Pengubat DUKA...

Sekelumit cuma dugaan yang Kau berikan,
segunung kegembiraan yang Kau gantikan...
malu menerima segala pemberian...
padaMu ya Allah kumohon keampunan...
atas segala dosa yang kulakukan...
samada perilaku maupun tafsiran...
Guru Sains, Pn Roseanita dan Pn Fazilah (guru BM thn 5)
Tahniah pada semua warga SRIDA kerana sekali lagi mendapat keputusan terbaik daerah Alor Star (98%), semua pelajaran dapat 100% lulus kecuali BI (2 pelajar gagal dari 129 pelajar) dan sejarah buat SRIDA juga kerana seramai 127 dari 129 pelajar berjaya mendapat A dalam kedua-dua kertas BM. Kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka... Tahniah buat semua...
(Sebenarnya PPD nak umum keputusan di SRIDA tapi...tak diizinkan...almaklum sajala... maka diumumkan keputusan di Sek. Keb..... Kami, warga dan waris SRIDA tak kesah... tahun lepas pun macam tu juga... tak kecil hati pun... yang penting kami telah menjalankan amanah kami pada Allah... berganding bahu... sama-sama mendidik... anak kami berjaya.... amin...)
Read more...

dan ada juga yang menghulurkan cash biru... merah... kelabu... tidak menerima... digumpalnya masuk ke dalam poket... inilah sanak saudaraku yang bukan seibu sebapa yang kupanggil makcik dan kakak. Rasa malu dalam diri ini, siapalah insan kerdil yang tiada apa diberi hanya sekadar sekali sekala membantu mereka... memberi sepatah dua kata jika diminta... itu sahaja.
Rupa-rupanya inilah hikmah kita hidup bersaudara... ya, cinta kerana Allah mengatasi segala-galanya... Jazakumullahhu khairan kathira pada semua... jasa kalian tetap ku kenang... 






