Solat hajat, khatam quran, tazkirah dan sumbangan ramadhan
Alhamdulillah dalam masa 2 minggu kami telah dapat mengumpulkan sejumlah sumbangan yang agak memberangsangkan. Pada 19 Ramadhan seramai 107 orang telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur, senaskah zikir/amalan harian As Syahid Hassan Al Banna dan sedikit duit raya. Semua rasa bersyukur kerana masih ada yang sayang dan prihatin akan nasib kehidupan mereka... Sebelum majlis sumbangan tersebut para hadirin telah mengadakan solat hajat, khatam quran dan dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustazah Mekiah Shamsuddin.. Kepada penderma/penyumbang kami ucapkan bertambah rezeki dan jazakumulllah hukhairan kathira, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment