"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Monday, June 22, 2009

HURGH.... Betul ke? Betulll...

Hurgh... penat juga kami ke Terengganu, suamilah orang yang paling kesihan kerana memandu pergi dan pulang sehingga kelmarin terpaksa mengambil cuti keletihan. Semasa pulang beliau memandu dalam keadaan yang amat letih, terpaksa berhenti rehat beberapa tempat dan diri ini juga tidak dapat membantu kerana serupa je sehingga sampai di rumah jam 5.00 subuh. Rupanya itulah hakikatnya badan ini, tidak serupa dulu dan kini, umur semakin meningkat. Dulu perjalanan sejauh manapun balik tetap boleh terus ke tempat kerja dan tidak perlu mengambil cuti tapi kini terpaksa bercuti apabila tiba di rumah.

Dua hari di sana macam-macam pengalaman kami tempuhi. Sebenarnya kami sedang meninjau keadaan di sana kerana pada bulan hadapan suami bakal berhijrah dan menjadi warga di sana dan insyaAllah kami pula akan mengikuti beliau beberapa bulan lagi. Maka kami cubala mencari saudara mara baru, maklum sajala kehidupan kami yang sentiasa di rantau orang ini...

Kami cuba mencari mana-mana teratak yang bakal menjadi tempat berteduh suami beberapa bulan sebelum semua ahli berhijrah ke sana. Banyak tempat dan teratak kami temui dan akhirnya kami memilih suatu tempat yang agak sederhana keadaannya. Apa yang menjadi kejutan ialah tentang bayarannya, tak di sangka rupanya di sana lebih kurang di bandar KL yang kami tinggalkan hampir 20 tahun yang lalu. Kami tinggalkan KL dan sanggup masuk ke 'hutan' kerana di KL kos hidup yang semakin tinggi dan mungkin juga jiwa kami tidak sesuai dengan keadaan di sana... sekali sekala tu mungkin tidak mengapa.

Hurgh... terkejut juga kami bertanya tentang bayaran apabila setelah bersetuju untuk menerimanya sebagai tempat berteduh suami..."Berapa yang perlu dibayar setiap bulan?"... "RM500.00"... Terkedu kami berdua... suami bertanya lagi, "dah mati ke harganya". "Ya, sekitar itulah sebenarnya harga sewa di sini, kalau encik tak nak tak mengapa, rumah lain serupa tu juge". "Ya ke?" Apa nak buat, bayar jela deposit dan sewa sebulan... Apa yang diharapkan tuan rumah dapatlah memperbaiki beberapa permasalahan rumah tersebut sebelum hujung Jun ini... Kalau di tempat kami sekarang, rumah sebegitu masih lagi sekitar RM300-RM350.00 sewanya.

sempat juga anak klik beberapa sudut teratak yang bakal menjadi tempat berteduh bapanya...



Selepas itu kami pun berhubung dan berkunjung beberapa rumah sahabat lama yang menyewa di sana untuk melihat keadaan rumah mereka. Bukan apa, hanya sekadar untuk mengenalpasti tentang keadaan sebenarnya. Rupa-rupanya memang itulah realiti kehidupan sekitar Pekan itu... Gong Badak... kami terpaksa menerima hakikatmu... Terima kasih tuan rumah, dapat juga tempat untuk berteduh suamiku sementara waktu mulai Julai ini...

0 comments:

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP