"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Wednesday, August 19, 2009

NASIB si 'ibu tinggal'...

Belum pun hilang lagi kepenatan menunaikan amanah2 Allah dan menghantar Nasriyah ke sekolah, sekali lagi si 'ibu tinggal' dipanggil supaya datang ke sekolah mengambil anak... anak sulung pula yang kena... inila situasi bila anak berterabur tak tinggal bersama... bergegasla si 'ibu tinggal' meminta izin majikan untuk mengambil dan membawa anak mengambil ubat. Alhamdulillah, ada 'doktor peribadi'... he he, tak perlula beratur tunggu giliran panjang-panjang.

Selesai memberi makan ubat, anak ditinggalkan berehat sendirian di rumah, si 'ibu tinggal' bergegas pula ke sekolah menguruskan jamuan ihya' ramadhan dan kawan mengerjakan umrah. Kemudian, alhamdulillah berkesempatan juga dengan masa yang terhad si 'ibu tinggal' mengajar pelajar di dalam kelas menghabiskan topik yang ketinggalan itu... Habis persekolahan, ziarah pengasuh yang baru menerima cucu baru.

Alamak, sedang seronok membelek 'baby comel', pembekal kurma call kata tunggu di depan rumah untuk menurunkan kurma-kurmanya... Bye bye 'baby comel', terpaksa balik dah... Selepas maghrib menunaikan satu lagi janji dengan kawan-kawan untuk menghantar mereka ke Penang ada urusan teramat penting...

Berpatah balik jam 12 malam dan tiba jam 1.15 pagi... uhh drive bagai 'orang gila'... menahan ngantuk. Alhamdulillah selamat, macam-macam cerita ada, semua berjalan lancar dengan bantuan Allah... terima kasih PFY...

Hari ini, malam, esok... menunaikan urusan sekolah dan anak2, mudah-mudahan aktiviti berjalan lancar... InsyaAllah akan bermusafir bersama anak2 merentas Banjaran Titiwangsa.
Ya Allah, Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya pada Engkaulah kami mohon pertolongan, permudahkan urusan kami dan selamatkanlah perjalanan kami....

6 comments:

ANAK PAK UTUH August 22, 2009 at 12:23 AM  

Saya masuk UPM zaman "Samikin" dgn kisah "wanted" keris tak berhulu.

....zaman pelajar demo dgn mee meggi di bagunan HEM kerana lewat mendapat wang biasiswa.

matrik kad no 1800 hingga 1900.



Apa pun kini kami dah jadi peminat nombor 1 Blog Dr Abd Wahab Arbain.

Oh ya jangan lupa layari video klip http://15malaysia.com/films/ tazkirah dari Tn Guru Nik Aziz

kakyong August 26, 2009 at 11:47 PM  

salam kakrash,

salam Ramadhan... ohhh.. jadi ibu tinggal skrg ya...

semoga kak hepi selalu..

Rahsidah Arbain August 29, 2009 at 10:52 AM  

Anak Pak Utuh,

kalau gitu, seangkatan la maknanya...

Rahsidah Arbain August 29, 2009 at 10:55 AM  

Wa'alaikumussalam,
ya Kak Yong, insyaAllah ibu tinggal sementara je kot...

W/b/pun salam ramadhan juga untuk semua keluarga kak yong.

insaniah,  August 31, 2009 at 10:53 PM  

Salam Ramadhan Al Mubarak buat cikgu yang comel.
Macam tu la hidup ibu tinggal. Tak banyak sangat beza dengan ibu tunggal. Bezanya cuma ibu tinggal masih ada yang memberi belanja manakala ibu tunggal perlu menggunakan tulang empat kerat membanting tulang untuk mencari wang perbelanjaan. Mengenangkan nasib ibu-ibu tungal sedih sangat berbanding dengan ibu tinggal yang masih ada yang sayanng dan ambil berat.

Rahsidah Arbain September 1, 2009 at 10:41 AM  

Tk. Salam Ramadhan buat insaniah juga.
Betul semua apa yang dinyatakan, 2-3 hari lepas kami ada buat program 'singgah iftar bersama ibu tunggal' di rumah mereka. Terkejut mereka bila kami singgah mengejut bawa makanan.
Mereka cukup terharu dan rasa seronok ada orang lain yang sanggup menyelami bagaimana perasaa mereka ketika ini...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP