"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Friday, January 22, 2010

Pokok oh pokok...

Musim orang balik Mekah dah mula sejuk... amalan pun dah mula suam-suam kuku... buah tangan pun dah kehabisan, kami ada tinggal lagi sikit yang orang beri. Nak tunggu pokok sendiri berbuah entah bila pun tak tahu sebab pokoknya ada satu je. Dulu abang bagi 5 benihnya tapi 1 je selamat sebab sepokok ini sempat bertemu tanah di bumi, yang lain hanya di tanah dalam pasu je...tak sempat, dah mati kerana tuan asyik ke sana ke mari.
Pokok pisang, nangka dan mangga tu jiran-jiran dah puas makan hasilnya... Bonsai anggur pulak dah lama selamat... menyembah bumi... bye bye sebab tuan tak kesah...
Ini kali ke berapa pun dah tak ingat tapi yang pasti setiap kali berbuah pasti pokoknya akan senget jika tidak di sokong.

Yang pasti ini bukan musimnya... sekarang ni pokoknya gila daun...

musim panas selalunya pisang ni buahnya comel-comel je...

Read more...

Tuesday, January 19, 2010

Kejamnya...

Suatu masa dulu kau ku belai, ku ziarahi pagi dan petang, bertanya khabar apa yang kurang... sehingga ramai yang dengki padamu, memisahkan ku dengan kaum kerabatmu... tapi kini kau ku biar hidup melata tak menentu dan hidup segan mati tak mahu (tapi banyak juga yang dah pergi...)

Bukan ku benci padamu tapi... kau takkan mengerti isi hati ini... biarla hingga suatu hari nanti ku kan temanimu kembali kerna kau menyenangiku...
lihatlah keadaan mereka... kesihan...

Read more...

Sunday, January 17, 2010

*Kesah 'ibu tinggal' dgn anak2nya*...Sedap sungguh...

"Ibu, sedap sungguh..." "terima kasih bu..." berulang-ulang kali disebut semasa makan, rasanya lebih 10 kali. Bukan istimewa sangat pun cuma makan nasi ayam goreng radix. Kesian... berapa tahun ibumu tak masak sehingga begitu kelaparan sekali...

Cepatla... dah tak sabar ni..
Best...makan banyak...aiskrim radix best..emm...delicious...Lepas tu senyap... la... dah zzz... mana bantalnya...seorang atas simen, seorang atas kerusi, tak sempat berbantal... kekenyangan... sedih betul... macam anak ayam hilang ibu...

kakak pun sama...kesian

Read more...

Saturday, January 16, 2010

Muka-muka boring...

Minggu ni cuti Keputeraan KDYMM Sultan Kedah... kami melangkah ke tasik untuk menghilangkan rasa boring di dalam diri masing-masing... lihatlah muka-muka boring dan langkah-langkah boring di bawah ini... kesiannya mereka tu... Lepas tu singgah kedai, balik rumah... makan... dan siapkan kerja yg berlonggok tu...

Abah... boringla..
Apa nak buat ni...
Main belonlah...
Nak naik 'swan' pun tutup...
Teratai pun malas nak berkembang...
Jomla kita bersenam... 1 2 3
penat warm-up kita jogging...

Jogging pun tak de mood, kita panjat khemah ni lah...




sabar jela... dah lapar... jom kita balik...

Read more...

Monday, January 11, 2010

Geografi dan pantai... Maklumat yang ingin dikongsi bersama..Glasiar Helheim bergerak pada kadar yang menakutkan!

Cerita tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun-tahun sudah... adjust punya adjust tahun ini si ibu terpaksa mengajar satu subjek tambahan iaitu Geografi kerana ketiadaan guru yang sanggup mengajarnya, bukan sikit tau... 4 kelas... tapi tak pe fm 2 je... adjust sendiri sanggup sendiri... jadi 'mak sanggup' sebab geografi menyeronokkan, ia banyak berkaitan dengan kehidupan seharian kita, tak la teruk sangat... banyak hikmahnya.. Mengajar peta dunia teringatkan daratan dan air laut dunia akhir zaman ini... teringat daratan kita kini yang semakin berkurangan kerana air laut yang semakin bertambah dek kerana pencemaran, kepanasan dunia dan cairan ketulan ais salji di kutub... ia menakutkan??? tapi hakikat...

Contoh yang paling mudah kunjungan kami di sebuah pantai Terengganu cuti yang lepas. Pada bulan 3 tahun 2009, tepian laut sehingga bahagian depan (tanda merah) tetapi bulan 12 2009, tepian laut sudah sampai bertanda kuning... dan pada hari berikutnya anak-anak bermain di kawasan bertanda hijau. Apa yang kami amati di tempat kami duduk menunggu anak-anak bermain itu, angin yang bertiup sentiasa menerbangkan pasir-pasir halus... belum lagi perubahan pukulan ombak yang sentiasa kuat... tiada kesempatan untuk kami mandi manda...

Dalam jangkamasa tidak sampai 10 bulan pantai berubah lebih kurang 100 meter, bayangkan apa akan jadi pantai ini beberapa tahun lagi...

Untuk maklumat selanjutnya bacalah artikel ini , ini , ini dan banyak lagi maklumat yang berkaitan.

Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Buah Pear vs Buah Lai

Salam untuk semua... soalan terkumpul selepas cuti yang letih untuk dijawab... "ke mana kak menghilang? sunyi je..." Ada yang kata "kak tape dan on je bila orang tanya". Takpela... jawab yang mana patut..
Walaubagaimanapun satu soalan untuk anda semua..

Yang mana satu buah pear dan yang mana satu buah lai... confuse la dengan label buah tu...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP