"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, November 21, 2010

Ujian paling mudah...

Hari ni nak bercerita tentang anak-anak... Ingatkan mereka kenal pokok-pokok yang di tanam di keliling rumah tu... rupanya tidak... Minta seorang tolong ambilkan serai... diambilnya serai wangi... alhamdulillah tak ambil daun pandan @ daun kelapa yang baru nak tumbuh tu...

Disebabkan masih tidak mengenali serai untuk masakan dan serai wangi sebagai ubatan, maka satu sesi ujian terpaksa dilakukan...
Sesi Pertama; mengenali ciri-ciri perbezaan di antara keduanya

Ujiannya; ialah mengkelaskan serai-serai tersebut

Keputusan; alhamdulillah lulus 100%


Sesi Kedua; mengenalpasti pokok /rumpun serai

Ujiannya; di antara 7 pokok/rumpun serai, pilih yang mana rumpun serai untuk masakan dan yang mana rumpun serai wangi.

Keputusannya; dapat 6/7 ( 6 betul, 1 salah)

Sesi Ketiga; buat 7 lubang untuk serai masakan dan 11 lubang untuk serai wangi


Sesi Keempat; sesi menanam semula....

Kesemua Sesi Ujian ini rasanya paling mudah... rupa-rupanya ianya tidak semudah yang disangkakan pada yang tidak biasa... he he sampai patah satu cangkul... tak pela yang penting pengalaman...

Petang; sesi berlatih badminton untuk lawan Lindan malam ini...

Keputusan; tak dapat emas...

Itulah cerita anak-anakku hari ini...

4 comments:

Abd Razak November 22, 2010 at 6:17 AM  

Assalamualaikum cikgu...

Moga cikgu sihat hendaknya..:)

Bagus juga ada ujian tu agar mereka kenal sedikit tentang tumbuhan yang sering kita gunakan utk bermasak dan sebagainya...

Werdah November 22, 2010 at 9:11 AM  

Salam ckg rash

Satu usaha yang patut diteladani.. jika tidak sampai dah berrumahtanggapun tak kenal sayur...

ckg rash December 5, 2010 at 12:59 PM  

wa'alaikumussalam,

Tkasih atas doa, betul tu ustz...
belajar cara mendidik mudah tapi cara pelaksanaannye kadang2 kita terlepas pandang...

ckg rash December 5, 2010 at 1:00 PM  

wa'alaikumussalam,

ye makcik... melahirkan mudah tapi mendidik perlukan pengorbanan yg cukup cukup besar dari segala aspek...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP