"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Friday, November 21, 2008

Tawan Puncak Gunung Baling

Hari ni ada hal tapi tak pergi sebab dah masuk hari ke-7 Fawwaz masih tak bermaya walaupun panas dah berkurangan dan... badan sendiri pun rasa letih lagi... teringat masa kuat, nikmat sihat... sehingga digelar "Wanita Perkasa" oleh Pengetua Kanan Cemerlang 2 hari sebelum beliau pencen... catatan sejarah, pengalaman yang sukar untuk dilupakan kerana "Sejarah dalam hidupku", lebih kurang jam 10.30 pagi pada 11 Julai 2008 dengan usia sebegini... bersama kumpulanku (seorang guru lelaki, seorang guru perempuan dan 34 pelajar) telah berjaya menawan puncak Gunung Baling dengan rekod kumpulan terbaik sepanjang pendakian berbanding dengan 3 kumpulan lagi... ramai yang tak sampai...(yang sampai 5 guru lelaki, seorang guru perempuan dan lbh krg 70 pelajar). Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa kami harungi serta pengajaran yang kami perolehi. Sebenarnya tak rancang pun nak daki... so tak bawakla peralatan, pakaian daki dsb. Kasut pun pinjam kasut pelajar yang lelah tak boleh daki...w/b/pun, alhamdulillah selamat semuanya... Banyak ilmu yang dipelajari pada hambanya yang berfikir sepanjang pendakian. Mula-mula memang geram... apala punya gila orang tua ni suruh kami daki gunung yang tak ada khazanah yang boleh menguntungkan kami...kalau boleh kaya takpe juga tapi bila daki barula tau rahsia disebalik pendakian gunung yang tiada laluan dakian... Gunung Jerai ok lagi sebab ada laluan dakian... Rupa-rupanya dalam gila situa tu aku mempelajari sesuatu... macam-macam ada makhluk Allah... halus, kecil, besar, penghisap darah dsb. Para pelajar belajar kerja berpasukan, para guru belajar erti kasih sayang. Di sinilah menguji kepintaran guru dan pelajar dapat mempraktikkan setiap apa yang dipelajari di dalam kelas...menghayati keBesaran Allah dan menggunakan nikmat Pemberian Allah... kombinasi semua deria dan akal yang diberikan agar seimbang... tapi Alhamdulillah semuanya dapat diatasi... mungkin sebab tu dapat anugerah guru dedikasi..he he... Sebenarnya setiap amalan bergantung kepada niat kita dan amalan hendaklah selari dengan syariat Allah SWT... Ini antara gambar yang tak sempat sampai atas...berpatah balik... di bawah mereka hidangkan durian kampung...kesian mereka... sebab ada juga yang jatuh, terseliuh, pengsan, muntah dan.... banyak dugaan mereka tempuh, sampai ada yang terkeluar dari mulut mereka 'kalau kami tau betapa peritnya sebegini kami tak daki...' tapi pada diri ini cukup banyak yang kupelajari erti nikmat yang Allah beri pada diri ini, InsyaAllah akan ku gunakan dengan sepenuhnya dijalan Allah SWT...

4 comments:

Kujie November 23, 2008 at 9:51 PM  

alamak..rindunya nak balik kampung. baru petang tadi telefon mak...bile dia org nk dtg Serendah...

Blk kg lalu je bawah kaki gunung tu

http://www.kujie2.com

rahsidah November 24, 2008 at 5:27 PM  

cuti ni bolehla balik kampung, di mana tu... orang kampung cerita sebelah kiri gunung tu ada kisah macam-macam...entahla...

M.A.Uswah November 27, 2008 at 7:25 AM  

Assalamualaikum, saudari. Syukran. Maaf lewat balas. Hari2 sebelum ni, saya tak berapa sihat. Skrg, beransur pulih sedikit. Blog yg menarik.

rahsidah November 30, 2008 at 2:45 AM  

Wa'alaikumussalam WBT, Syukran.

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP