"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Alif Lam Mim. Kitab Al-Qur'an ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kpd yg ghaib, melaksanakan solat dan menginfa'kan sebahagian rezeki yg Kami berikan kpd mereka."
(Al-Baqarah:1-3)

Terima kasih kerana sudi bersamaku

Friday, November 13, 2009

Burung terbang dipipiskan lada...

Dua minggu akhir persekolahan ini tidak ku sangka aku menerima beberapa undangan majlis perpisahan yang diatur tanpa pengetahuanku. Beberapa tempat, ibu-ibu di kampung mengadakan majlis untukku, tidak besar, kecil pun memadai pada mereka... macam-macam dihulur untukku... ada yang menghulur kuih muih, kek, gelang, telekung, pakaian, hadiah kenangan dsb... dan ada juga yang menghulurkan cash biru... merah... kelabu... tidak menerima... digumpalnya masuk ke dalam poket... inilah sanak saudaraku yang bukan seibu sebapa yang kupanggil makcik dan kakak. Rasa malu dalam diri ini, siapalah insan kerdil yang tiada apa diberi hanya sekadar sekali sekala membantu mereka... memberi sepatah dua kata jika diminta... itu sahaja. Rupa-rupanya inilah hikmah kita hidup bersaudara... ya, cinta kerana Allah mengatasi segala-galanya... Jazakumullahhu khairan kathira pada semua... jasa kalian tetap ku kenang...
Semua majlis ini umpama burung terbang dipipiskan lada... kerana keputusan untukku amat mengejutkan semua pihak termasuklah Pengetua sekolahku sendiri. Masing-masing tidak dapat menerima mengapa permohonanku berhijrah ke Terengganu tidak diterima. Pelbagai cadangan dilontarkan kawan-kawan sekolah kepadaku sehinggakan ada yang menyarankan buat-buat gila meroyan pun ada... entahla. Pada awalnya memanglah diri ini rasa sukar untuk menerimanya tapi itulah ketentuan Ilahi... setiap yang berlaku ada hikmahnya... Telah selalu Allah memberi... sekali sekala Allah menguji...

Maka, beberapa undangan majlis lagi di tempat lain terpaksa aku menolaknya dan mohon ditangguhkan sehingga keputusan rayuanku diketahui pada bulan Disember ini... Wallahhua'lam bissowab...

Wahai teman... do'akanlah semoga Allah mempermudahkan segala urusan insan kerdil ini...

Read more...

Saturday, November 7, 2009

Majlis SAH KHATAM AL-QURAN & Hari Terbuka SRIDA

Majlis Sah Khatam Al-Quran SRIDA tahun ini dilaksanakan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, kerana aktiviti di atur serentak dengan Hari Terbuka SRIDA 15 tahun. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid Kumpulan Simfoni (SRIDA), kuiz dan pelancaran buletin SRIDA.

Kumpulan Simfoni

Majlis Khatam Qur'an dimulakan

Makanan kenduri pelbagai menu yang disediakan sendiri oleh pihak warga SRIDA adalah hasil sumbangan ikhlas orang ramai. Hadirin rasa berpuas hati dengan pelbagai menu yang dihidangkan. Menurut Bendahari dan beberapa tetamu yang hadir, program seumpama itu amat baik dan harus diteruskan pada masa akan datang demi memartabatkan Al-Quranul Karim.

Seramai 129 pelajar thn 6 menghadiri majlis khatam Quran 2009

Khatam Qur'an dibimbing oleh 4 orang ustaz

Guru dan waris berganding bahu memasak... sedap...

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Mengimbau kenangan lama...

Minggu lepas pergi ke rumah seorang ibu tunggal melalui suatu kawasan sawah padi. Kelihatan seorang petani sedang menanam padi menggunakan tangan. Teringat kembali kampung halaman suatu ketika dahulu kami menanam padi beramai-ramai secara manual, menggunakan tangan. Rindunya... bawa semaian menggunakan plastik @ sampan... main air sawah yang jernih, mengejar anak-anak ikan... menangkap ikan... anak-anak kami kini tidak lagi merasainya...

Read more...

Monday, November 2, 2009

Dahsyat kuasaMu....

Pagi tadi menziarahi keluarga anak pelajar yang menjadi mangsa kebakaran. Tiada yang dapat diungkapkan hanya... Tiada kuasa yang lebih dahsyat dari kuasaMu ya Allah... segalanya musnah jika Engkau kehendaki, tidak kira engkau besikah, engkau kacakah, engkau tahan karatkah... atau sebagainya...
tong gas yang membuncit... mungkin bakal meletup jika bomba lambat tiba dek kerana panasnya api...
Mengapa diri ini dan masih ramai lagi yang rasa tidak takut dengan kuasa Allah, masih lagi leka dengan dosa-dosa... yang memang telah dijanjikan Allah api Neraka balasan pada yang engkar... ini baru api dunia belum lagi api Allah yang DAHSYAT itu beratus ribu kali ganda dari api dunia... wal'ayazubillah himinzalik...

Read more...

Suara....


Seminggu berlalu,
penuh dengan pelbagai peristiwa...
dari kerja sebagai ibu,
guru hinggalah....

Mampukah engkau wahai jasad...
mampukah engkau wahai minda...
mampukah engkau wahai jiwa...
mampukah engkau mengharunginya...

Terasa sesaknya...
di dada ini...
di kala ini terdengar
sayup... mula bergema
suara lambaian ka'bah...
oh...seronoknya....
tak sedar diri ini...
sudah tiba masanya
rombongan menuju tanah suci...

oh...rindunya diri ini...
sabarlah wahai diri...
tibalah waktunya nanti...
2011? lamanya...........
berkesempatankah diri ini
menjadi tetamuMu?

Read more...

Monday, October 26, 2009

Kenangan semasa Hari Kokurikulum sekolah

Kenangan semasa Hari Kokurikulum bersama anak pelajar tk 2 & 3

bersama anak pelajar tk 6
bersama krew media Hari Kokurikulum (GC 54 dan anak pelajar tk 6)

Berita selanjutnya di blog smk-pulaunyior1 dan 2

Read more...

Sunday, October 25, 2009

Tunai Janji...

Walaupun telah lama diperbincangkan bab molekul air tetapi ada juga di antara kita masih belum meneliti tentangnya. Hari ni nak tunai janji dengan kawan-kawan yang inginkan bahan bacaan tentang molekul air. Ok, kawan-kawan bolehla rujuk, baca, kaji dan buat penelitian di sini , sini , sini , sini dan banyak lagi bahan bacaan lain yang boleh kita fikirkan...
Maaf ya tak de ulasan, buat ulasan sendiri jelah bila dah tengok tu...

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP