"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Monday, November 30, 2009

Pengubat DUKA...

Dalam kedukaan, Kau kirimkan berita gembira buat diri ini... syukur, alhamdulillah...

Hari kedua sebelum bercuti, tidak disangka, walaupun tidak dapat hadiah 3 tempat teratas, Hafiz dapat Anugerah Pelajar Mithali (L) SRIDA bagi tahun 2009. Tahniah Hafiz... Nasriyah pula jangan bersedih tak dapat hadiah, tempat ke-4 tu pun dah ok sebab dah usaha kan... tahun depan cuba lagi...

Sekelumit cuma dugaan yang Kau berikan,
segunung kegembiraan yang Kau gantikan...
malu menerima segala pemberian...
padaMu ya Allah kumohon keampunan...
atas segala dosa yang kulakukan...
samada perilaku maupun tafsiran...


Hari akhir persekolahan sekolah rendah, sekali lagi Hafiz cukup gembira, bersyukur lega kerana dapat keputusan cemerlang UPSRnya. Tahniah sekali lagi dari ibu dan abah. Terima kasih, jazakumullahhu khairan kathira kepada semua guru dan warga SRIDA yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak kami.
Kenangan bersama guru Matematik, Pn Khairiah juga PK SRIDA

Kenangan bersama guru BM, Pn Sapinah

Bersama guru BI, Sir Samsul juga selaku warden asrama

Guru Sains, Pn Roseanita dan Pn Fazilah (guru BM thn 5)

Tahniah pada semua warga SRIDA kerana sekali lagi mendapat keputusan terbaik daerah Alor Star (98%), semua pelajaran dapat 100% lulus kecuali BI (2 pelajar gagal dari 129 pelajar) dan sejarah buat SRIDA juga kerana seramai 127 dari 129 pelajar berjaya mendapat A dalam kedua-dua kertas BM. Kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka... Tahniah buat semua...

(Sebenarnya PPD nak umum keputusan di SRIDA tapi...tak diizinkan...almaklum sajala... maka diumumkan keputusan di Sek. Keb..... Kami, warga dan waris SRIDA tak kesah... tahun lepas pun macam tu juga... tak kecil hati pun... yang penting kami telah menjalankan amanah kami pada Allah... berganding bahu... sama-sama mendidik... anak kami berjaya.... amin...)

5 comments:

Werdah December 1, 2009 at 6:44 AM  

Salam Rash wangi,

Tahniah buat chikgu rash sekeluarga.. kak tumpang gembira.. mudah2an diberi Allah kegembiraan, kesejahteraan dan keselamatan sekeluarga hingga ke akhir hayat.. amiin

Anonymous,  December 1, 2009 at 7:00 AM  

Salam rash-wangi,
Tahniah buat cikgu sekeluarga, moga ia menjadi motivasi kepada anak-anak yang lain. Terkenang kembali saat di mana putera dan 2 puteri saya juga berjaya mendapat kejayaan cemerlang. Alhamdulillah...

ckg rash December 2, 2009 at 7:56 AM  

Wa'alaikumussalam,
Tk kak kerana mendoakan kebahagiaan kami, moga kak sekeluarga juga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah... amiin..

ckg rash December 2, 2009 at 8:01 AM  

Wa'alaikumussalam,
Tk anonymous, begitulah hendaknya... moga diberkati kehidupan mereka kerana masa depan anak-anak masih panjang...

Ummu Sofea May 12, 2010 at 9:47 AM  

Assalamualaikum

Anak Puan bekas pelajar SRIDA yer? Patutlah muka macam familiar je.

Semoga dia berjaya dunia akhirat

Bekas Guru SRIDA

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP