WAHAI JIWA MUSLIM- palestine dan gerhana
Alhamdulillah, sana sini tiada henti perhimpunan, solat hajat, do'a qunut nazilah, kutipan dana, kempen boikot israel dan sekutunya dijalankan untuk membantu saudara kita di Palestine.
Di samping itu jangan lupa, Solat sunat gerhana matahari Khusyuful Shamsi (4.30-7.00 ptg 26 Jan 09)
Apabila terjadi gerhana, kita sebagai umat islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W supaya bersegera melakukan amalan-amalan kebajikan seperti berdoa, berzikir, bersolat, bertakbir, bersedekah dan beristhigfar.
Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Daripada Aisyah r.a ia berkata :sabda Rasulullah S.A.W: maka apabila kamu melihat gerhana itu,maka berdoalah kamu kepada Alah S.W.T serta berzikir, bersolat dan bersedekah".
(Riwayat Al-Bakhari)
Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah dan menguatkan lagi keimanan serta ketakwaan kita kepada Allah S.W.T
"Allah jualah yang memiliki kuasa pemerintahan langit dan bumi serta Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal . (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memiliki tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):"Wahai tuhan kami!, tidaklah engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka".
(Ali -Imran ayat 189-191)
Sementara tunggu gerhana mari kita masak, guna bahan apa yang di dapur, dah letih menunggu, lepas solat boleh makan. Rasa tak gamak pulak nak makan sedap-sedap bila teringatkan sedara kita di Palestine tapi dah masak, perut lapar kena makanla...
Read more...










Detik 12 malam 1hb 2009, suami dan semua anak-anak sedang nyenyak tidur tetapi bagi mata ini, masih tidak dapat ditutup kerana masih teringatkan bagaimana keadaan ummah di Bumi Palestin, hanya do'a yang dapat diungkapkan. Menitis air mata ini apabila melihat bagaimana perbezaan sambutan tahun 2009 di serata negara berbanding dengan Gaza, Bumi Palestin.
Setiap negara menyambut dengan penuh gembira, di Kelantan disambut dengan laungan azan dan mereka di Palestin menyambutnya dengan linangan air mata dan darah... Walaubagaimanapun air mata mereka adalah air mata gembira dan syukur kerana mereka syahid dalam perjuangan sepertimana yang diungkapkan oleh salah seorang ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia semasa Perhimpunan Ummah menentang rejim zionis Israel... Sesiapa pun tidak berhak mengizinkan rejim zionis Israel merampas bumi Palestin... Bagaimana dengan kita? Apakah peranan, usaha dan tindakan kita? Kita hendaklah berusaha dengan kemampuan yang ada pada kita, infa'kan sedikit dari harta kita untuk saudara-saudara kita, janganlah kita berhenti untuk bermunajat dan berdo'a untuk mereka serta sama-samalah kita mengajak insan di sekeliling kita memahami perjuangan mereka. Bagaimana dengan barang-barang keluaran rejim zionis Israel? Boikot saja, banyak lagi barangan keluaran kita yang boleh didapati, InsyaAllah sama-sama kita laksanakannya.




