"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Friday, May 7, 2010

MINGGU SAINS & MATEMATIK

Selepas Minggu Kesihatan & AADK, minggu berikutnya diadakan pula Minggu Sains & Matematik. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang seminggu dengan bertujuan untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap bidang sains & matematik.

Di antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan ialah kuiz, pameran sains, rekreasi matematik, bijak sifir, rekacipta 'egg drop', teka silangkata, 'spell it right', bersama kumpulan kajian ilmu falaq UDM, tayangan video, 'explorace', mereka dan mendeklamasi sajak.
Beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan
-robotik-
macam-macam bentuk origami yg dicuba oleh pelajar
bukan hanya pelajar bahkan guru turut terlibat mencuba rekreasi matematik yg disediakan
"macamana doktor kecil, sihat tak saya ni?"
ini pula intai apa tu???
peringkat akhir penerjunan 'egg drop'
mencuba pameran ilmu falak yang disediakan
rubu' yg digunakan untuk mengira waktu...
teringat belajar dgn ayah semasa cuti menunggu keputusan SPM dulu...
alat-alat melihat anak bulan juga dipamerkan
taklimat diberikan sebelum explorace dimulakan
peringkat akhir kuiz sciences maths
pemenang 'spell it right' bersama Sir Hisham & Sir Shafiq
penilai memberi markah setiap stesyen
bestnya... perfume dari air tebu...
caranya... ada dalam ni...
bakar duit? silap mata ke ni...
gunung berapi apa ni???
nak lawan F1???... menang...
paling mencuit hati penonton... hamster menjadi mangsa...

7 comments:

Werdah May 9, 2010 at 6:23 PM  

Salam ckg rash.

Tentu sibuk kan.. persediaannya tentu berminggu-minggu lebih awal. Tapi bila dah selesai terasa bahagianya. Egg drpo tu apa ya, tak pernah dengar.

ckg rash May 11, 2010 at 10:15 PM  

Wa'alaikumussalam kak,

sibuk tu sibukla juga tapi takla berminggu-minggu sgt sb buat pertandingan kebanyakannya pelajar berusaha lebih dan guru membantu.

'egg drop' tu payung terjun yg direka sendiri oleh pelajar menggunakan beg plastik, tali dan telur yg dibekalkan oleh guru mengikut kriteria yg ditetapkan... best juga melihat kreativiti mereka merekacipta supaya telur tidak pecah

abu muaz May 15, 2010 at 8:38 PM  

Selamat hari guru. Moga terus tabah dalam mendidik anak bangsa.

ckg rash May 15, 2010 at 9:48 PM  

T/kasih abu muaz. Mudah-mudahan do'a dimakbulkan Allah SWT. Amiiin...

Aida Ali May 16, 2010 at 9:04 PM  

Idea yang sangat kreatif. Tahniah anak-anak murid. Selamat Hari Guru

Abd Razak May 19, 2010 at 8:54 PM  

Salam..

Selamat Hari Guru..:)

ckg rash May 19, 2010 at 10:09 PM  

Wa'alaikumussalam,

T/kasih Cikgu Aida & Abd Razak dgn harapan pengorbanan para guru akan dikenang & diterima Allah SWT sebagai suatu ibadah, insyaAllah.

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP