"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Wednesday, December 10, 2008

Remaja Masa Kini dan Korban Ibu Bapa


Pada hari Sabtu lepas, 6 Dis 08 (8 Zulhijjah 1429H), kami keluar awal dari rumah kerana pada hari ini banyak program. Walaubagaimanapun kami hanya menghadiri 2 program sahaja iaitu Majlis perkahwinan anak murid yang telah bekerja di UPM dan Majlis Penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Insaniah Alor Star untuk mengambil Hamidatun Najah dan Faisal Akmal, anak Pak Cik Rosli. Kem ini adalah siri ke-5 yang dijalankan selama 3 minggu (21 hari) dan Perasmian Penutup disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah.

Para waris telah dibentangkan dengan analisis yang dibuat oleh Dr Ismail terhadap 226 peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berumur 15-18 tahun dari pelbagai negeri. Menurut beliau dapatan itu relevan dengan kebanyakan remaja masa kini. Pelbagai persoalan disentuh untuk mendapatkan luahan secara jujur anak-anak remaja ini. Apa yang menarik perhatian adalah tentang bagaimana kebanyakan(>60%) remaja lelaki selalu merasa terkongkong berada di rumah dan inginkan kebebasan manakala remaja perempuan walaupun kurang merasa terkongkong di rumah tetapi kebanyakannya (>80%) berpendapat perlunya kebebasan beragama. Perkara ini amat merbahaya jika intitusi keluarga dan masyarakat tidak mengambil berat untuk menangani permasalahan ini.

Pendidikan anak-anak dalam Islam, 7 tahun tahap ke-3 ini(umur 15-21 tahun) adalah merupakanmasa kritikal bagi anak remaja. Tahap inilah mereka suka mencuba dan berusha mencari serta membentuk diri masing-masing samada ke arah positif maupun negatif. Maka di saat inilah peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing mereka, di mana ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak untuk berkongsi permasalahan. Sekiranya ibu bapa tidak menjadi rakan karib, siapa yang akan menjadi rakan karib mereka. Jika mereka dapat rakan yang bagus beruntunglah, tepati sekiranya mendapat rakan yang sebaliknya wallahhua'lam apa akan jadi pada mereka.

Tidak semestinya ibu bapa yang berpendidikan dan berkedudukan tinggi dapat menguasai sepenuhnya hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Begitu juga tidak semestinya ibu bapa yang rendah pendidikan formalnya tidak dapat menguasai hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Ramai juga individu yang telah berjaya dan berakhlak mulia adalah lahirnya dari keluarga (ibu bapa) yang rendah pendidikan formalnya. Oleh itu sama-samalah kita semua tingkatkan usaha, jangan malu dan jangan segan untuk menuntut ilmu dalam semua bidang termasuk juga hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Teori mudah, praktikalnya perlukan pengorbanan yang tinggi oleh semua pihak. Mudah-mudahan daripada individu yang berjaya akan lahirnya keluarga bahagia, masyarakat terjaga, negara aman bahagia dan umat terpelihara jauh seksa neraka, insyaAllah masuk syurga...

0 comments:

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP