"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Sunday, April 25, 2010

Minggu Kesihatan & AADK

Pelbagai acara diadakan sepanjang seminggu Program Kesihatan & AADK dilaksanakan, bermula dari hari Ahad((18/4) hingga pagi tadi iaitu sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan.

Di antara acaranya ialah siri-siri ceramah kesihatan & dadah, kempen derma darah, pameran kesihatan, pertandingan mencipta & mendeklamasi sajak, nasyid, pentomen, melukis poster, senamrobik dan gotong-royong perdana.

Antara penceramah yg menyampaikan maklumat kepada pelajar perempuan.

Ini pulak antara cikgi-cikgi yang mengikuti ceramah

Cikgu & pelajar mendapatkan maklumat dari pegawai-pegawai pejabat kesihatan yang mengadakan pameran.

Semua acara mendapat sambutan hangat termasuklah derma darah

Bukan sekadar cikgu-cikgu bahkan para pelajar juga turut rasa bertanggungjawab untuk menderma darah masing-masing.

Kelihatan Pegawai pej. kesihatan sedang memberi rawatan kepada Cikgu Mustaza yang pucat dan tidak bermaya selepas menderma.

Hai Cikgu Zam... buat apa dgn pelajar fm 6 tu... tunggu giliran derma darah ke ada acara lain...
Cik Su, Raja, Hasni, Dilah dan Wati ni wat gapo pulok... dah derma darah ke belum? Oooo... tak boleh... tak cukup syarat.... Ya ke... rasa macam ok je tu... cute mute macam peragawati je...
Hurgh... anak-anak pelajarku yang meninggalkan kenangan pahit buatku...
berlatih bagai nak pengsan untuk meraih johan, kecundang dek kerana over confident... macamana boleh lupa lirik.... pedih....
Rumah kuning menjuarai nasyid
Allah Maha Mengetahui, Alhamdulillah... kepedihan telah diubati dgn beberapa kemenangan acara-acara lain... masih juara... lega rasanya...
Fatin johan sajak... Ifa tpt ke-3
Poster johan dan lainnya bernombor juga....
Rumah Kuning berpentomen...
Khamis bersenamrobik dan gotong-royong...
Huh... letihnya... minggu ni pulak Minggu Sains & Math pula...

4 comments:

Abd Razak April 25, 2010 at 9:41 PM  

Salam..

Teringin juga nak derma darah..:)

ckg rash April 25, 2010 at 10:49 PM  

Wa'alaikumussalam,

Pada yang cukup syarat, buatlah di mana-mana tempat menderma, banyak hikmahnya. Bukan sekadar darah sahaja, anggota lain pun boleh... janji cukup syarat...

a kl citizen April 25, 2010 at 11:17 PM  

tak pernah lagi derma darah...

ckg rash April 26, 2010 at 6:49 PM  

a kl citizen, cubalah derma jika cukup syarat. Ckg rash boleh kempen je, diri sendiri pun tak cukup syarat...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP