"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Friday, March 13, 2009

Calon "Sekolah Cemerlang Anugerah Kebangsaan", Lonjakan Saujana Kategori Sukan & Permainan

Rabu, 11 Mac, Pusat Kesihatan datang sekolah buat pameran, ceramah dan "urine test". Khamis, 12 Mac, awal pagi lagi wakil TV3 datang ke sekolah. Baru kami sedar masing-masing berebut untuk dapatkan berita terawal tentang keputusan SPM. Kesian, keputusan hanya tahap biasa, tidak cemerlang seperti STPM. Walaubagaimanapun keputusan STPM baru-baru ini dapat meningkatkan lagi markah sekolah kerana SMKPN dicalonkan sebagai "Sekolah Cemerlang Anugerah Kebangsaan-Lonjakan Saujana Kategori Sukan & Permainan".

Pukul 1.00 tengahari pula mesyuarat/perjumpaan PPD bersama guru-guru yang bakal menerima kenaikan pangkat guru tingkatan 6 Kubang Pasu. Seramai 16 guru bakal ditempatkan di SMKPN termasuk 3 orang bakal menerima guru akademik DG48 dan selebihnya akan ditempatkan di sekolah-sekolah lain. Tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat.

Pada pukul 2.30 petang, mesyuarat AJK PIBG pula dijalankan untuk membincangkan Mesyuarat Agung PIBG 2009 yang akan diadakan pada 26 Mac 2009 . Isu utama adalah tentang kutipan yuran PIBG...... Yuran sekolah??? tunggu.....

Pada 28 Mac 2009, SMKPN akan menjadi tuanrumah Program MTQ Daerah dan MTest untuk bakal guru KPLI...

0 comments:

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP