"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Tuesday, October 20, 2009

Tolong....1Malaysia ke ni?


Maka alkisah, setiap rakyat, setiap sekolah, setiap guru, setiap pelajar kena ikuti kursus, kena faham maksud 1Malaysia... buat program semua kena 1Malaysia.
Yang ini pun salah satu penghayatan 1 Malaysia ke?
Yang 1*Dalam satu sekolah yang hampir 2 ribu warga sekolahnya ada 1staf dan lebih kurang 10pelajar India. Cuti Deepavalinya lebih dari cuti Raya 'Aidil Adha...
Yang ke-2 pula**Sekolah kena buat program perdana 1Malaysia, contohnya Jamuan Akhir Tahun kena buat Jamuan Perdana 1Malaysia.
Ada lagi program... lain kali pulak sb dah pening ni....
Maaf ya, guru ni keliru sikit sebab baru je nak faham belum lagi hadzam ISLAM HADHARI dah kena faham 1MALAYSIA pula... Nak kena fahamkan pelajar pulak ni... pening... Baru umur 40an dah pening, macamana yang dah nak pencen tu ya...

12 comments:

IZZUDDIN October 20, 2009 at 5:53 PM  

Hmm...dekat final exam pun ada program 1 Malaysia. Susah..

abu muaz October 20, 2009 at 9:09 PM  

Sabar cikgu. Nanti penuh wad ICU dengan guru-guru yang pening. Darah dan jantung jadi tak stabil. Cuma kalau PM bertkar nanti apa pula slogan barunya?

ckg rash October 20, 2009 at 9:26 PM  

Begitulah Izzuddin...
Saya yg menurut perintah...

ckg rash October 20, 2009 at 9:30 PM  

Itula Tuan Muaz,
Di Tjg Rambutan tu dengar cerita 60% cikgu...
Rasa-rasanya cikgu-cikgu ni kalau boleh tak mau tukar PM sampai bila-bila... baru puas PM membolot segalanya...

Daud Mili October 21, 2009 at 2:08 AM  

cikgu2 kenalah faham dulu...baru leh faham kan anak murid...hehe

ckg rash October 21, 2009 at 7:58 PM  

Daud Mili,
Org kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

anaklaut October 22, 2009 at 12:36 AM  

salam..

ramai yg masih tak fhm 1Malaysia ni.

tq singgah anaklaut :))

ummu masyita October 23, 2009 at 4:37 PM  

assalamualaikum
yalah saya ada dengar romours juga siapa yang ramai kat Tg Rambutan.

syukran jazilan sudi singgah teratak saya.

a kl citizen October 23, 2009 at 5:10 PM  

assalammualaikum

satu malaysia punya hal, ramai yang pening kat sekolah ya..

ckg rash October 24, 2009 at 11:17 AM  

Wa'alaikumssalam,
ummu masyita, begitula kira-kiranya...

ckg rash October 24, 2009 at 11:19 AM  

Wa'alaikumussalam,
AL, setiap pertukaran pimpinan pasti berubah visi dan misi.

ckg rash October 24, 2009 at 11:20 AM  

Wa'alaikumussalam,
a kl citizen, pening 'kepala' maka peninglah 1Malaysia...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP