"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Tuesday, June 30, 2009

Tugasan akhir di UUM

Isnin, 29 Jun, menemani cek abang, kesian... cuti pun terpaksa juga ke pejabat untuk melaksanakan tugasan terakhir. Banyak perkara yang perlu diselesaikan, maklumla hampir 20 tahun di situ...

Kenangan di hari terakhir di UUM untuk serahan tugas beberapa jam sebelum berangkat ke UMT.

Read more...

Sunday, June 28, 2009

BERSAMA KELUARGA SEBELAH SUAMI

Jumaat hingga tengahari Sabtu sibuk melayan keluarga sebelah suami sehingga terlupa kenduri kawan sekolah selepas solat Jumaat dan mesyuarat khas selepas asar. Seronok juga kerana telah lama tidak berkumpul sebegini, teringat... orang datang bawa rezeki, betul... sampai tak larat nak makan, itu pun dah bagi dengan jiran-jiran.

Malam Sabtu buat Yaasin dan Tahlil untuk keluarga di surau. Petang Sabtu bawa anak-anak bantu suami mengemas barang di pejabat. Malam, hantar anak ke asrama...

Ada juga yang sempat berposing...

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

TAZKIRAH AWAL REJAB

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi kita menjadi tetamu Rejab. Sedar tidak sedar telah setahun Rejab berlalu. Rasulullah SAW menganjurkan kita dengan bacaan doa “Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan!”


Tingkatkan amalan-amalan di bulan Rejab yang mulia ini dengan:
1. Perbanyakkan istighfar
2. Perbanyakkan puasa sunat dan amalan-amalan sunat yang lain
3. Perbanyakkan selawat
4. Perbanyakkan sedekah

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Masa berlalu paling jauh dari kita...

Pepatah Melayu yang kita belajar dulu kata, masa itu emas. Ada pula berkata, masa itu umpama pedang, ada juga kata masa itu nyawa kita. Walau apa pun penerimaan kita, hakikatnya masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali walau sesaat sekalipun. Masa yang telah berlalu adalah yang paling jauh dengan kita kerana walau sesaat sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke asal atau masa yang telah berlalu itu.

Oleh itu amat rugilah pada orang-orang yang tidak menggunakan masa sebaik-baiknya kerana kita tidak akan dapat kembali ke masa tersebut walau bagaimana sekalipun. Banyak kursus dan tips pengurusan masa dibentangkan tetapi kenapa masih ramai yang tidak berjaya menguruskan masa.. kenapa masalah ini berlaku.

Rasanya sekiranya kita merasai bahawa betapa ruginya kita jika dengan umur yang panjang kita tak dapat apa-apa. Marilah sama-sama kita membina prinsip hidup kita, tingkatkan keyakinan diri kita pada Allah bahawa kita dijadikan Allah bukan sia-sia. Ingatlah, Allah telah menetapkan tujuan hidup setiap insan yakni untuk mengabdikan diri padaNya dan melaksanakan tugas di muka bumi ini sebagai khalifah, mengatur bumi mengikut peraturanNya. Dan apabila kita kembali padaNya kita akan dipersoalkan apa yang kita lakukan semasa kita hidup.

Yakinlah, insyaAllah jika keyakinan kita tinggi, kita akan dapat menguruskan masa dengan baik dan hakikatnya kita kena selalu diperingatkan agar jangan terlalai dan terlalu sibuk menguruskan dunia sehingga terlupa bahawa seharusnya semakin sibuk kita menguruskan dunia semakin dekat diri kita dengan Allah SWT.

Diri ini bukanlah sebaik mana... tetapi anggaplah ia sebagai tazkirah pagi untuk semua sebab teringat anak-anak pelajar yang di sekolah tu. Setiap hari pelbagai masaalah ada dan ibu bapa sukar untuk menerima hakikat anak-anak masing-masing. Dari masalah sekecil-kecilnya sehinggalah masalah sebesar-besarnya. Didikan anak kini semakin kompleks, masaalah anak-anak sekarang perlu diatasi dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Alhamdulillah tak jadi cucu, kalau tidak satu lagi beban sekolah, tolak markah untuk penganugerahan...
bab masaalah anak-anak kini? panjang...macam-macam lagi...sebulan cerita pun tak habis. Yang penting, semua kita kena atasi bersama, kalau tidak.....

Read more...

Monday, June 22, 2009

HURGH.... Betul ke? Betulll...

Hurgh... penat juga kami ke Terengganu, suamilah orang yang paling kesihan kerana memandu pergi dan pulang sehingga kelmarin terpaksa mengambil cuti keletihan. Semasa pulang beliau memandu dalam keadaan yang amat letih, terpaksa berhenti rehat beberapa tempat dan diri ini juga tidak dapat membantu kerana serupa je sehingga sampai di rumah jam 5.00 subuh. Rupanya itulah hakikatnya badan ini, tidak serupa dulu dan kini, umur semakin meningkat. Dulu perjalanan sejauh manapun balik tetap boleh terus ke tempat kerja dan tidak perlu mengambil cuti tapi kini terpaksa bercuti apabila tiba di rumah.

Dua hari di sana macam-macam pengalaman kami tempuhi. Sebenarnya kami sedang meninjau keadaan di sana kerana pada bulan hadapan suami bakal berhijrah dan menjadi warga di sana dan insyaAllah kami pula akan mengikuti beliau beberapa bulan lagi. Maka kami cubala mencari saudara mara baru, maklum sajala kehidupan kami yang sentiasa di rantau orang ini...

Kami cuba mencari mana-mana teratak yang bakal menjadi tempat berteduh suami beberapa bulan sebelum semua ahli berhijrah ke sana. Banyak tempat dan teratak kami temui dan akhirnya kami memilih suatu tempat yang agak sederhana keadaannya. Apa yang menjadi kejutan ialah tentang bayarannya, tak di sangka rupanya di sana lebih kurang di bandar KL yang kami tinggalkan hampir 20 tahun yang lalu. Kami tinggalkan KL dan sanggup masuk ke 'hutan' kerana di KL kos hidup yang semakin tinggi dan mungkin juga jiwa kami tidak sesuai dengan keadaan di sana... sekali sekala tu mungkin tidak mengapa.

Hurgh... terkejut juga kami bertanya tentang bayaran apabila setelah bersetuju untuk menerimanya sebagai tempat berteduh suami..."Berapa yang perlu dibayar setiap bulan?"... "RM500.00"... Terkedu kami berdua... suami bertanya lagi, "dah mati ke harganya". "Ya, sekitar itulah sebenarnya harga sewa di sini, kalau encik tak nak tak mengapa, rumah lain serupa tu juge". "Ya ke?" Apa nak buat, bayar jela deposit dan sewa sebulan... Apa yang diharapkan tuan rumah dapatlah memperbaiki beberapa permasalahan rumah tersebut sebelum hujung Jun ini... Kalau di tempat kami sekarang, rumah sebegitu masih lagi sekitar RM300-RM350.00 sewanya.

sempat juga anak klik beberapa sudut teratak yang bakal menjadi tempat berteduh bapanya...



Selepas itu kami pun berhubung dan berkunjung beberapa rumah sahabat lama yang menyewa di sana untuk melihat keadaan rumah mereka. Bukan apa, hanya sekadar untuk mengenalpasti tentang keadaan sebenarnya. Rupa-rupanya memang itulah realiti kehidupan sekitar Pekan itu... Gong Badak... kami terpaksa menerima hakikatmu... Terima kasih tuan rumah, dapat juga tempat untuk berteduh suamiku sementara waktu mulai Julai ini...

Read more...

Friday, June 19, 2009

Alhamdulillah... lega badan

Pagi Khamis, bidan datang urut badan, alhamdulillah rasa ringan badan. Ke sekolah menyelesaikan satu masalah besar anak pelajar... belum selesai sepenuhnya, sambung Ahad ni... macam-macam masaalah anak remaja kini yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa, jangan dibiarkan mereka bebas berkawan dengan siapa saja.

Jam 3 pagi Jumaat bangun, 4.45 pagi mula bertolak ke Terengganu menemani suami menyelesaikan urusan kerjanya. Dengan kesempatan yang ada dapat juga bertemu sahabat-sahabat lama. Seronoknya dapat berjumpa mereka yang telah lama tidak bertemu...

Esok menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai, kemudian akan singgah sebentar menziarahi anak di MTS, Kelantan dan terus pulang ke rumah. Ahad tak boleh cuti sebab bos dah beritahu dia tak de di sekolah. Biasalah tugas biasa perlu dilaksanakan...

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

AKHIRNYA.. badan ini kalah jua

Mungkin makan tak menentu, telah 3 hari menahan sakit perut gastrik dan hari ini badan ini terlantar jua. Bukan sekadar perut sakit, seluruh badan sakit, pagi tadi terpaksa mengalah dan singgah ke Kedah Medical Centre (KMC) ambil ubat dan doktor bagi mc untuk rehat di rumah.

Perancangan untuk menziarahi Pengetua masuk wad terpaksa ditangguhkan kerana badan ini perlu kerehatan jua.... Walaupun tidak sempat menziarahi puan, terima kasih dan Alhamdulillah atas panggilan puan yang menyatakan puan telah selamat, sihat dan diizinkan pulang ke rumah petang ini. Tidak terkeluar perkataan dari mulut ini untuk menyatakan bahawa diri ini juga berada di atas katil...

Maka sehari pada hari ini badan ini terlantar di atas katil, maaf kawan-kawan kerana tidak melayan kehadiran kalian dan tidak dapat menghadiri program bersama kalian... rasa tak mampu nak bangun dah...

Read more...

Monday, June 15, 2009

CUTI TAPI BADAN .. TETAP TIDAK BERCUTI

Aktiviti Jumaat (29/5)
Pagi *Menguruskan Program & Membentang Kertas Kerja
Lepas Jumaat *Gotong-royong Kenduri Dr Hanafi
Lepas Asar *Menghantar & Menghadiri Majlis Perasmian Kem Hafiz
Malam *Study untuk Sabtu sebagai pembentang Program Muhasabah

Aktiviti Sabtu (30/5)
Pagi *Program Muhasabah
1 tengahari-7 ptg *Menghadiri beberapa kenduri termasuk kenduri rumah Pengetua & rumah Guru Besar sekolah anak-anak
Malam *Menerima Tetamu

Aktiviti Ahad (31/5)
Pagi *Mesyuarat Khas 1
Tengahari-Petang *Menghadiri beberapa kenduri
Malam *Rehat keletihan


Aktiviti Isnin (1/6)
Pagi *Membantu suami bersiap untuk bertolak ke Langkawi sebagai Pengarah Program Pembantu Pustakawan Antara Universiti selama 5 hari
Petang-malam *Persiapan untuk Program Titian Kasih pada 11/6

Aktiviti Selasa (2/6)
Pagi *Mesyuarat Khas 2
Tengahari *Ambil Hafiz habis kem
Malam *Bersiap untuk pulang ke kampung

Aktiviti Rabu (3/6)
4 pagi *Ambil Khairul di stesyen bas, balik dari Kelantan
9 pagi *Mula memandu pulang ke Selangor

12.00 tgh *Makan tengahari di rumah kakak, Teluk Intan
4.00 ptg *Minum petang di kampung Parit 9 Sekinchan
8.00 mlm *Makan malam di Bukit Kapar, rumah Abang Chak (Abd Wahab)

Aktiviti Khamis (4/6)
Pagi *Menghadiri Program Khas 1


3 petang-malam *Program bersama keluarga adik di Jeram


Aktiviti Jumaat (5/6)
Pagi-petang *Menghadiri Program Khas 2
Petang *Bersama adik dan Kak Long mencari barang dan meninjau rumah barunya di Perumahan Alam Budiman berhampiran dengan kawasan 'Misteri Altantuya'
Malam *Rehat keletihan

Aktiviti Sabtu (6/6)
Pagi *Suami sampai dari Langkawi yang di ambil di stesyen bas oleh abang dan adik
Petang *Menghadiri Program Khas 3
Malam *Tiba & bermalam di kampung Parit 9 Sekinchan

Aktiviti Ahad (7/6)
Pagi-tengahari *Program bersama Keluarga
4 petang *Bertolak pulang
6 petang *Minum petang dan makan malam di Sri Manjung, Lumut, rumah abang ipar
10 malam *Bertolak pulang ke Kedah

Aktiviti Isnin (8/6)
3.45 malam *sampai rumah
Pagi *Hantar anak Kelas Intensif UPSR
*mengemas "tongkang pecah"
Tengahari *ambil anak pukul 1, sementara menunggu jam 1.30 anak habis kelas, terkejut bila pintu kereta diketuk, rupa-rupanya tertidur dalam kereta...
petang *masak, mengemas, keletihan...

Aktiviti Selasa (9/6)
Pagi *Hantar anak Kelas Intensif UPSR
*Mesyuarat Khas 3
*Menyelesaikan tugasan terakhir untuk Program Titian Kasih
Tengahari *Ambil anak
*Masak & urusan keluarga
Malam *Kesempatan mengintai khabar maya
*Keluarga adik tiba jam 11.45 malam dan bertanya khabar hingga jam 2

Aktiviti Rabu (10/6)

Pagi-tengahari *Majlis Perpisahan & Penghantaran kenaikan pangkat PK menjadi Pengetua SMK Sri Badong, Mergong

Tengahari *Ambil anak
Malam *Bersama suami, anak-anak & keluarga adik di RFC Alor Star

Aktiviti Khamis (11/6)

Pagi *Bertolak ke Langkawi bersama suami, anak-anak & keluarga adik, Program Titian Kasih diserahkan kepada sahabat-sahabat lain (latihan kepada mereka yang bakal ditinggalkan tidak berapa lama lagi)
Petang *Melawat ke tempat-tempat pelancongan


rasa terhibur melihat anak-anak gembira...

*Sementara menunggu anak-anak mandi laut di Pantai Cenang, bersama adik meninjau beberapa tempat mencari makanan untuk malam

Malam *Makan malam & rehat keletihan

Aktiviti Jumaat (12/6)

Pagi *Sementara menunggu anak-anak naik kereta kabel, bersama adik memeriksa kertas peperiksaan pertengahan tahun yang masing-masing masih belum selesai
Petang *Menjamu mata di Pekan Kuah sementara menunggu feri jam 5 petang
Malam *Makan malam dengan RCR
*adik bertolak pulang ke Selangor dan tiba jam 3.30 malam, Alhamdulillah sampai

Aktiviti Sabtu (13/6)
Pagi *Hanya tinggal sekelumit masa ini untuk menyediakan barang keperluan anak-anak untuk ke asrama. Program bersama exco negeri juga ditinggalkan kepada sahabat-sahabat lain.
Tengahari *Menghadiri kenduri 'orang penting Kubang Pasu'

Petang-malam *Kurang sihat, hanya suami yang menghantar anak-anak ke asrama

Ahad (14/6)
*Selesailah sudah percutian selama 16 hari dan sesi persekolahan bermula seperti biasa. Hari pertama menyelesaikan beberapa permasalahan disiplin pelajar yang tertangguh sebelum cuti kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun... Tugas rutin berjalan seperti biasa dengan semangat yang agak berbeza... entah kenapa??? Mungkin bersemangat kerana hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk berkhidmat dengan anak-anak pelajar, guru dan sekolah yang penuh dengan kenangan.

Read more...

Tuesday, June 2, 2009

HATI KECIL

Tidak sanggup lagi bagaimana untuk membendung perasaan ini, semakin hari semakin terhimpit bagai kepingan roti bakar yang bakal dikunyah oleh si pembakar roti. Pemimpin datang pergi silih berganti, kenapa kami, guru juga anak-anak guru sering manjadi bahan eksperimen. Tidakkah kalian menjadi pemimpin memikirkan akan keperluan dan kehendak kami. Anak-anak guru bakal penerus generasi, guru pelaksana dasar setiap pemimpin yang merasakan diri masing-masing hebat tak terperi.

Dari dulu sehingga kini, ramai guru yang ingin menyuarakan isi hati tapi semua mulut dikunci mati bagai dipetri dengan besi. Baru-baru ini isu PPSMI masih diteliti, banyak penyelidikan hanya untuk menyedapkan hati. Isu terkini, 10 subjek sahaja yang diberi pada mana-mana anak-anak guru yang bijak bestari. Tiada angin tiada taufan, mengapa dalam masa yang singkat sahaja keputusan ini boleh terjadi. Selepas diumum baru nak mula kajian terperinci dan kertas kerja dengan teliti, suatu yang amat memilukan hati... kerja sebegini tidak diajar oleh guru kami...

Nak diulas sebenarnya banyak sekali. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Kami para guru yang amat dekat dengan anak-anak guru, pelaksana segala dasar tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Mengapa guru sering dipinggirkan, tetapi apabila tiba permasalahan, gurulah segala puncanya. Di mana keadilan yang seharusnya diberi kepada guru. Itulah yang menyebabkan ramai guru berada di "wad kelas pertama" ataupun menerima pelbagai penyakit kerana tidak dapat menampung lagi permasalahan dan tekanan dari pihak atasan dan tambahan lagi dengan kerenah anak-anak yang bermacam ragam. Walau bagaimana sekalipun ribut taufan melanda, guru tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana semua adalah amanah Allah SWT.

Berbalik kepada isu 10 subjek tadi, apa yang kami lihat punca ini timbul apabila setiap tahun kebelakangan ini pelajar dari sekolah agama yang mendapat keputusan cemerlang. Seharusnya dengan sistem sijil terbuka ini, pimpinan merasa bangga dan memikirkan bagaimana untuk menjaga pelajar cemerlang ini untuk terus berjaya dalam hidup mereka dan bukanlah menyekat pelajar lain untuk menjejaki langkah mereka. Kerana golongan yang mengambil lebih 10 subjek ini adalah di kalangan pelajar yang cemerlang dan mampu, bukan atas paksaan guru. Mereka dibimbing oleh guru samada mereka mampu atau tidak untuk mengambil subjek yang banyak. Pada yang tidak mampu, mereka hanya mengambil subjek yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah kepada mereka kerana pihak sekolah telah menyediakan pakej-pekej tertentu untuk pelajar memilih mengikut kemampuan masing-masing. Seharusnya pimpinan memberi galakkan kepada mereka bersaing untuk menjadi pelajar cemerlang bukan menyekat kurniaan dan kebolehan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

Jika dilihat dari segi bebanan akademik pula tidak timbul sama sekali kerana mereka mampu untuk membahagikan masa dengan bijak. Begitu juga dengan permasalahan jadual p&p dan peperiksaan di antara subjek teras dan elektif juga tidak menimbulkan permasalahan kerana ia boleh diatur dengan terperinci. Manakala dari segi pembahagian masa untuk kokurikulum pula, mereka ini adalah golongan yang aktif, maka tidak timbul masalah untuk memberi peluang kepada mereka ke arah itu. Oleh itu, rata-rata guru berpendapat, tiada sebab mengapa mereka disekat untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk menyatakan terima kasih mereka kepada guru dan ingin menyumbangkan khidmat bakti mereka kepada negara.

Tentang pemarkahan yang dirancang dan bakal guru juga pelaksananya, belum pun tiba dan nampak bayangnya bagai dirasa oleh para guru hembusan anginnya... adakah sistem ini bakal meragut pengorbanan dan masa guru yang sering ditagih oleh anak-anak sendiri di rumah... tunggu dan lihat... hati menangis tiada siapa yang nampak... Mungkin inilah "hadiah hari guru" dari pimpinan dan bakal dimuntahkan pada anak-anak guru... Maaf ye anak-anak...

Ingatlah, bahawa setiap individu yang Allah SWT jadikan itu adalah unik, maka seharusnya pimpinan membantu guru untuk mengembangkan keunikan setiap anak-anak ini. Di mana kekurangan pelajar cemerlang ini apabila melanjutkan pelajaran mereka, sama-samalah kita bantu kerana mereka adalah mutiara yang amat berharga untuk negara. Marilah sama-sama kita membantu guru mengembangkan potensi anak-anak ini... Maka, meletuplah gunung berapi mengeluarkan lahar-laharnya, ketika meledak boleh membunuh tetapi pabila bertahun-tahun lamanya menjadi penyubur tanah dan bumi.... Wallah hu'alam.

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP