"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Wednesday, February 10, 2010

Tak kenal maka tak cinta...

Tak kenal maka tak cinta,
dah kenal baru cuba nak bercinta,
inilah masa untuk kami menyesuaikan diri dengan yang baru...
rasa kekok sudah semestinya ada pada diri kami,
pelbagai cerita nanti kami kongsi bersama...
nak berblog selalu agak terhad dek kerana broadband di rumah sewa tak ok, alhamdulillah boleh curi-curi masa online di sekolah, pada masa terluang je..

Sekarang kami dalam proses mencari tempat berteduh yang agak sesuai dengan barang-barang antik lama kami yang belum di bawa dari rumah lama. Tanah, rumah dan sewa di sini agak hebat juga, bawah sikit je dari KL, tu yang memeningkan kepala kami. Pantang jumpa ada orang kata tanah, rumah untuk dijual atau di sewa... kami terkam macam kucing lapar tapi kecut perut untuk membahamnya...mahal-mahal belaka...

di sinilah kubaru mengenali anak didik baru...

ini pula tempat nasriyah menimba ilmu... ini adalah hari persekolahan pertamanya di sana

gambar tadika Fawwaz lupa nak ambik, lepas ni ya kita tengok tadika Fawwaz pula.

Read more...

Wednesday, February 3, 2010

TERIMA KASIH...

Terima kasih... terima kasih ayah... terima kasih kakak... terima kasih adik beradik...terima kasih anak-anak... terima kasih rakan-rakan guru... terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan... terima kasih kawan-kawan... terima kasih anak-anak pelajar sekelian... terima kasih raka-rakan maya... terima kasih... terima kasih kepada semuuuua yang membantu... yang berdoa... juga yang bersimpati...



Alhamdulillah, kini saya telah menjadi sebahagian warga Darul Iman. Atas berkat doa dan bantuan semua, rayuan saya telah diterima dan saya telah menerima fax supaya melapor diri pada 31 Jan 10 di JPNT juga melapor diri di salah sebuah sekolah di Daerah Setiu bersebelahan Daerah Kuala Terengganu pada 1 Feb 10. Berita selanjutnya selepas ini... faham-faham jela orang Kedah kata kalut sikit nak urus itu ini...

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP