"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Tuesday, June 30, 2009

Tugasan akhir di UUM

Isnin, 29 Jun, menemani cek abang, kesian... cuti pun terpaksa juga ke pejabat untuk melaksanakan tugasan terakhir. Banyak perkara yang perlu diselesaikan, maklumla hampir 20 tahun di situ...

Kenangan di hari terakhir di UUM untuk serahan tugas beberapa jam sebelum berangkat ke UMT.

Read more...

Sunday, June 28, 2009

BERSAMA KELUARGA SEBELAH SUAMI

Jumaat hingga tengahari Sabtu sibuk melayan keluarga sebelah suami sehingga terlupa kenduri kawan sekolah selepas solat Jumaat dan mesyuarat khas selepas asar. Seronok juga kerana telah lama tidak berkumpul sebegini, teringat... orang datang bawa rezeki, betul... sampai tak larat nak makan, itu pun dah bagi dengan jiran-jiran.

Malam Sabtu buat Yaasin dan Tahlil untuk keluarga di surau. Petang Sabtu bawa anak-anak bantu suami mengemas barang di pejabat. Malam, hantar anak ke asrama...

Ada juga yang sempat berposing...

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

TAZKIRAH AWAL REJAB

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi kita menjadi tetamu Rejab. Sedar tidak sedar telah setahun Rejab berlalu. Rasulullah SAW menganjurkan kita dengan bacaan doa “Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan!”


Tingkatkan amalan-amalan di bulan Rejab yang mulia ini dengan:
1. Perbanyakkan istighfar
2. Perbanyakkan puasa sunat dan amalan-amalan sunat yang lain
3. Perbanyakkan selawat
4. Perbanyakkan sedekah

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Masa berlalu paling jauh dari kita...

Pepatah Melayu yang kita belajar dulu kata, masa itu emas. Ada pula berkata, masa itu umpama pedang, ada juga kata masa itu nyawa kita. Walau apa pun penerimaan kita, hakikatnya masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali walau sesaat sekalipun. Masa yang telah berlalu adalah yang paling jauh dengan kita kerana walau sesaat sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke asal atau masa yang telah berlalu itu.

Oleh itu amat rugilah pada orang-orang yang tidak menggunakan masa sebaik-baiknya kerana kita tidak akan dapat kembali ke masa tersebut walau bagaimana sekalipun. Banyak kursus dan tips pengurusan masa dibentangkan tetapi kenapa masih ramai yang tidak berjaya menguruskan masa.. kenapa masalah ini berlaku.

Rasanya sekiranya kita merasai bahawa betapa ruginya kita jika dengan umur yang panjang kita tak dapat apa-apa. Marilah sama-sama kita membina prinsip hidup kita, tingkatkan keyakinan diri kita pada Allah bahawa kita dijadikan Allah bukan sia-sia. Ingatlah, Allah telah menetapkan tujuan hidup setiap insan yakni untuk mengabdikan diri padaNya dan melaksanakan tugas di muka bumi ini sebagai khalifah, mengatur bumi mengikut peraturanNya. Dan apabila kita kembali padaNya kita akan dipersoalkan apa yang kita lakukan semasa kita hidup.

Yakinlah, insyaAllah jika keyakinan kita tinggi, kita akan dapat menguruskan masa dengan baik dan hakikatnya kita kena selalu diperingatkan agar jangan terlalai dan terlalu sibuk menguruskan dunia sehingga terlupa bahawa seharusnya semakin sibuk kita menguruskan dunia semakin dekat diri kita dengan Allah SWT.

Diri ini bukanlah sebaik mana... tetapi anggaplah ia sebagai tazkirah pagi untuk semua sebab teringat anak-anak pelajar yang di sekolah tu. Setiap hari pelbagai masaalah ada dan ibu bapa sukar untuk menerima hakikat anak-anak masing-masing. Dari masalah sekecil-kecilnya sehinggalah masalah sebesar-besarnya. Didikan anak kini semakin kompleks, masaalah anak-anak sekarang perlu diatasi dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Alhamdulillah tak jadi cucu, kalau tidak satu lagi beban sekolah, tolak markah untuk penganugerahan...
bab masaalah anak-anak kini? panjang...macam-macam lagi...sebulan cerita pun tak habis. Yang penting, semua kita kena atasi bersama, kalau tidak.....

Read more...

Monday, June 22, 2009

HURGH.... Betul ke? Betulll...

Hurgh... penat juga kami ke Terengganu, suamilah orang yang paling kesihan kerana memandu pergi dan pulang sehingga kelmarin terpaksa mengambil cuti keletihan. Semasa pulang beliau memandu dalam keadaan yang amat letih, terpaksa berhenti rehat beberapa tempat dan diri ini juga tidak dapat membantu kerana serupa je sehingga sampai di rumah jam 5.00 subuh. Rupanya itulah hakikatnya badan ini, tidak serupa dulu dan kini, umur semakin meningkat. Dulu perjalanan sejauh manapun balik tetap boleh terus ke tempat kerja dan tidak perlu mengambil cuti tapi kini terpaksa bercuti apabila tiba di rumah.

Dua hari di sana macam-macam pengalaman kami tempuhi. Sebenarnya kami sedang meninjau keadaan di sana kerana pada bulan hadapan suami bakal berhijrah dan menjadi warga di sana dan insyaAllah kami pula akan mengikuti beliau beberapa bulan lagi. Maka kami cubala mencari saudara mara baru, maklum sajala kehidupan kami yang sentiasa di rantau orang ini...

Kami cuba mencari mana-mana teratak yang bakal menjadi tempat berteduh suami beberapa bulan sebelum semua ahli berhijrah ke sana. Banyak tempat dan teratak kami temui dan akhirnya kami memilih suatu tempat yang agak sederhana keadaannya. Apa yang menjadi kejutan ialah tentang bayarannya, tak di sangka rupanya di sana lebih kurang di bandar KL yang kami tinggalkan hampir 20 tahun yang lalu. Kami tinggalkan KL dan sanggup masuk ke 'hutan' kerana di KL kos hidup yang semakin tinggi dan mungkin juga jiwa kami tidak sesuai dengan keadaan di sana... sekali sekala tu mungkin tidak mengapa.

Hurgh... terkejut juga kami bertanya tentang bayaran apabila setelah bersetuju untuk menerimanya sebagai tempat berteduh suami..."Berapa yang perlu dibayar setiap bulan?"... "RM500.00"... Terkedu kami berdua... suami bertanya lagi, "dah mati ke harganya". "Ya, sekitar itulah sebenarnya harga sewa di sini, kalau encik tak nak tak mengapa, rumah lain serupa tu juge". "Ya ke?" Apa nak buat, bayar jela deposit dan sewa sebulan... Apa yang diharapkan tuan rumah dapatlah memperbaiki beberapa permasalahan rumah tersebut sebelum hujung Jun ini... Kalau di tempat kami sekarang, rumah sebegitu masih lagi sekitar RM300-RM350.00 sewanya.

sempat juga anak klik beberapa sudut teratak yang bakal menjadi tempat berteduh bapanya...



Selepas itu kami pun berhubung dan berkunjung beberapa rumah sahabat lama yang menyewa di sana untuk melihat keadaan rumah mereka. Bukan apa, hanya sekadar untuk mengenalpasti tentang keadaan sebenarnya. Rupa-rupanya memang itulah realiti kehidupan sekitar Pekan itu... Gong Badak... kami terpaksa menerima hakikatmu... Terima kasih tuan rumah, dapat juga tempat untuk berteduh suamiku sementara waktu mulai Julai ini...

Read more...

Friday, June 19, 2009

Alhamdulillah... lega badan

Pagi Khamis, bidan datang urut badan, alhamdulillah rasa ringan badan. Ke sekolah menyelesaikan satu masalah besar anak pelajar... belum selesai sepenuhnya, sambung Ahad ni... macam-macam masaalah anak remaja kini yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa, jangan dibiarkan mereka bebas berkawan dengan siapa saja.

Jam 3 pagi Jumaat bangun, 4.45 pagi mula bertolak ke Terengganu menemani suami menyelesaikan urusan kerjanya. Dengan kesempatan yang ada dapat juga bertemu sahabat-sahabat lama. Seronoknya dapat berjumpa mereka yang telah lama tidak bertemu...

Esok menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai, kemudian akan singgah sebentar menziarahi anak di MTS, Kelantan dan terus pulang ke rumah. Ahad tak boleh cuti sebab bos dah beritahu dia tak de di sekolah. Biasalah tugas biasa perlu dilaksanakan...

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

AKHIRNYA.. badan ini kalah jua

Mungkin makan tak menentu, telah 3 hari menahan sakit perut gastrik dan hari ini badan ini terlantar jua. Bukan sekadar perut sakit, seluruh badan sakit, pagi tadi terpaksa mengalah dan singgah ke Kedah Medical Centre (KMC) ambil ubat dan doktor bagi mc untuk rehat di rumah.

Perancangan untuk menziarahi Pengetua masuk wad terpaksa ditangguhkan kerana badan ini perlu kerehatan jua.... Walaupun tidak sempat menziarahi puan, terima kasih dan Alhamdulillah atas panggilan puan yang menyatakan puan telah selamat, sihat dan diizinkan pulang ke rumah petang ini. Tidak terkeluar perkataan dari mulut ini untuk menyatakan bahawa diri ini juga berada di atas katil...

Maka sehari pada hari ini badan ini terlantar di atas katil, maaf kawan-kawan kerana tidak melayan kehadiran kalian dan tidak dapat menghadiri program bersama kalian... rasa tak mampu nak bangun dah...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP