Sehari sepotong ayat
(Al-Baqarah:21-22)
Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....
Friday, December 17, 2010
Monday, December 13, 2010
Senaman Berat...
Aktiviti seminggu ini ialah mengemas dan mengangkat kotak-kotak berat barang pindah yg belum habis di kemas sebelum ini... rasa nak demam badan...
Ingatkan dah selesai... tup tup lori tanah merah sampai... ha... apa lagi kena bersenam lagi rupanya... maknanya minggu ni senaman berat-berat belaka... bagai nak putus sendi-sendi... selalunya senaman ringan je... apa la nasib badan... mana la tukang urut yg boleh pebetulkan balik urat-urat & sendi-sendi ni...

Tuesday, December 7, 2010
Salam Ma'al Hijrah 1432...
Salam Ma'al Hijrah utk semua...
Maaf zahir bathin jika ada yg terkasar bahasa, menyinggung perasaan dan sebagainya. Moga kita semua dpt memahami & menghayati pengertian hijrah yg sebenar-benarnya agar amal perbuatan kita bertambah baik, seterusnya mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keredhaan & kerahmatan Allah hendaknya...
Amiiin ya robbal 'alamiiin...
Sunday, December 5, 2010
... samb 2...macam duduk dalam igloo...
Hujan berlarutan dah beberapa hari... kadang kala berhenti 20-30 minit saje dan turun kembali sepanjang hari. Sentuh air macam genggam ketul ais... Anak2 kata, "kalau macam ni tak jadi la kita pergi lawatan ke negara bersalji, ini pun dah tak tahan... macam duduk dalam igloo je...", "bil letrik cuti ni pun jimat... aircond & kipas tak guna pun..."
aktiviti 2 minggu cuti... 1... samb 2...
cuti kali ni kami tidak bercuti ke mana-mana kerana kakak periksa SPM, aktiviti hanya sekadar sekeliling rumah... menjalankan aktiviti mengeluarkan toksik dlm badan...

Fawwaz pulak dah tak sabar nak sekolah... bising je, asyik ajak pergi beli barang2 sekolah... sampai je rumah, terus ambik gambar... bila tetamu datang sibuk je tunjukkan barang sekolahnye... itula namanya kanak-kanak...


Sunday, November 21, 2010
Ujian paling mudah...
Ujiannya; di antara 7 pokok/rumpun serai, pilih yang mana rumpun serai untuk masakan dan yang mana rumpun serai wangi.
Keputusannya; dapat 6/7 ( 6 betul, 1 salah)
Sesi Ketiga; buat 7 lubang untuk serai masakan dan 11 lubang untuk serai wangi
Sesi Keempat; sesi menanam semula....
Kesemua Sesi Ujian ini rasanya paling mudah... rupa-rupanya ianya tidak semudah yang disangkakan pada yang tidak biasa... he he sampai patah satu cangkul... tak pela yang penting pengalaman...
Petang; sesi berlatih badminton untuk lawan Lindan malam ini...
Keputusan; tak dapat emas...
Itulah cerita anak-anakku hari ini...
Read more...Saturday, November 20, 2010
Gotong royong...
Raya haji tahun ini cuma 2 hari sahaja balik kampung sebab kena balik rumah awal, memenuhi permintaan anak yg ingin mengulangkaji utk SPMnye...




