Alhamdulillah... berjaya
Bukan senang nak melatih anak berpuasa... memang kita faham tiada nas menyatakan latihlah anakmu berpuasa umur 7 tahun kecuali solat... bukan ape, nak bagi dia biasa je... bak kata pepatah alah bisa tegal biasa... Ada orang kata kenapa la biarkan anak kelaparan... mereka tak faham perasaan kita... bukan senang nak bagi anak mudah menjalankan amanah sebagai hamba Allah... terutama laksanakan yang wajib... solat, puasa, akhlak yang baik dsb...
Kalau abang-abang dan kakak-kakaknya dulu belajar puasa sejak umur 4 tahun tapi mula-mula puasa tak penuh... Fawwaz pulak tak pernah puasa lagi.. tahun lepas tak boleh ajar lagi dia puasa sebab dia tak faham langsung apa itu puasa. Susah hati dalam hati ini siapa yang tahu...
Alhamdulillah., tahun ini, 6 tahun... sejarah untuknya belajar, faham dan terus buat... kesihan pun ada tapi sebab sayangkan Fawwaz la ibu terpaksa buat macam ni..., ibu sanggup buat apa saja masa berbuka apa yang dipinta... mee kuah, susu strawberry, burung dll... tapi makan sikit je... tak pe... yg penting ujian pertama dah berjaya... syukur... alhamdulillah...
Bila puasa ramai yang tidur untuk pendekkan masa dan nak hilangkan rasa kelaparan serta keletihan... kadang-kadang terlepas waktu solat... Solat sekejap je, puasa sehari... yang mana susah... yang mana orang dewasa selalu tak buat???
4 comments:
Salam,
Paklong ucap tahniah pada Fawwaz dan semua abang dan kakak Fawwaz.
Yahuuuuuu, dah berjaya... Hebatlah Fawwaz, macam abang-abang dan kakak-kakak dia jugak.
Raya nanti tidur di rumah paklong ye!!! Naqi pun ada ...!!!
Salam cikgu..
Kalau nabi s.a.w. menyuruh kita mengajar anak solat ketika umur 7 tahun maka ianya tidak hanya terhad kepada solat sahaja tapi merangkumi semua ibadat yang anak boleh lakukan. Tak menjadi kesalahan utk melatihkan mereka berpuasa mengikut kemampuan mereka kerana kewajipan itu belum diwajibkan lagi ke atas mereka.
wa'alaikumussalam,
"t/kasih pak long, Fawwaz seronok... nanti boleh raya rumah pak long..."
wa'alaikumussalam,
Ye AR, kita berusaha melaksanakan amanah dan berdo'a agar Allah sentiasa memelihara keluarga kita...
Post a Comment