"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Friday, January 22, 2010

Pokok oh pokok...

Musim orang balik Mekah dah mula sejuk... amalan pun dah mula suam-suam kuku... buah tangan pun dah kehabisan, kami ada tinggal lagi sikit yang orang beri. Nak tunggu pokok sendiri berbuah entah bila pun tak tahu sebab pokoknya ada satu je. Dulu abang bagi 5 benihnya tapi 1 je selamat sebab sepokok ini sempat bertemu tanah di bumi, yang lain hanya di tanah dalam pasu je...tak sempat, dah mati kerana tuan asyik ke sana ke mari.
Pokok pisang, nangka dan mangga tu jiran-jiran dah puas makan hasilnya... Bonsai anggur pulak dah lama selamat... menyembah bumi... bye bye sebab tuan tak kesah...
Ini kali ke berapa pun dah tak ingat tapi yang pasti setiap kali berbuah pasti pokoknya akan senget jika tidak di sokong.

Yang pasti ini bukan musimnya... sekarang ni pokoknya gila daun...

musim panas selalunya pisang ni buahnya comel-comel je...

12 comments:

Aida Ali January 23, 2010 at 10:02 PM  

Banyaknya pokok buah. Bila musim tak payah pi beli di kedai

abu muaz January 23, 2010 at 10:50 PM  

salam.lama saya tak jenguk .apa khabar ?

Werdah January 24, 2010 at 6:56 PM  

salam ckg rash,

berbudi pd tanah begitulah hasilnya..

cikgu isza January 27, 2010 at 12:48 AM  

tanahku,
sekangkang kera pun xde..

ckg rash January 27, 2010 at 11:53 PM  

Lebih kurang begitula ckg Aida, tapi kekadang tu nak juga rasa yg lain...

ckg rash January 27, 2010 at 11:55 PM  

Wa'alaikumussalam En Abu Muaz,
Alhamdulillah...

ckg rash January 27, 2010 at 11:56 PM  

Wa'alaikumussalam En Abd Razak,
Alhamdulillah, perjalanan harian seperti biasa.

ckg rash January 27, 2010 at 11:58 PM  

Wa'alaikumussalam Pn Werdah,
Ya, hati tenang bersama mereka...

ckg rash January 28, 2010 at 12:02 AM  

Wahai cikgu Isza,
lihatlah... di tanah sekangkang kera di tepi jalan milik awam itulah mereka bernafas, kesihan mereka..apakan daya milikku tiada...

insan pendidik January 28, 2010 at 10:21 AM  

salam,

teringat pulak mase IP kecik2 blaja skolah agama selalu nyanyi lagu nasyid sepohon kayu daunnye rimbun...hehe

ckg rash January 30, 2010 at 10:18 PM  

Wa'alaikumussalam IP,

Ye ke.. baru kejap tadi kami ter..dengar dalam drama tv, cerita ape entah..

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP