"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, November 21, 2010

Ujian paling mudah...

Hari ni nak bercerita tentang anak-anak... Ingatkan mereka kenal pokok-pokok yang di tanam di keliling rumah tu... rupanya tidak... Minta seorang tolong ambilkan serai... diambilnya serai wangi... alhamdulillah tak ambil daun pandan @ daun kelapa yang baru nak tumbuh tu...

Disebabkan masih tidak mengenali serai untuk masakan dan serai wangi sebagai ubatan, maka satu sesi ujian terpaksa dilakukan...
Sesi Pertama; mengenali ciri-ciri perbezaan di antara keduanya

Ujiannya; ialah mengkelaskan serai-serai tersebut

Keputusan; alhamdulillah lulus 100%


Sesi Kedua; mengenalpasti pokok /rumpun serai

Ujiannya; di antara 7 pokok/rumpun serai, pilih yang mana rumpun serai untuk masakan dan yang mana rumpun serai wangi.

Keputusannya; dapat 6/7 ( 6 betul, 1 salah)

Sesi Ketiga; buat 7 lubang untuk serai masakan dan 11 lubang untuk serai wangi


Sesi Keempat; sesi menanam semula....

Kesemua Sesi Ujian ini rasanya paling mudah... rupa-rupanya ianya tidak semudah yang disangkakan pada yang tidak biasa... he he sampai patah satu cangkul... tak pela yang penting pengalaman...

Petang; sesi berlatih badminton untuk lawan Lindan malam ini...

Keputusan; tak dapat emas...

Itulah cerita anak-anakku hari ini...

Read more...

Saturday, November 20, 2010

Gotong royong...

Raya haji tahun ini cuma 2 hari sahaja balik kampung sebab kena balik rumah awal, memenuhi permintaan anak yg ingin mengulangkaji utk SPMnye...

Kebiasaannye kami akan pusing ke dua-dua kampung berkunjung ke rumah saudara mara... kali ini semua kena berkorban demi kakak... nak bercuti ke tempat-tempat tertentu pun terpaksa ditangguhkan buat seketika sehingga SPM selesai...

So, nak buat apa hari ni? Hari ni tak hujan, jom kita gotong-royong... jommm....
membersihkan rumput di sekeliling rumah...
memecah pokok bunga yg merimbun & memasu semula
hasil memasu semula...
pokok nangka yg mula meningkat remaja...
pokok duku
malberi yg dipindahkan ke tanah & berbuah
pokok-pokok lain yg mula belajar berbunga & berbuah
anak benih epal
mudah-mudahan pandai menyesuaikan diri seperti pokok ini...
begitu juga anak kiwi yang mula belajar menyesuaikan diri mereka dgn cuaca di sini
moga menjadi seperti ini... AMIIIN...

Read more...

Friday, November 19, 2010

Hari hari akhir persekolahan 2010....

Sibuknya nak tutup sekolah... masing-masing nak selesaikan urusan... habiskan semak kertas peksa, spm, stpm, raya haji... macam-macam... alhamdulillah....
Yang anak-anak pulak... ada agenda masing-masing... Apa taknye... tadika pun ada konvokesyen... sekolah rendah ada ihtifal... sekolah menengah dengan graduasinya...

Fawwaz menerima hadiah no. 2, kelas 2A dan sijil-sijil di TTG, GB

Fawwaz bergaya dgn baju konvokesyennye...


Nasriyah menerima hadiah no.1 dan anak solehah tahun 5 di Majlis Ihtifal SRIAA, KT.

Bergambar di luar Stadium Tertutup, KT

He he..ibunye terima juga...
setiap guru Tganu menerima pen drive 8GB dari MB...

Read more...

Sunday, November 14, 2010

WASIAT...

SALAM 'AIDIL ADHA untuk semua muslimin muslimat.


Selain dari ibadah qurban di Hari Raya 'Aidil Adha, satu lagi peristiwa penting iaitu KHUTBAH TERAKHIR RASULLAH SAW yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah Gunung 'Arafah...
Marilah sama-sama kita teliti, hayati & muhasabah setiap bait @ kata-kata Rasulullah SAW tersebut... yang pasti, Rasulullah SAW menyampaikanya dgn penuh sebak, apatah lagi para sahabat...


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yg ingin kukatakan..

Aku tidak mengetahui adakah aku dapat bertemu lagi dgn kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata-kataku ini & sampaikanlah ia pd org2 yg tidak dpt hadir di sini pd hari ini.

Wahai manusia, sptmana kamu menganggap bulan ini & kota ini sbg suci maka anggaplah jiwa & harta setiap orang Muslim ialah amanah suci. Kembalikan harta yg diamanahkan kpd kamu, kpd pemiliknya yg berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu & Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yg melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dlm perkara2 besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dlm perkara2 kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan & pakaian dlm suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dgn baik & berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman & pembantu kamu yg setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg kamu tidak sukai ke dlm rumah kamu & dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat 5 kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat & harta kekayaan kamu & kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kpd Muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorangpun yg lebih mulia dr yg lainnya kecuali taqwa & amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pd suati hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yg telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi @ Rasul yg akan datang selepasku & tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dgn betul & fahamilah kata-kataku yg telah disampaikan kpd kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kamu 2 perkara yg sekiranya kamu berpegang teguh & mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran & Sunnahku.
Hendaklah orang2 yg mendengar ucapanku ini menyampaikan pula kpd orang lain & hendaklah orang yg lain itu menyampaikannya pula kpd orang lain & begitu seterusnya. Semoga orang yg terakhir yg menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yg mendengar terus dariku.
Saksikanlah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kpd hamba-hambaMu."

Read more...

Friday, November 12, 2010

Hari ini...

Bersarapan dengan nasi kerabu... nasinya kuning je bukan warna biru macam selalu sebab bunga biru belum tanam lagi..
nasi kerabu simple je dgn ulam pilihan sendiri + ikan terubuk sarawak
(tengok tu... sibuk je 3 tangan tu)

Lepas tu ke pasar cari tulang, Fawwaz nak makan bee hun sup... macam orang mengidam dari petang semalam balik dari sekolah dah nak makan...
Sampai pasar.. tak de rezeki, dah habis... terpaksa cari tempat lain... pun dah habis...

Lastly, alhamdulillah ada pakcik perihatin tu kata.. kalau anak nak makan, sikit tu ada la... hurgh lega rasanya...

Dah membeli, dengar kuliah... lepas tu ke dapur nak buat sup....Tengah masak, baru letak periuk atas dapur, Fawwaz dah cari... "sabar ye, tengah masak ni"
Teringat kisah di zaman sahabat bagaimana seorang ibu yang tiada makanan sedang memasak batu untuk menenangkan anak-anaknya yang sedang kelaparan... Kita ni, alhamdulillah, walaupun lambat masak tapi masih boleh merebus tulang bukan merebus batu... sebenarnya tadi baru je makan nasi.... banyak rezeki kita... tu pun masih tak cukup cukup...

Read more...

Friday, November 5, 2010

Tanda banjir...

Mereka begitu sibuk bekerjasama menyelamatkan kerana air semakin naik... selamatkah mereka?

Read more...

Tuesday, November 2, 2010

PENGUMUMAN

"Fawwaz Homestay" terpaksa menutup tempahan buat beberapa hari bermula 2 Nov. 2010 sehingga keadaan reda kerana menjadi penempatan salah sebuah keluarga mangsa banjir terawal dari kawasan yg parah...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP