"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Monday, April 26, 2010

Cerita anak-anak

Hari ni nak cerita tentang Fawwaz pada Program Hari Bakat & Kesenian Islam, Pusat Tahfiz Gemilang yang telah 2 minggu berlalu. Saja nak cerita bagaimana kerenah & perasaan anak-anak kecil.
Fawwaz masuk pertandingan nasyid dan hafalan do'a... Fawwaz tak bimbang pun samada nak menang atau tidak... cuma abah dan kakaknya sahaja yang tak senang duduk... bimbang adakah Fawwaz boleh menjawab @ tidak... Apa yang Fawwaz tahu, lepas di uji, tunggu di depan dewan nak hadiah... menang ke tidak yang dia nak hadiah... ini la perasaan anak kecil, besar kecil, mahal murah, tak kesah... janji hadiah... ini yang memeningkan abah & kakak yang menemaninya sebab bimbang jika tak menang... macamana nak cari hadiah. Alhamdulillah, rupanya dapat juga nombor 2 untuknya... lega si abah dan si kakak... seronoknya sampai tak sabar-sabar nak buka.
Balik rumah sampai tertidur menunggu ibu pulang dari sekolah...
Fawwaz terima hadiah dari Pengarah TTG
Seronoknya Fawwaz dapat hadiah
Bernasyid memuji Rasulullah SAW
Berlatih Align Centernasyid sebelum ke pentas.

Read more...

Sunday, April 25, 2010

Minggu Kesihatan & AADK

Pelbagai acara diadakan sepanjang seminggu Program Kesihatan & AADK dilaksanakan, bermula dari hari Ahad((18/4) hingga pagi tadi iaitu sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

Di antara acaranya ialah siri-siri ceramah kesihatan & dadah, kempen derma darah, pameran kesihatan, pertandingan mencipta & mendeklamasi sajak, nasyid, pentomen, melukis poster, senamrobik dan gotong-royong perdana.

Antara penceramah yg menyampaikan maklumat kepada pelajar perempuan.

Ini pulak antara cikgi-cikgi yang mengikuti ceramah

Cikgu & pelajar mendapatkan maklumat dari pegawai-pegawai pejabat kesihatan yang mengadakan pameran.

Semua acara mendapat sambutan hangat termasuklah derma darah

Bukan sekadar cikgu-cikgu bahkan para pelajar juga turut rasa bertanggungjawab untuk menderma darah masing-masing.

Kelihatan Pegawai pej. kesihatan sedang memberi rawatan kepada Cikgu Mustaza yang pucat dan tidak bermaya selepas menderma.

Hai Cikgu Zam... buat apa dgn pelajar fm 6 tu... tunggu giliran derma darah ke ada acara lain...
Cik Su, Raja, Hasni, Dilah dan Wati ni wat gapo pulok... dah derma darah ke belum? Oooo... tak boleh... tak cukup syarat.... Ya ke... rasa macam ok je tu... cute mute macam peragawati je...
Hurgh... anak-anak pelajarku yang meninggalkan kenangan pahit buatku...
berlatih bagai nak pengsan untuk meraih johan, kecundang dek kerana over confident... macamana boleh lupa lirik.... pedih....
Rumah kuning menjuarai nasyid
Allah Maha Mengetahui, Alhamdulillah... kepedihan telah diubati dgn beberapa kemenangan acara-acara lain... masih juara... lega rasanya...
Fatin johan sajak... Ifa tpt ke-3
Poster johan dan lainnya bernombor juga....
Rumah Kuning berpentomen...
Khamis bersenamrobik dan gotong-royong...
Huh... letihnya... minggu ni pulak Minggu Sains & Math pula...

Read more...

Saturday, April 24, 2010

Catatan seterusnya...

Ini pula acara Sambutan Maulidur Rasul pada Rabi'ul Awwal lepas.

Pelajar & guru berkumpul untuk berarak serta bersolawat mengikut rumah masing-masing.
Penceramah memperingatkan hadirin tentang penghayatan Maulidur Rasul.
Persembahan dari pelajar lelaki tingkatan 6
Nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid perempuan tingkatan 6.




Read more...

Wednesday, April 21, 2010

Catatan ku di sini...

Salam semua... dah lama rasanya ibu tidak membuat catatan dalam diari ini... macam-macam dugaannya. Ini beberapa kenangan di Hari Kejohanan SEMESTI 2010.


Sebelum acara bermula sempat juga bergambar kenangan bersama GK TV(Cik Maziah-baju pink) & anak pelajar tkt 6
Guru rumah Cengal (Pn Raja Norhayati) sibuk bersama anak pelajar di khemah rumah sukan. Pelajar tkt 6 pula sibuk menjual mencari pengalaman.
" baik-baik cek abang menggoreng tu.. nanti hangit pulak "
"Hey Cik Diana & Cik Da.. awal lagi dah possing ni... dah siap kerja ke belum???" he he..
Acara perbarisan diserikan dengan pancaragam pelajar Premier.
Lintas hormat dimulakan oleh kumpulan pancaragam sekolah.
Lompat... jangan tak lompat...
alamak... dah ada yang kena usung...
"orang kuat padang"... Pn Rohani & En Ismaisah... tengok tu...sokmo sibuk untuk melancarkan program...
ini pulak pegawai di tengah padang... maaf ya kawan-kawan lain yang tak de gambar di sini... nanti kita muatkan dalam blog sekolah....

Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Ruginya jika tak turut serta...

Tambah Rezeki Dgn Program Kebajikan

Marhaban4u.com - Rezeki Baru Anda Ahlan wasahlan ya marhaban kepada semua, bersempena hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan majlis sambutan maulidurrasul yang gilang-gemilang, sebuah program kebajikan ummah di bawah naungan Marhaban4u.com - Rezeki Baru Anda dilancarkan. Program yang berasaskan bantu-membantu dalam memberi khidmat kebajikan kepada ummah di samping memberi pulangan yang lumayan dan disertakan produk bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani 'Mahabbah' anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM20 sahaja. Tiada risiko! Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan http://www.marhaban4u.com/?ref=2170

"Sekiranya kita lambat bertindak, esok kehidupan kita tetap sama"
Kunjungi website saya http://www.marhaban4u.com/?ref=2170

Sukses selalu! Rahsidah Arbain http://www.marhaban4u.com/?ref=2170

Read more...

Monday, April 5, 2010

bestnya...

Terkenang... dan masih terasa kesejukan airnya... belum sentuh, sekadar merasai percikan airnya pun dah rasa undur 10 tahun ke belakang.... air terjun Lembah Anai Air Mancur... subhanalllah

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP