"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, March 28, 2010

Memenuhi permintaan

Bagi memenuhi permintaan rakan-rakan untuk mengetahui di mana kami berteduh setelah sekian lama kami meninjau ke sana ke mari, membawa dan menerima nasihat rakan taulan, veteran-veteran yang banyak pengalaman sekitar kampung, bandar dan sekitarnya... inilah di antara pilihan terakhir di antara final list yang agak sesuai... harganya jangan tanya... kalau di Kedah dapat 1 buah setengah dengan harganya di sini... tak beli, harga menyewa pun rugi... bayar mahal rumah tak dapat, lebih baik bayar lebih untuk sendiri, insyaAllah...

Azan pertama dilaungkan....Terimalah seadanya... moga umur panjang untuk melangsaikannya...

Mudah-mudahan ianya menjadi tempat untuk kami sekeluarga dapat berteduh, memberi keselamatan dan meneruskan kehidupan... Berilah kami keberkatan hidup di sini, bukan untuk kami berteduh semata-mata bahkan dapat memberi perlindungan, manafaat dan rahmat untuk yang lainnya, insyaAllah... amin ya robbal'alamin.
Alhamdulillah, telah 28 hari kami berada di dalamnya dan ramai juga rakan taulan serta beberapa sanak saudara yang telah sudi menjenguk kami. Jazakumullah hukhairan kathira atas sokongan dan dokongan kalian. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya... Maka bermulalah kami hidup bersaudara dengan insan-insan baru pula... Doakanlah kami dapat meneruskan kehidupan kami ini di tempat baru... Pada sanak saudara, rakan taulan yang belum sampai sudi-sudilah singgah sebentar sekiranya tiba di sini, insyaAlllah tidak banyak paling kurang dapat meneguk segelas air menghilangkan dahaga...
Sesungguhnya tiada tempat kami mohon pertolongan selain hanya padaMu Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Read more...

Monday, March 8, 2010

Kenali rakan-rakan baruku...

Seawal pagi jam 7.00 bacaan rakaman ayat-ayat suci Al-Quran akan berkumandang di SEMESTI. Jam 7.25 pagi pelajar kelas PREMIER akan berhimpun untuk berikrar, berzikir dan bacaan doa sebelum masuk ke kelas masing-masing, manakala bacaan doa keseluruhan sekolah akan dibaca dan diaminkan jam 7.40.


Maka bermulalah kelas sehingga jam 2.30 petang.

Kelihatan pelajar kelas PREMIER sedang berhimpun di Dataran Ilmu.
Seminggu sekali pelajar dan guru akan berhimpun di Dataran Ilmu untuk bacaan Yaasin. Di antara pelajar di dalam kelas. Ini pula semasa persiapan hari kejohanan SEMESTI ke-13.

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP