"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Wednesday, June 30, 2010

tugas ketua kampung...

Cuti baru ni ambil alih tugas ketua kampung kejap bersama anak-anak.... ronda kampung... manala tau kalau ada yg tak makan... tak de tempat tidur... he he... first time ronda... nak melihat sendiri keadaan sekeliling kampung...
pelbagai jenis rumah ada..
dalam proses pun banyak juga..
tempat jual kuih pun ada...
bestnya tempat rehat dia.. boleh tiru la...
ini pun ada...
masih banyak lagi kawasan yg belum dibangunkan... tapi harganya... jangan tanya... hebat... macam harga di KL..

ada juga yg tinggal...

Read more...

Sunday, June 27, 2010

sabar...

Masing-masing bertanya, "macamana tempat baru?"...

"Ya, semuanya serba baru..."

nak musnah kejap je...
nak besar...
sabar je la...
baru tanam 3 pokok mangga,
pokok nangka madu
pokok jambu... tu ada buahnya...
pokok limau kasturi
pokok jambu madu
ni pulak pokok cili, serai, serai wangi, beb pokok ubi kayu, pandan, kangkung, limau purut, pokok kari, misai kucing dan daun kesum.
Mudah-mudahan semua dapat menyesuaikan diri masing-masing... dan dapat menemani kami... insyaAllah...

Read more...

Saturday, June 26, 2010

habis...

Terkejut... pada hari Khamis, bila sampai rumah... cerah di belakang... rupanya tempat di mana sering ku bersama & mendengar suara-suara mereka (kambing-kambing, burung-burung, tupai-tupai) telah tiada... tuan tanah telah menebang pokok-pokok tersebut....


terpaksa dimusnahkan...

maaf ya.. terpaksa dilakukan kerana telah menimpa bumbung rumah jiran semasa angin kuat beberapa hari lalu...

Read more...

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA...

SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa mithali terutama kepada AYAH dan SUAMI tercinta...

Read more...

Friday, June 18, 2010

alwahy

Jom kita memanjangkan silaturrahim dalam alwahy / alwahym pula...

Read more...

Thursday, June 17, 2010

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah, syukur... 2 minggu percutian ini penuh dgn pelbagai aktiviti...
kunjungan sanak saudara... jiran lama dari Kedah... sahabat handai dari Kedah, Selangor, Pahang ... reunion di Kelantan dan dgn adik2 junior di rumah... balik kg... ke Pahang... Kelantan, bantahan rejim israel, kenduri dan sebagainya.

Di rumah... buka 'restoran' untuk tetamu-tetamu yg hadir... pelbagai menu telah dihidangkan... seronoknya...

Bermula dari Khamis minggu sebelum cuti lagi telah ada yg sudi bermalam... dan begitu juga hari hari yg seterusnya... sehingga jiran pun 'tertanya' siapa siapakah tiap-tiap hari itu...
Perasaan yg pelbagai sehingga sukar diungkapkan dgn kata-kata...
yg pasti...
alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah...
masih ada yg sudi berhubung...
menjengok...
menjalin silaturrahim...
walaupun berjauhan...
tapi bukan bermakna keseorangan...
atau ditinggalkan...
Hari ini... masa untuk melihat kerja-kerja sekolah & persiapan anak-anak sekolah... bimbang tak sempat sebab Sabtu ni kena urus sendiri anak-anak ke sekolah di Kelantan dan lainnya... abahnya out station pulak... hampir 2 minggu... biasala tu semua tugas & amanah kita kan...
di antara situasi yg sempat disnap oleh anak-anak...
byk yg tak sempat sebab seronok melayan mereka...
'reunion'
memberi semangat kepada anak sedara lawan 'KESUMA' di UDM
sentiasa ditemani 'mereka' semasa memasak di dapur...
begitu juga sentiasa dihiburkan dgn suara-suara tupai & burung di atas pokok...
mereka juga gembira dgn kehadiran 'tetamu tetamu'...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP