"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, Tuhan sekelian alam"

Sehari sepotong ayat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yg telah menciptakan kamu & orang2 yg sebelum kamu, agar kamu bertakwa. Dialah yg menjadikn bumi sebagai hamparan bgmu & langit sbg atap & Dialah yg menurunkn air hujan dr langit lalu menghasilkn buah2an sbg rzki utkmu. Krn itu jgnlah kamu mengadakan prbandingan bg Allah, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah:21-22)

Terima kasih kerana sudi bersama diari ibu ini....

Wednesday, March 25, 2009

Angin Perubahan Negara Menyusup ke SMKPN

Bukan politik negara je berubah, InsyaAllah tidak lama lagi SMKPN pun akan berubah struktur pentadbirannya dengan terbentuknya penyelarasan baru tingkatan 6. Semua tak sabar nak menunggu bagaimana perubahannya... Kita tunggu dan lihat, penantian perlukan kesabaran.... Walau bagaimanapun program demi program terus berjalan, orang kedah kata 'tak dan nak ligan..' Gambar-gambar tak dan nak publish sebab komputer ada masalah sikit, dok tumpang komputer orang je...

Read more...

Saturday, March 14, 2009

*PERMATA* -pilihan Allah

Cukup terharu apabila menghayati bagaimana perjuangan pelajar terbaik SPM yang diumumkan Khamis lepas. Hikmahnya tidak terungkap dengan kata-kata, semuanya penuh dengan keinsafan...

NILAH RUMAH SAYA
Nik Nur Madihah (20A)bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka
di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu
– UTUSAN/Hafiz Johari

Kehidupan tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Read more...

Friday, March 13, 2009

Calon "Sekolah Cemerlang Anugerah Kebangsaan", Lonjakan Saujana Kategori Sukan & Permainan

Rabu, 11 Mac, Pusat Kesihatan datang sekolah buat pameran, ceramah dan "urine test". Khamis, 12 Mac, awal pagi lagi wakil TV3 datang ke sekolah. Baru kami sedar masing-masing berebut untuk dapatkan berita terawal tentang keputusan SPM. Kesian, keputusan hanya tahap biasa, tidak cemerlang seperti STPM. Walaubagaimanapun keputusan STPM baru-baru ini dapat meningkatkan lagi markah sekolah kerana SMKPN dicalonkan sebagai "Sekolah Cemerlang Anugerah Kebangsaan-Lonjakan Saujana Kategori Sukan & Permainan".

Pukul 1.00 tengahari pula mesyuarat/perjumpaan PPD bersama guru-guru yang bakal menerima kenaikan pangkat guru tingkatan 6 Kubang Pasu. Seramai 16 guru bakal ditempatkan di SMKPN termasuk 3 orang bakal menerima guru akademik DG48 dan selebihnya akan ditempatkan di sekolah-sekolah lain. Tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat.

Pada pukul 2.30 petang, mesyuarat AJK PIBG pula dijalankan untuk membincangkan Mesyuarat Agung PIBG 2009 yang akan diadakan pada 26 Mac 2009 . Isu utama adalah tentang kutipan yuran PIBG...... Yuran sekolah??? tunggu.....

Pada 28 Mac 2009, SMKPN akan menjadi tuanrumah Program MTQ Daerah dan MTest untuk bakal guru KPLI...

Read more...

Tuesday, March 10, 2009

STPM Terbaik Kedah

Hari ini sejarah untuk SMK Pulau Nyior apabila dinobatkan sebagai STPM Terbaik Kedah. Semua warga SMK Pulau Nyior terkejut memandangkan banyak lagi sekolah lain seluruh Kedah yang lebih bagus. Terutama diri ini rasa meremang bulu roma bila menerima berita dari PK menyatakan keputusan 100% dan terbaik Kedah. Keputusan 100% memang itulah harapan pihak sekolah tetapi terbaik Kedah sukar untuk dicapai. Walaubagaimanapun pelajar terbaik bukan dari SMKPN. So, hari ni satu lagi program khas yang dijalankan di Dewan Darul Qiyam dengan kehadiran pemberita-pemberita bersama dengan guru-guru, PIBG, para pelajar serta waris yang hadir . Lupa lagi nak bawa kamera hari ni... Anyway, tahniah kepada semua guru-guru SMKPN khususnya guru-guru yang mengajar Tingkatan 6, semua pelajar yang berjaya dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung yang bertungkus lumus bagi menjayakan semua program sekolah. TAHNIAH SEMUA!

Read more...

Nikmat Maulidur Rasul

Kesimpulan hasil ceramah malam tadi di Taman Suria 3 Jitra oleh Ustaz yang mempunyai penghuraian yang cukup jelas, tepat dan padat yang jarang sekali dihuraikan sebegini. Hanya rumusan yang dapat dicatat untuk dikongsi bersama.

Beberapa nikmat Maulidur Rasul:

  1. Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah suatu nikmat untuk menyelesaikan masalah/kemelut manusia.
  2. Nikmat kelahiran Rasulullah SAW sebagai penyelamat ummat jahiliyyah ketika itu. Rasulullah sebagai penyuci kekufuran agar manusia jangan dilaknat Allah SWT.
  3. Anugerah Shafa'at Qubra Nabi Muhammad SAW kepada ummatnya yang taat Allah dan Rasul secara KESELURUHANnya bukan suku-suku
  4. Allah mengajar manusia untuk mendapat kemuliaan menggunakan sunnah Rasulullah SAW dengan bangun malam kerana takutkan azab dan mohon keredhaan Allah SWT semata-mata.
  5. Lahirnya Rasulullah SAW mengajar manusia menjadi izzah/istimewa/menerima penganugerahan Allah SWT dengan rasa "tiada pergantungan kepada manusia tapi hanya bergantung kepada Allah SWT semata-mata".

Read more...

~

Share |

Ingin menambah rezeki dgn Program Kebajikan? SILA KLIK

Mengaut Keuntungan Lumayan Daripada Tuisyen Secara Sambilan/Sepenuh Masa.

Blog Widget by LinkWithin

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP