"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, December 28, 2008

DO'A AWAL TAHUN

Berdo'alah pada Allah banyak-banyak kerana do'a itu senjata bagi orang-orang mukmin.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji Tuhan Pentadbir Sekelian Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."

Read more...

DO'A AKHIR TAHUN

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji Tuhan Pentadbir Sekelian Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."

Read more...

Friday, December 26, 2008

Percutian Panjang Sudah Berakhir



Orang Kedah kata "Cuti Sakan"... maksudnya cuti sungguh... Selama 9 hari kami sekeluarga memenuhi percutian ke beberapa tempat, berkunjung sanak saudara mengeratkan lagi tali silaturrahim. Alhamdulillah ianya berjalan dengan baik walaupun setengahnya berlaku tanpa dirancang lebih awal... perancangan tiba-tiba...
Bermula pada Isnin lepas kami ke Kelantan, anak-anak tidak boleh mandi laut kerana ombak masih kuat. videoSelasa dan Rabu di Terengganu atas urusan suami di UMT, petang Rabu kembali ke Kedah seketika untuk urusan suami di pejabatnya, petang Khamis balik kampung di Perak menghadiri kenduri di Parit Buntar, bertemu keluarga Mak Teh di jeti Lumut jam 10.30 malam dan sampai kampung Sekinchan, Selangor jam 2.15 malam. Sambil makan, bertanya khabar dengan mak cik dan ayah (tok cik dan atok) tentang keluarga dan hal semasa sehingga 4.30 pagi, tidur seketika kerana kewajipan mata masih belum ditunaikan. Jam 8.00 pagi Jumaat, bersempena dengan kepulangan kami, adik ajak berkumpul di Pantai Indah Resort. Alhamdulillah, perancangan ad-hoc berjalan lancar... selepas masak untuk semua keluarga, kami bertolak ke Apartment Pantai Indah Resort, Sg. Sembilang. Di sana kami dapat menyelesaikan beberapa agenda keluarga. Hanya abang/pak tam Sri Iskandar tidak dapat hadir kerana ada kenduri jiran sebelah rumah dan kakak/mak lang Sg Tengi kerana kurang sihat.

Selepas check-out jam 12 tgh Sabtu, kami terus bertolak ke rumah abang/pak long di Bt Kapar dan ziarah ibu bapa mertua adik yang kurang sihat. Kami sekeluarga bermalam di Bt Kapar kecuali suami terpaksa pulang jam 10.30 malam menaiki bas untuk menghadiri kursus di Pulau Pinang.

Petang Ahad kami bertolak menziarahi kakak/mak lang di Sg Tengi dan anaknya di Bkt Beruntung. Isnin, kami makan tengahari di rumah abang/pak ngah di Sg Besar. Malam Selasa kami bermalam di kampung. Petang Selasa kami bertolak ke rumah abang/pak tam di Sri Iskandar. Rabu, kami makan tengahari di rumah abang/pak cik di Lumut dan bertolak pulang ke Kedah jam 2.20... sampai rumah jam 6.30 petang. Hurgh... penat juga pandu kereta seorang diri... Walaubagaimanapun, alhamdulillah semuanya selamat... tamatlah percutian panjang kami yang penuh dengan pelbagai peristiwa, pengalaman, ilmu dan pengajaran... tak sangka dapat cuti panjang.

Hari Khamis sehari berada di rumah pengasuh Fawwaz menguruskan perkahwinan anaknya... Hari ini, pagi Jumaat ke kuliah Tok Guru dan mesyuarat khas. Hari Sabtu dan seterusnya akan ke sekolah untuk menguruskan hal-hal persekolahan. InsyaAllah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan...

Read more...

Saturday, December 13, 2008

Nikmat Bersama Anak-anak

Raya balik Perak, tak balik Selangor sebab suami sibuk membantu pengurusan korban. Raya pertama 5 ekor di kampung, raya ke-2; 5 ekor di taman, raya ke-3; 10 ekor di UUM. Kami di rumah tak rancang apa-apa program, cuma menjalankan aktiviti keluarga di rumah dengan sesekali jiran bertandang. Raya ke-4; pergi 3 tempat kenduri bersama anak-anak. Ada juga kebaikannya tak ke mana-mana sebab barula rasa puas bersama anak-anak... semua ada... seronok... ada yang suka mengusik...ada yang suka merajuk...nak itu nak ini... minta ajar itu minta ajar ini.... macam-macam... dapat masak... makan bersama-sama... barula rasa nikmat bersama anak-anak... Mulai esok aktiviti luar akan bermula... sehinggalah buka persekolahan...

Read more...

Wednesday, December 10, 2008

Remaja Masa Kini dan Korban Ibu Bapa


Pada hari Sabtu lepas, 6 Dis 08 (8 Zulhijjah 1429H), kami keluar awal dari rumah kerana pada hari ini banyak program. Walaubagaimanapun kami hanya menghadiri 2 program sahaja iaitu Majlis perkahwinan anak murid yang telah bekerja di UPM dan Majlis Penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Insaniah Alor Star untuk mengambil Hamidatun Najah dan Faisal Akmal, anak Pak Cik Rosli. Kem ini adalah siri ke-5 yang dijalankan selama 3 minggu (21 hari) dan Perasmian Penutup disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah.

Para waris telah dibentangkan dengan analisis yang dibuat oleh Dr Ismail terhadap 226 peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berumur 15-18 tahun dari pelbagai negeri. Menurut beliau dapatan itu relevan dengan kebanyakan remaja masa kini. Pelbagai persoalan disentuh untuk mendapatkan luahan secara jujur anak-anak remaja ini. Apa yang menarik perhatian adalah tentang bagaimana kebanyakan(>60%) remaja lelaki selalu merasa terkongkong berada di rumah dan inginkan kebebasan manakala remaja perempuan walaupun kurang merasa terkongkong di rumah tetapi kebanyakannya (>80%) berpendapat perlunya kebebasan beragama. Perkara ini amat merbahaya jika intitusi keluarga dan masyarakat tidak mengambil berat untuk menangani permasalahan ini.

Pendidikan anak-anak dalam Islam, 7 tahun tahap ke-3 ini(umur 15-21 tahun) adalah merupakanmasa kritikal bagi anak remaja. Tahap inilah mereka suka mencuba dan berusha mencari serta membentuk diri masing-masing samada ke arah positif maupun negatif. Maka di saat inilah peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing mereka, di mana ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak untuk berkongsi permasalahan. Sekiranya ibu bapa tidak menjadi rakan karib, siapa yang akan menjadi rakan karib mereka. Jika mereka dapat rakan yang bagus beruntunglah, tepati sekiranya mendapat rakan yang sebaliknya wallahhua'lam apa akan jadi pada mereka.

Tidak semestinya ibu bapa yang berpendidikan dan berkedudukan tinggi dapat menguasai sepenuhnya hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Begitu juga tidak semestinya ibu bapa yang rendah pendidikan formalnya tidak dapat menguasai hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Ramai juga individu yang telah berjaya dan berakhlak mulia adalah lahirnya dari keluarga (ibu bapa) yang rendah pendidikan formalnya. Oleh itu sama-samalah kita semua tingkatkan usaha, jangan malu dan jangan segan untuk menuntut ilmu dalam semua bidang termasuk juga hal ehwal pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Teori mudah, praktikalnya perlukan pengorbanan yang tinggi oleh semua pihak. Mudah-mudahan daripada individu yang berjaya akan lahirnya keluarga bahagia, masyarakat terjaga, negara aman bahagia dan umat terpelihara jauh seksa neraka, insyaAllah masuk syurga...

Read more...

Wednesday, December 3, 2008

Macam-macam

Telur burung dalam sarangnya
sarang burung boleh jadi fesyen...

Read more...

Monday, December 1, 2008

Terima yang baru jumpa yang lama






Hari ini, pagi mengawas SPM, pukul 1.00 singgah di sekolah, Pengetua baru bersama rombongannya tiba dan disambut oleh pihak pentadbiran sekolah dan beberapa guru lain sahaja, tak semua hadir kerana sekolah masih bercuti. Masing-masing yang lain tak sabar menunggu minggu terakhir cuti untuk mendengar visi dan misi Pengetua baru pula. Pn Latifah dari SMK Changlun ke SMKPN, En Rahim(SMK T Pauh) ke SMKC, En Zarawi (KBB) ke SMK Mgt Dewa. Lain-lain kurang pasti dari mana dan ke mana.

Pukul 3-5 petang ada temujanji bersama sahabat, balik sampai ke rumah pukul 6 dan kawan lama call nak singgah rumah untuk beberapa minit sahaja sekadar dapat bersua muka kerana ada urusan lain. Hampir 20 tahun baru hari ini boleh berjumpa, dengan hanya lebih kurang 15 minit sahaja kerana mereka sekeluarga dah nak sampai ( lbh kurang 8 km je lagi nak sampai rumah) maka terpaksalah masak "mee kuah bodoh" je... Seronoknya hari ni...siapa sangka pukul 1.30 terima Pengetua baru dan 6.30 petang jumpa kawan lama.

Read more...

Friday, November 28, 2008

Seminggu berlalu

Cukup membosankan mengawas SPM tapi nak buat macamana paksa rela bila ditembak oleh PK ganti kawan yang nak balik kampung, terkedu takde alasan yang munasabah untuk mengelak... tapi tak mengapa dapat kenal kawan baru pula. Sebut kawan baru, kami akan terima pengetua baru pada 1 Dis ni...wallahhu a'lam... sebenarnya kami dah takde pengetua dah 5 bulan, mengikut ceritanya JPN dan PPD sukar mencari ganti Pengetua Kanan Cemerlang yang telah pencen sebelum ini yang membawa pelbagai perubahan kepada warga sekolah. Semasa membuat lawatan mereka ke sekolah meninjau kami yang ketiadaan pengetua mereka kata, tak perlu pengetua pun tak pe sebab semuanya berjalan lancar tapi walau bagaimanpun sekolah mesti ada pengetua. Paling kurang pun mereka kata mesti yang setara dengannya... entahla. Malam ni nak ke KL untuk menghadiri kursus esok hari...

Read more...

Friday, November 21, 2008

Tawan Puncak Gunung Baling

Hari ni ada hal tapi tak pergi sebab dah masuk hari ke-7 Fawwaz masih tak bermaya walaupun panas dah berkurangan dan... badan sendiri pun rasa letih lagi... teringat masa kuat, nikmat sihat... sehingga digelar "Wanita Perkasa" oleh Pengetua Kanan Cemerlang 2 hari sebelum beliau pencen... catatan sejarah, pengalaman yang sukar untuk dilupakan kerana "Sejarah dalam hidupku", lebih kurang jam 10.30 pagi pada 11 Julai 2008 dengan usia sebegini... bersama kumpulanku (seorang guru lelaki, seorang guru perempuan dan 34 pelajar) telah berjaya menawan puncak Gunung Baling dengan rekod kumpulan terbaik sepanjang pendakian berbanding dengan 3 kumpulan lagi... ramai yang tak sampai...(yang sampai 5 guru lelaki, seorang guru perempuan dan lbh krg 70 pelajar). Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa kami harungi serta pengajaran yang kami perolehi. Sebenarnya tak rancang pun nak daki... so tak bawakla peralatan, pakaian daki dsb. Kasut pun pinjam kasut pelajar yang lelah tak boleh daki...w/b/pun, alhamdulillah selamat semuanya... Banyak ilmu yang dipelajari pada hambanya yang berfikir sepanjang pendakian. Mula-mula memang geram... apala punya gila orang tua ni suruh kami daki gunung yang tak ada khazanah yang boleh menguntungkan kami...kalau boleh kaya takpe juga tapi bila daki barula tau rahsia disebalik pendakian gunung yang tiada laluan dakian... Gunung Jerai ok lagi sebab ada laluan dakian... Rupa-rupanya dalam gila situa tu aku mempelajari sesuatu... macam-macam ada makhluk Allah... halus, kecil, besar, penghisap darah dsb. Para pelajar belajar kerja berpasukan, para guru belajar erti kasih sayang. Di sinilah menguji kepintaran guru dan pelajar dapat mempraktikkan setiap apa yang dipelajari di dalam kelas...menghayati keBesaran Allah dan menggunakan nikmat Pemberian Allah... kombinasi semua deria dan akal yang diberikan agar seimbang... tapi Alhamdulillah semuanya dapat diatasi... mungkin sebab tu dapat anugerah guru dedikasi..he he... Sebenarnya setiap amalan bergantung kepada niat kita dan amalan hendaklah selari dengan syariat Allah SWT... Ini antara gambar yang tak sempat sampai atas...berpatah balik... di bawah mereka hidangkan durian kampung...kesian mereka... sebab ada juga yang jatuh, terseliuh, pengsan, muntah dan.... banyak dugaan mereka tempuh, sampai ada yang terkeluar dari mulut mereka 'kalau kami tau betapa peritnya sebegini kami tak daki...' tapi pada diri ini cukup banyak yang kupelajari erti nikmat yang Allah beri pada diri ini, InsyaAllah akan ku gunakan dengan sepenuhnya dijalan Allah SWT...

Read more...

Tuesday, November 18, 2008

Mula cuti sekolah dengan demam


Ahad, Isnin dan Selasa terpaksa ck abu ambil cuti sebab Fawwaz tak bangun dah 4 hari dan ibunya 2 hari demam sakit urat... Jaga SPM terpaksa juga pergi tapi rehat di surau sekali sekala sebab kawan-kawan lain suruh rehat. Alhamdulillah kawan-kawan semua sporting... mula demam masa jaga peksa, kawan belikan ubat. Fawwaz mula demam hari Sabtu tapi ikut juga ke Program Bersama Anak-anak Yatim, semua orang kata "hari ni Fawwaz kerusi alam" sebab selalunya merata alam. Hari tu tak jejak kaki langsung ke tanah, sebelum pergi Fawwaz muntah dalam kereta kena kusyen dan ibunya sekali. Gambar "Fawwaz kerusi alam" kena 'jelum' sentiasa sebab panas sangat badannya, tunggu nak balik bawa anak-anak yatim tu pulang ke rumah masing-masing.

Read more...

Sunday, November 9, 2008

Tahun Dukacita vs Tahun Bahagia

Alhamdulillah, dapat rehat sekejap,...dalam kesibukan meniti hari-hari akhir persekolahan 2008 rasa di hati cukup bahagia tahun ini walaupun rasa tulang 4 kerat dah tak bercantum kerana hidup seorang guru "tiada hari tanpa peluh" tambahan dengan tugas sukarelawan khidmat masyarakat...
2008 Tahun Bahagia...menerima pelbagai "anugerah manusia" mengiktiraf hasil kerja dari awal tahun sehinggalah ke hari ini. Wallahhua'lam... penilaian manusia... Ini baru penilaian manusia dah rasa seronok belum lagi penilaian Allah. Penilaian Allah adalah segala-galanya, tidak boleh terlepas walau sebesar zarah sekalipun... belum tentu berjaya amanah dan tanggungjawab yang dipikul... "Ya ALLAH terimalah segala amalan hambaMu yang sedikit ini dan masukkanlah daku dalam syurgaMu dengan rahmatMu dan jauhkan daku dari siksa api nerakaMu, inilah tahun bahagia buat hambaMu setelah Engkau berikan Tahun Dukacita buatku"
Semua manusia menghadapi saat suka dan duka, cabaran dan dugaan Allah berikan...2002 adalah Tahun Dukacita, bermula dengan masalah rumah, rakan karib entah ke mana, ibu pergi tak kembali, 80 hari kemudian disusuli pula dengan bapa mertua...setahun kemudian ibu mertua... kelam rasanya tapi... alhamdulillah...terima ujian dengan redha...
Ini gambar kamera peribadi kami, Muhammad Khairul Ma'arif terima hadiah Cemerlang UPSR pagi tadi di SRIDA dan ibunya di Majlis Anugerah Kualiti SMKPN bersama YDP PIBG SMKPN, Mantan Pengetua SMKPN(Tn Hj Nayan Saad, PJK, AMN, BCK, AMK) dan isteri staff webtv (Pn Roziana)... gambar-gambar lain staff webtv yang ambil

Read more...

Monday, October 27, 2008

Buah jambu

Hari ni ada jemputan Hari Deepavali di Changlun tapi tak pergi pun sebab... macam-macam...Chik abu pulak sibuk mengecat pintu pagar dan siapkan almari... dah letih makan buah jambu..sambil makan cerita dengan anak-anak.."buah jambu ni banyak khasiatnya... bukan buah saja, daunnya pun boleh buat ubat.. Antaranya teringat masa kecil-kecil dulu, bila sakit perut mula la atok ambil daun pucuk jambu disuruh kunyah dan telan... apa rasanya..pahit, kelat... tak lalu tapi apa nak buat mak suruh kena ikut sebab sakit perut...cirit biritlah... telan jugala...tak lama lepas tu lega... alhamdulillah..." Sesiapa nak berubat cubalah baca dalam http://www.purwakarta.org/index.php/2006/01/11/khasiat-jambu-batu/ , http://tabulampot.wordpress.com/2007/01/15/khasiat-jambu-biji/ dll. Selain pada tu ada lagi.. lain kali pulak cerita pasal buah jambu... sebab almari dah siap...

Read more...

Saturday, October 25, 2008

Rumah Terbuka Ushawan

Selama 3 hari (Jumaat-Ahad) kena periksa kertas PMR. Tengahari tadi masa rehat pergi rumah terbuka Arwah Dr Azizan bersama Dr Rohani dan sahabat lain. Kami di bawa melawat semua bahagian di dalam mahligainya, lepas tu makan-makan... Menurut Dr Hamsiah(isteri arwah), inilah wasiat peninggalan arwah, tujuan program hari ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk memberi semangat kepada ushawan muda agar terus berusha jangan mudah putus asa. Sesuatu kejayaan bermula dari bawah... Prinsip keluarga mereka "Nak berjaya kena bersungguh-sungguh, kekayaan yang dikecapi, dinikmati bersama..." Bukan senang nak cari muslim seperti ini... banyak telah harta yang diinfa'kan untuk perjuangan di Kedah ini khasnya di Kubang Pasu... kami doakan agar segala usaha diberkati dan dirahmati Allah, insyaAllah. Sahabat yang mahukan khidmat spa, kolam renang tertutup bolehla hubungi dan berunding dengan mereka...

Read more...

Wednesday, October 22, 2008

Banjir lagi...

Bermula jam 8.30 pagi hingga 2.oo petang bersama beberapa sahabat lain ke Sg Petani Kg Belukar, Kg Kubang Betong dan Kg Tebing untuk menziarahi mangsa-mangsa banjir untuk berkongsi merasai bagaimana keadaan mereka. Ada yang sedang mencuci rumah dan masih ada lagi rumah yang ditakungi air... turut bersimpati... kami mengharungi air mendekati mereka... sebenarnya... mereka telah biasa dengan keadaan tersebut kerana rumah mereka bersebelahan dengan sungai. Rumah mereka juga unik kerana rumah mereka bertingkat-tingkat dan mempunyai para-para (tempat tinggi) untuk meletakkan barang-barang apabila tiba musim tengkujuh. Barang keperluan mereka "simple" sahaja.. tidak seperti rumah orang lain...sarat dengan pelbagai jenis perabot. Mereka pasrah... ke mana lagi nak berpindah kerana itulah tempat yang ada untuk berteduh... siapa kata tak teringin rumah yang indah.. lengkap dengan perabot cantik..tp kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Pengalaman banjir besar tahun 80an dan 2004 menjadi pengalaman tak dapat dilupakan kerana ada di antara rumah mereka yang hanya nampak bumbung sahaja...

Fawwaz pun seronok masuk air... jatuh bangun jatuh bangun... letih, balik tidur dalam kereta.. kami berhenti makan solat pun tak sedar...sampailah di rumah... Dah mandi, pukul 3 baru ke sekolah...

Read more...

Monday, October 20, 2008

Rezeki terjemahan razaqa

Firman Allah SWT;
"Dan Dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakal) kepada Allah, Dia akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu.(tidak dijangkakan)"
Ath Thalaaq:3.
Rezeki lagi... pagi tadi tak buat sarapan pun... terkejut...Pak Ngah (Bang Chik) datang... bawa sarapan... Alhamdulillah... teringat ustazah kata "orang datang bawa rezeki"... Saja Pak Ngah tak nak beritahu...datang untuk konvo Ana (sorryla achik lupa tahun ni Ana konvo...sebab 3 orang anak Pak Ngah belajar di UUM...last konvo anak Pak Ngah di UUM)

Pak Ngah datang lebih kurang sejam je... sebab nak ke UUM, nak selesaikan konvo Ana, lepas tu nak balik kampung terus. Tak sempat nak makan tengahari pun... tapi takpa dapat jengok kami tu pun dah seronok...rasa macam balik kampung...sembang-sembang, belek-belek gambar, terjumpa gambar dulu-dulu...teringat arwah mak... "mak, kami doakan moga roh mak dirahmati ALLAH"...InsyaALLAH

Read more...

Sunday, October 19, 2008

Cerita hujung minggu, anak-anak dan "Pesan Orang Tua-tua"


Kelmarin ingatkan nak rehat... nak tengok-tengok anak-anak buat revision final exam... ke pasar, masak..., rupa-rupanya...lepas kemas belum lagi mandi, sahabat-sahabat datang beraya...bawa sarapan pula tu..he he, rezeki.. lepas tu pergi ziarah mak kawan sakit. Anak-anak dah kata, relax je ni nanti orang datang... betul kata anak-anak ni.. Tengahari baru ke kedai beli ikan sayur... pasar dah habis... Petang ada jamuan raya group UUM pulak, alhamdulillah tugas cukup ringan, beli buah je.. ramai kata..."puasa setahun (sebulan ramadhan + 6 syawal)... raya sebulan... nak keliling Kedah..." he he, nasib baik tak keliling dunia...

Arwah mak dan ayah pernah berkata, "mak ayah susah, tak bagi emas perak, bagi duit untuk mengaji je.. Ada ilmu ke mana pun tak pe, jauh dari keluarga pun dapat keluarga lain..., pandai bawa diri, guna ilmu yang dipelajari dengan betul, InsyaAllah tak susah..." Betul kata orang tua-tua ni... teringat masa-masa dalam pantang, macam-macam sahabat-sahabat... makcik-makcik bawa ke rumah, daun-daun untuk mandi, ubat-ubat & makanan termasuklah berkilo ikan haruan...setengah orang tak lalu makan tapi kami apa saja yang halal semua bedal... sebab mak dah ajar macam tu, jangan pilih makanan nanti tak de rezeki... Doktor ada, tok bidan pun tak masalah, kalau sakit...call je sampai... Sebenarnya... cakap mak ayah kena ikut, kalau tak setuju diam-diam ajela... Macam Pak Long (Bang Chak) kami tu... jadi contoh pada adik-adik...tak pernah kami dengar lawan cakap mak ayah langsung, tak setuju diam je... lepas tu pandai-pandaila masuk topik pulak nak bagi terima pendapat kita...selamat dunia akhirat... tak macam anak-anak zaman sekarang, sepatah mak ayah kata, satu karangan anak jawab...salah tu... banyak Firman Allah menuntut kita taat dan berbuat baik kepada ibu bapa...Surah Al-Isra', Luqman dan banyak lagi...
Sekarang ni mungkin mak ayah pun salah juga kot... tak jadi contoh teladan yang baik pada anak-anak... macamana anak-anak nak jadi anak yang soleh...wallahhu'alam...panjang bila dibahaskan... nanti kita buka topik lain..
Malam hantar Hafizul Khair dan Hamidatun Nasriyah ke asrama, minggu ni final exam. Hamidatun Najah baru je habis PMR minggu lepas, moga dapat keputusan yang cemerlang... berjaya dunia akhirat... jadi hamba dan khalifah yang bertaqwa... InsyaAllah

Read more...

Friday, October 17, 2008

Jamuan Raya 'Aidilfitri Speaker DUN Kedah






Hari ni puas beraya, persiapan dari kelmarin untuk jamuan petang jumaat... ceritanya macam-macam, raya keluarga besarla katakan... punyala ramai yang datang sampai makanan habis sebelum masa tamat...first time buat tak tau rupanya ramai yang datang...

Read more...

Monday, October 13, 2008

Jamuan Raya SMKPN






Alhamdulillah, semua guru dan pelajar seronok beraya ramai-ramai. Terimakasih kepada semua guru dan pelajar yang sama-sama menjayakannya. Maaf ya yang mana tak de dalam ni...

Read more...

Sunday, October 12, 2008

Tambah keluarga















Ini gambar anak-anak dan cucu cucu makcik masa hari raya (Rabu), keluarga kak Hamisah belum datang lagi masa ni.

Read more...

Saturday, October 11, 2008

Sahabat menjadi pengubat rindu


Rasa tak puas bercuti di kampung, masih teringat semuanya... Seronok seketika ketika pulang ke kampung. Tinggal berjauhan dari sanak saudara perlu kesabaran, sakit demam tanggung sendiri. Sahabat menjadi teman, pengubat rindu. Petang kelmarin Dr Rohani dan sahabat lain datang beraya, buat "lemang banjar", mee ect... bincang sikit... nak urus jamuan hari raya kubang pasu pada 17 Oktober ni, so, jemput semua jam 2.30-5.30 petang di Dewan Jitra. Hari ni pun ada jamuan terbuka di Sg Petani tapi tak boleh tolong sebab tak boleh cuti, kena urus jamuan raya di sekolah, bos cuti... maaf ye sahabat-sahabat di Sg Petani... Orang kedah ni memang suka buat kenduri terbuka, April baru ni kami buat kenduri terbuka, ramai betul hadir...

Read more...

Wednesday, October 8, 2008

FAWWAZ suka beraksi



Read more...

Tuesday, October 7, 2008

kawan-kawan datang raya

Malam tadi penat sangat, sampai tak sedar apa tidur. Keletihan, dari pagi kemas rumah, masak, kawan-kawan cikgu perempuan beraya, makan tengahari di rumah, sebelum tu beraya sampai larut malam. Seronoknya bila ramai kawan-kawan datang, semua puas makan sehingga menjilat jari, itu baru masak mengejut ikan siakap, kerabu, sayur campur, siput seribu dan ayam goreng berempah belum lagi masak resepi istimewa...he he... Masing-masing kata baru kami sedar siapa "wanita perkasa"...yang digelar Pengetua Kanan Cemerlang Kubang Pasu yang dah pencen tu... serba boleh rupanya... bukan ligat di sekolah je, boleh masak... jahit... ceramah...atur jadual... program... marah budak budak... he he guru disiplinla katakan...pujuk, korek rahsia pelajar... macam-macam lagi... yang paling bestnya bukan sekadar menjilat jari tapi sampai ada yang menghirup sup sayur campur dalam mangkuk besar guna senduk besar... tak taula apa sedapnya... sapala diri ini, orang yang dah lanjut usia... dalam sejarah tapi tak ambik gambar sebab kamera cik abu bawa ke office. Lepas makan tengahari, pakat makan kuih raya sampai licin beberapa kuih raya..syoknya..masing-masing seronok... Ni gambar sebahagian dari mereka Masing-masing nak sangat beraya rumah Kak Shidah makan kuih raya dan masakan Kak Shidah. Pukul 2.15 baru pergi sekolah, kelas 2.40-3.50, pukul 4 balik bawa lagi kawan yang mesyuarat, tak sempat datang waktu tengahari, sportingnya Pen. Kanan Petang kerana mengizinkan pembantunya menjamu kawan-kawan di rumah tp dengan syarat "lain kali masak untuk cikgu lelaki pulak"... 'tak masalah janji ada masa je'.. maklumla.. susah cari masa lapang, lebih dari yb. Jamuan ni pun tak rancang awal, petang Ahad di sekolah ada adik-adik tu nak beraya ke rumah...jawab sedap mulut je, "ok tengahari esok mai pondok kami, makan tengahari ramai-ramai, terimala seadanya...orang tua la katakan..." ...jadi....Alhamdulillah. Pukul 5 petang pergi pula ke sekolah sebab ada kelas 5.20-6.30 pulak. Balik rumah baru kemas... malam, lepas isya' ke A Star, hantar barang Hafiz dan Najah pulak, balik letih terus tidur...

Hari lain pun lebih kurang macam ni juga...aktiviti penuh sampai tidur tp kelmarin lain dari yang lain...masak banyak belum tentu ada barang atau tidak untuk dimasak, tak de dalam perancangan...janji spontan tanpa berfikir panjang... Balik sekolah petang ni sambut & buka puasa 6 syawal bersama MB pulak... aturcara sampai 12... moga diberkati Allah, insyaAllah.

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP