"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, March 28, 2010

Memenuhi permintaan

Bagi memenuhi permintaan rakan-rakan untuk mengetahui di mana kami berteduh setelah sekian lama kami meninjau ke sana ke mari, membawa dan menerima nasihat rakan taulan, veteran-veteran yang banyak pengalaman sekitar kampung, bandar dan sekitarnya... inilah di antara pilihan terakhir di antara final list yang agak sesuai... harganya jangan tanya... kalau di Kedah dapat 1 buah setengah dengan harganya di sini... tak beli, harga menyewa pun rugi... bayar mahal rumah tak dapat, lebih baik bayar lebih untuk sendiri, insyaAllah...

Azan pertama dilaungkan....Terimalah seadanya... moga umur panjang untuk melangsaikannya...

Mudah-mudahan ianya menjadi tempat untuk kami sekeluarga dapat berteduh, memberi keselamatan dan meneruskan kehidupan... Berilah kami keberkatan hidup di sini, bukan untuk kami berteduh semata-mata bahkan dapat memberi perlindungan, manafaat dan rahmat untuk yang lainnya, insyaAllah... amin ya robbal'alamin.
Alhamdulillah, telah 28 hari kami berada di dalamnya dan ramai juga rakan taulan serta beberapa sanak saudara yang telah sudi menjenguk kami. Jazakumullah hukhairan kathira atas sokongan dan dokongan kalian. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya... Maka bermulalah kami hidup bersaudara dengan insan-insan baru pula... Doakanlah kami dapat meneruskan kehidupan kami ini di tempat baru... Pada sanak saudara, rakan taulan yang belum sampai sudi-sudilah singgah sebentar sekiranya tiba di sini, insyaAlllah tidak banyak paling kurang dapat meneguk segelas air menghilangkan dahaga...
Sesungguhnya tiada tempat kami mohon pertolongan selain hanya padaMu Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

16 comments:

Abd Razak March 28, 2010 at 8:53 PM  

Salam...

Cantik rumahnya..:)

Moga Allah limpahkan keselamatan dan perlindungan buat cikgu serta keluarga, dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini...ameen

Werdah March 29, 2010 at 3:48 PM  

Salam ckg Rash

MasyaAllah tengok gambarpun dah rasa aman dan bahagia.. Mudah2an diberi keberkatan dunia dan akhirat, Amiin.

Guru March 31, 2010 at 12:48 PM  

assalammualaikum

alhamdulillah cantik rumahnya
moga sentiasa dalam rahmat Allah sekeluarga

qamarsari April 1, 2010 at 12:30 PM  

alhamdulillah......boleh buat camping n bbq selalu....

abu muaz April 2, 2010 at 7:16 PM  

alhamdulillah cikgu... cantik dan menarik .
moga dikurniakan ketenteraman dan rahmah oleh allah....

ckg rash April 3, 2010 at 2:08 PM  

Wa'alaikumussalam,
Tk Abd Razak krn mendoakan yg terbaik utk kami.
Ameen..

ckg rash April 3, 2010 at 2:10 PM  

Wa'alaikumussalam,
Tk kak Werdah... mudah-mudahan Allah memakbulkan doa org yg soleh...amiin..

ckg rash April 3, 2010 at 2:12 PM  

Wa'alaikumussalam,
Alhamdulillah & tk atas doa yg baik utk kami. Mudah-mudahan cantik segala-galanya...

ckg rash April 3, 2010 at 2:19 PM  

Alhamdulillah qamarsari,
Hujung Februari baru ni dah cuba utk solat hajat, yaasin tahlil dan doa kesyukuran mula masuk rumah...lepas ni camping anak2 & bbq keluarga bolehla... untuk kenduri keluarga & seluruh rakan2 kena tambah khemah pula...

ckg rash April 3, 2010 at 2:21 PM  

Alhamdulillah Abu Muaz,
Mudah-mudahan doa2 keluarga, rakan2 & sahabat handai ini dimakbulkan Allah hendaknya... amiiin..

ALRIS April 4, 2010 at 12:27 AM  

Assalammualaikum ww,
Tahniah... selamat menempati rumah baru. Salam kenal dari Jakarta.
Salam
ALRIS

Ros Illiyyuun April 4, 2010 at 2:33 PM  

Salam ziarah...
Blog yang menarik, salam ukhuwwah dari saya :)

atie April 5, 2010 at 4:00 PM  

Salam Cikgu..

Salam Ukhuwah... Cantiknya rumah semoga kalian bahagi di tempat baru...

ckg rash April 5, 2010 at 7:50 PM  

Wa'alaikumussalam wrt wbt.
Tkasih Alris, salam perkenalan juga. InsyaAllah akan kukunjungi org Jakarta.

ckg rash April 5, 2010 at 7:51 PM  

Wa'alaikumussalam wrt wbt.
Tk Ros, salam perkenalan jua. Silalah datang lagi.

ckg rash April 5, 2010 at 7:53 PM  

Wa'alaikumussalam wrt wbt.
Salam ukhuwah utk atie jua. Tkasih dgn doa yg baik utk kami. Jemputlah singgah.

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP