Sehari sepotong ayat
(Al-Baqarah:21-22)
Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....
Thursday, December 10, 2009
Sunday, December 6, 2009
SIBUK....
Call adik... sibuk..,
call kakak... sibuk..,
call kakak ipar... sibuk..,
call sahabat 1... sibuk..,
call sahabat 2... sibuk..,
call kawan sekolah 1... sibuk..,
call kawan sekolah 2... sibuk..,
call rakan lama 1... sibuk..,
call rakan lama 2... sibuk..
sibuk apa........
menguruskan keluarga...
urus keluarga datang bercuti...
urus anak tusyen..,
urus kenduri kendara..,
urus pindah rumah baru...,
eee....macam-macamnya sibuk... urusan dunia hari ini.......... sibukkkkk........ Read more...
Wednesday, December 2, 2009
Cuti bersama anak-anak...


Monday, November 30, 2009
Pengubat DUKA...

Sekelumit cuma dugaan yang Kau berikan,
segunung kegembiraan yang Kau gantikan...
malu menerima segala pemberian...
padaMu ya Allah kumohon keampunan...
atas segala dosa yang kulakukan...
samada perilaku maupun tafsiran...
Guru Sains, Pn Roseanita dan Pn Fazilah (guru BM thn 5)
Tahniah pada semua warga SRIDA kerana sekali lagi mendapat keputusan terbaik daerah Alor Star (98%), semua pelajaran dapat 100% lulus kecuali BI (2 pelajar gagal dari 129 pelajar) dan sejarah buat SRIDA juga kerana seramai 127 dari 129 pelajar berjaya mendapat A dalam kedua-dua kertas BM. Kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka... Tahniah buat semua...
(Sebenarnya PPD nak umum keputusan di SRIDA tapi...tak diizinkan...almaklum sajala... maka diumumkan keputusan di Sek. Keb..... Kami, warga dan waris SRIDA tak kesah... tahun lepas pun macam tu juga... tak kecil hati pun... yang penting kami telah menjalankan amanah kami pada Allah... berganding bahu... sama-sama mendidik... anak kami berjaya.... amin...)
Read more...Friday, November 13, 2009
Burung terbang dipipiskan lada...
Dua minggu akhir persekolahan ini tidak ku sangka aku menerima beberapa undangan majlis perpisahan yang diatur tanpa pengetahuanku. Beberapa tempat, ibu-ibu di kampung mengadakan majlis untukku, tidak besar, kecil pun memadai pada mereka... macam-macam dihulur untukku... ada yang menghulur kuih muih, kek, gelang, telekung, pakaian, hadiah kenangan dsb... dan ada juga yang menghulurkan cash biru... merah... kelabu... tidak menerima... digumpalnya masuk ke dalam poket... inilah sanak saudaraku yang bukan seibu sebapa yang kupanggil makcik dan kakak. Rasa malu dalam diri ini, siapalah insan kerdil yang tiada apa diberi hanya sekadar sekali sekala membantu mereka... memberi sepatah dua kata jika diminta... itu sahaja.
Rupa-rupanya inilah hikmah kita hidup bersaudara... ya, cinta kerana Allah mengatasi segala-galanya... Jazakumullahhu khairan kathira pada semua... jasa kalian tetap ku kenang...
Semua majlis ini umpama burung terbang dipipiskan lada... kerana keputusan untukku amat mengejutkan semua pihak termasuklah Pengetua sekolahku sendiri. Masing-masing tidak dapat menerima mengapa permohonanku berhijrah ke Terengganu tidak diterima. Pelbagai cadangan dilontarkan kawan-kawan sekolah kepadaku sehinggakan ada yang menyarankan buat-buat gila meroyan pun ada... entahla. Pada awalnya memanglah diri ini rasa sukar untuk menerimanya tapi itulah ketentuan Ilahi... setiap yang berlaku ada hikmahnya... Telah selalu Allah memberi... sekali sekala Allah menguji...
Maka, beberapa undangan majlis lagi di tempat lain terpaksa aku menolaknya dan mohon ditangguhkan sehingga keputusan rayuanku diketahui pada bulan Disember ini... Wallahhua'lam bissowab...
Wahai teman... do'akanlah semoga Allah mempermudahkan segala urusan insan kerdil ini...
Saturday, November 7, 2009
Majlis SAH KHATAM AL-QURAN & Hari Terbuka SRIDA
Majlis Sah Khatam Al-Quran SRIDA tahun ini dilaksanakan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, kerana aktiviti di atur serentak dengan Hari Terbuka SRIDA 15 tahun. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid Kumpulan Simfoni (SRIDA), kuiz dan pelancaran buletin SRIDA.
Majlis Khatam Qur'an dimulakan
Makanan kenduri pelbagai menu yang disediakan sendiri oleh pihak warga SRIDA adalah hasil sumbangan ikhlas orang ramai. Hadirin rasa berpuas hati dengan pelbagai menu yang dihidangkan. Menurut Bendahari dan beberapa tetamu yang hadir, program seumpama itu amat baik dan harus diteruskan pada masa akan datang demi memartabatkan Al-Quranul Karim.
Seramai 129 pelajar thn 6 menghadiri majlis khatam Quran 2009
Khatam Qur'an dibimbing oleh 4 orang ustaz
Wednesday, November 4, 2009
Mengimbau kenangan lama...
Monday, November 2, 2009
Dahsyat kuasaMu....

Suara....
Monday, October 26, 2009
Kenangan semasa Hari Kokurikulum sekolah
Sunday, October 25, 2009
Tunai Janji...
Walaupun telah lama diperbincangkan bab molekul air tetapi ada juga di antara kita masih belum meneliti tentangnya. Hari ni nak tunai janji dengan kawan-kawan yang inginkan bahan bacaan tentang molekul air. Ok, kawan-kawan bolehla rujuk, baca, kaji dan buat penelitian di sini , sini , sini , sini dan banyak lagi bahan bacaan lain yang boleh kita fikirkan... Maaf ya tak de ulasan, buat ulasan sendiri jelah bila dah tengok tu...
Tuesday, October 20, 2009
Tolong....1Malaysia ke ni?
Friday, October 16, 2009
Sekarang ni di mana ya?...
Minggu ini minggu yang lupa hal sekeliling, diri tak sihat, rasa bagai nak pergi buat selamanya... orang cakap lain, telinga dengar lain, buat kerja apa yang terlintas saja. Yang kesihannya, suatu hari tu... ada 4 buah kereta yang silap menerima arahan temujanji dek kerana 'orang kata lain diri dengar lain' sehingga menyebabkan orang lain ternanti-nanti... tapi alhamdulillah masih terkawal...
Cerita pasal 'lupa', teringat juga tentang gempa bumi di negeri jiran kerana di situ ada kenangan.


Alhamdulillah bukan di waktu kami di situ... panjang lagi rupanya umur ini...


Tuesday, October 6, 2009
Saturday, October 3, 2009
GOTONG-royong masak di rumah
Khamis, 1 Oktober 09, seawal jam 7.30 pagi, kawan-kawan datang rumah untuk sama-sama masak untuk jamuan raya di sekolah. Best juga masak sama-sama, boleh sambil buat kerja sambil pot pet pot pet... macam-macam tajuk ada... tentang profesion, tentang nak tingkatkan profesionalisme, keluarga, masak-memasak dan macam-macam lagi. Sambil tu perut pun isi juga, dah ramai tu... macam-macam juga makanan yang ada...
Tuesday, September 29, 2009
Bapa Borek Anak Rintik
La, ada juga yang mengikut... yang ini bukan bapa borek anak rintik tapi ibu borek anak rintik. Masa kecik-kecik dulu, main pondok-pondok atas pokok, makan, baca buku, buat kerja sekolah pun atas pokok...