang singkat sahaja keputusan ini boleh terjadi. Selepas diumum baru nak mula kajian terperinci dan kertas kerja dengan teliti, suatu yang amat memilukan hati... kerja sebegini tidak diajar oleh guru kami...

Nak diulas sebenarnya banyak sekali. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Kami para guru yang amat dekat dengan anak-anak guru, pelaksana segala dasar tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Mengapa guru sering dipinggirkan, tetapi apabila tiba permasalahan, gurulah segala puncanya. Di mana keadilan yang seharusnya diberi kepada guru. Itulah yang menyebabkan ramai guru berada di "wad kelas pertama" ataupun menerima pelbagai penyakit kerana tidak dapat menampung lagi permasalahan dan tekanan dari pihak atasan dan tambahan lagi dengan kerenah anak-anak yang bermacam ragam. Walau bagaimana sekalipun ribut taufan melanda, guru tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana semua adalah amanah Allah SWT.

Berbalik kepada isu 10 subjek tadi, apa yang kami lihat punca ini timbul apabila setiap tahun kebelakangan ini pelajar dari sekolah agama yang mendapat keputusan cemerlang. Seharusnya dengan sistem sijil terbuka ini, pimpinan merasa bangga dan memikirkan bagaimana untuk menjaga pelajar cemerlang ini untuk terus berjaya dalam hidup mereka dan bukanlah menyekat pelajar lain untuk menjejaki langkah mereka. Kerana golongan yang mengambil lebih 10 subjek ini adalah di kalangan pelajar yang cemerlang dan mampu, bukan atas paksaan guru. Mereka dibimbing oleh guru samada mereka mampu atau tidak untuk mengambil subjek yang banyak. Pada yang tidak mampu, mereka hanya mengambil subjek yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah kepada mereka kerana pihak sekolah telah menyediakan pakej-pekej tertentu untuk pelajar memilih mengikut kemampuan masing-masing. Seharusnya pimpinan memberi galakkan kepada mereka bersaing untuk menjadi pelajar cemerlang bukan menyekat kurniaan dan kebolehan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

Jika dilihat dari segi bebanan akademik pula tidak timbul sama sekali kerana mereka mampu untuk membahagikan masa dengan bijak. Begitu juga dengan permasalahan jadual p&p dan peperiksaan di antara subjek teras dan elektif juga tidak menimbulkan permasalahan kerana ia boleh diatur dengan terperinci. Manakala dari segi pembahagian masa untuk kokurikulum pula, mereka ini adalah golongan yang aktif, maka tidak timbul masalah untuk memberi peluang kepada mereka ke arah itu. Oleh itu, rata-rata guru berpendapat, tiada sebab mengapa mereka disekat untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk menyatakan terima kasih mereka kepada guru dan ingin menyumbangkan khidmat bakti mereka kepada negara.

Tentang pemarkahan yang dirancang dan bakal guru juga pelaksananya, belum pun tiba dan nampak bayangnya bagai dirasa oleh para guru hembusan anginnya... adakah sistem ini bakal meragut pengorbanan dan masa guru yang sering ditagih oleh anak-anak sendiri di rumah... tunggu dan lihat... hati menangis tiada siapa yang nampak... Mungkin inilah "hadiah hari guru" dari pimpinan dan bakal dimuntahkan pada anak-anak guru... Maaf ye anak-anak...

Ingatlah, bahawa setiap individu yang Allah SWT jadikan itu adalah unik, maka seharusnya pimpinan membantu guru untuk mengembangkan keunikan setiap anak-anak ini. Di mana kekurangan pelajar cemerlang ini apabila melanjutkan pelajaran mereka, sama-samalah kita bantu kerana mereka adalah mutiara yang amat berharga untuk negara. Marilah sama-sama kita membantu guru mengembangkan potensi anak-anak ini... Maka, meletuplah gunung berapi mengeluarkan lahar-laharnya, ketika meledak boleh membunuh tetapi pabila bertahun-tahun lamanya menjadi penyubur tanah dan bumi.... Wallah hu'alam.

3 comments:

Unknown June 2, 2009 at 11:14 PM  

assalamualaikum cikgu rash. terasa pilu membaca tulisan cikgu ni. hati ini amat memahami apa yang cikgu sampaikan. itulah hakikat yang terpaksa kita tanggung bila pimpinan tidak mendengar luahan dari bawah. yang mereka tahu, turunkan arahan, kesannya fikir kemudian.
ingin kakchik nak copy & paste tulisan cikgu ke blog kakchik agar lebih ramai yang dapat membacanya.
adakah cikgu mengizinkan?

ckg rash June 4, 2009 at 7:26 AM  

wa'alaikumussalam,silakan jika ianya bermakna...

Pengasas June 10, 2009 at 2:15 PM  

Nampak dah ok kemaskini. Tapi, perlu upgradekan lagi sikit.

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP